Semalam TV 3 suku menayangkan muka hero penipu Let. Gen. Zaini lagi yang kini dianggap hero
oleh UMNO. Bukan main megah lagi hero penipu itu mengatakan sesiapa yang tidak mempercayai
peristiwa di sauk adalah menghina pasukan tentera. Minggu lepas hero penipu ini menganggap
orang yang mengatakan peritiwa di sauk sendiawara adalah orang gila.
Di sini saya ingin membuktikan siapa yang yang menghina angkatan tentera dan siapa yang gila.
Banyak bukti-bukti telah ditemui bahawa peristiwa di sauk adalah sendiwara semata-mata. Semua
orang mengethaui objetif utama sendiwara ini dilakunkan tidak lain tidak bukan ialah untuk
mencemarkan nama baik parti PAS serta mengharamkan parti PAS. Saya tidak akan terkejut
sekiranya beberapa orang ahli Al-Ma'munah dalam beberapa hari lagi yang telah di turnover akan
muncul di TV buat pengakuan yang kononnya peristiwa di sauk adalah rancangan PAS.
Salah satu bukti yang jelas bahawa peristiwa di sauk adalah sendiwara dan Let. Gen.Zaini adalah
penipu ialah dengan ujudnya penyataan dan cerita yang