Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SKANDAL DAN TEKANAN TERHADAP ISLAM DI IPTS DAN IPTA

SKANDAL DAN TEKANAN TERHADAP ISLAM DI IPTS DAN IPTA
(UNTUK TATAPAN IBUBAPA YANG ANAK-ANAK MEREKA MASIH MENUNTUT)

Pada 22 Julai 2000 lalu saya menghadiri hari Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Tahun 2000 di Putrajaya. Saya bangga dengan kejayaan anak saya dan berterima kasih kepada pihak-pihak di UNITEN.

Program Konvokesyen tersebut berjalan dengan jayanya melainkan sedikit komen saya terhadap Rektor (Dr. Tajul), Pengerusi TNB (Dato’ Tajuddin) dan Menteri Pendidikan (Dato’ Musa) yang ucapan mereka tidak langsung mencerminkan sebagai seorang yang beradab Melayu tulen di mana ibubapa tidak langsung di “address” secara spesifik. Saya harap mereka ini (Rektor dan Dato’2) sedar bahawa di dalam majlis tersebut bahawa ibubapa adalah juga JEMPUTAN KHAS. Secara amnya ucapan mereka (Rektor dan Dato’2) lebih merupakan mirip ucapan “SALESMAN”, “PENGHULU KORPORAT” dan “KETUA JKK-BERPOLITIK”. Nasib baik adanya Tan Sri Abu Zarim yang saya tertarik dengan ucapan dan pencapaian beliau yang sedikit memberi makna kepada nilai pada majlis ucapan yang ada pada hari tersebut.

Saya fikir komen sinis ini penting agar mereka sedar siapa mereka (Rektor dan Dato’2) sebagai Melayu tulen.

Semasa majlis jamuan saya terdengar perbualan pelajar tentang kejadian-kejadian yang amat merunsingkan saya walaupun anak saya telah tamat pengajian. Terfikir akan saya kalau kejadian sedemikian terus berlaku maka yang rosak adalah anak-anak Melayu Islam yang merupakan bilangan teramai di UNITEN. Di antara kejadian tersebut adalah seperti berikut: (Perkara-perkara tersebut saya bertanya kepada anak saya dan beliau mengesahkannya)

1) Berlaku perkara-perkara sumbang di antara pelajar dan pensyarah. Pensyarah diberhentikan tetapi pelajar terlibat terus belajar tanpa apa-apa tindakan. Menurut anak saya pensyarah tersebut namanya “BORHAN”.

2) Berlakunya tangkapan terhadap seorang BUDAK LELAKI yang diseludup masuk ke hostel siswi. Dan yang menyeludup masuk membawa budak tersebut adalah anak “TAN SRI MUHAMMAD TAIB, BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR MERANGKAP NAIB PRESIDEN UMNO” yang sudah punya skandal. Menurut anak saya, sehinggi kini tidak ada tindakan diambil.

3) Banyak berlaku pelajar yang tidak menghadiri kuliah (ramai anak Melayu) dan ada ibubapa yang tidak tahu menahu di mana anak mereka.

4) Pelajar-pelajar Melayu yang tinggal di luar kampus bersekedudukan dan mengadakan majlis minum arak tetapi di ambil ringan oleh Hal Ehwal Pelajar kononnya soal peribadi.

5) Menurut anak saya, banyak kes-kes hubungan sejenis tetapi tidak diambil tindakan kerana soal peribadi pada pendapat Hal Ehwal Pelajar.

6) Program Persatuan Pelajar Islam (PI) tidak mudah diluluskan. Saya mendengar bagaimana pihak Hal Ehwal Pelajar membatalkan program-program PI tanpa alasan munasabah atau merubah program seperti tidak membenarkan menggunakan perkataan Islam dan merubah isi program kononnya tidak bersesuaian dengan pelajar. Apakah membincangkan sesuatu subjek dari perpekstif Islam tidak bersesuaian dengan kemahasiswaan dan membentuk tahap pemikiran supaya menjadi kritikal dan mempunyai nilai intelektual yang tinggi. Saya mendengar bahawa sekiranya perubahan tidak dibuat maka program tersebut akan dibatalkan. Pegawai Hal Ehwal pelajar tersebut terdengar oleh saya namanya disebut adalah “HISHAMUDDIN OMAR”. Padanya saya nasihatkan supaya banyak berisytifar dan fikirkan niat kamu kerana perbuatan kamu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Termasuklah mereka-mereka yang bersekongkol dengannya di UNITEN terutamanya mereka di pejabat Hal Ehwal Pelajar.

7) Program persatuan bangsa lain seperti Techflow Society (Persatuan Pelajar Keristian) dan Persatuan Kebudayaan Cina mudah diberi kelulusan. Adakalanya program-program persatuan-persatuan tersebut berjalan tanpa kelulusan Hal Ehwal Pelajar sehingga ada program-program tersebut boleh merosakkan budaya anak-anak Melayu tulen kita. Anak saya memberi tahu pernah Techflow Society membuat program “amal” di mana semua pelajar (Melayu dan bukan Melayu) dijemput hadir dan program tersebut tidak bersesuaian dengan pelajar Melayu tulen. Apakah pihak Hal Ehwal Pelajar seperti “HISHAMMUDDIN OMAR” dan mereka-mereka yang bersekongkol dengannya tidak fikir perkara ini boleh merosakkan budaya Melayu tulen. Saya bukan anti Keristian tetapi perlu diperjelaskan bahawa program mereka mesti dihadkan kepada pelajar agama Keristian sahaja.

8) Tambahan pula saya terbaca artikel internet yang diberi anak saya mengenai berlaku pembubaran semua persatuan di UiTM di seluruh Malaysia dan diarahkan tubuh kembali sebagai rencana menekan persatuan berlandaskan Islam seperti Persatuan Mahasiswa Islam UiTM (PPI ITM) dan ADASI. Sila rujuk “UiTM Menyahut Seruan Kerajaan–oleh Warnakasih”. Saya tidak terkejut akan berlaku keadaan demikian kerana “TIMBALAN REKTOR–IBRAHIM ABU SHAH” amat rakus dan bercita-cita tinggi sejak beliau menjadi Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dulu ketika Encik Ali Saad menjadi Dekan Hal Ehwal Pelajar di “ITM”. Beliau merupakan sahabat rapat “ABDUL AZIZ SHAMSUDDIN (ASS)-BAPA KONSPIRATOR” ketika ASS adalah seorang pegawai Biro Tatanegara (BTN) dan mungkin sebab itu beliau terlantik Timbalan Rektor. Awas warga UiTM dengan orang sepertinya, kerana “TIMBALAN REKTOR–IBRAHIM ABU SHAH” amat anti-Islam. Kalau nak tahu skandal-skandal beliau yang bermacam-macam ketika menjadi Timbalan Dekan-ITM tanyalah orang-orang lama ITM. Ketika beliau menuntut di University of Maryland juga perangainya serupa, bercita-cita politik yang amat tinggi. Pelajar-pelajar perempuan awas dengan mereka ini jangan sampai tergoda. Macam ASS, giginya lebih lembut dari gusi. ASS ketika ke Amerika dengan program BTN dalam tahun 1980an sibuk mencari “kuda putih”.

Kejadian-kejadian di atas perlu saya paparkan supaya ibubapa yang anak mereka masih menuntut di UNITEN atau di IPTA/IPTS supaya berhati-hati kerana masalah sosial di IPTA/IPTS pada perkiraan saya amat membimbangkan dan tambahan pula segala program persatuan Islam ditekan. Kejadian-kejadian di atas lazim juga kita dengar berlaku di IPTA/IPTS selain UNITEN. Saya melihat anak-anak bangsa yang aktif dalam persatuan Islam berkemungkinan besar terhindar dari masalah sosial dan lebih beradab dan hormat kepada orang tua. Mereka-mereka ini (Yang Anti-Islam) memikirkan bahawa apa yang dilakukan kini akan membuat masyarakat Malaysia lebih bersatu dengan menekan dan menyisih Islam kononnya Islam yang ada adalah eksterim. Apa yang tidak dilihat mereka (Yang Anti-Islam) adalah anak-anak bangsa ini adalah bakal pejuang penindasan, kebenaran dan keadilan. Mereka-mereka yang menindas, penipu dan zalim sahaja melihat kecenderungan anak-anak kita ini sebagai bahaya dan eksterim.

Wahai ibubapa waspadalah dan prihatinlah kepada suasana yang berlaku terhadap anak-anak kita di IPTA dan IPTS.

Dari:
Bapa Siswazah UNITEN


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com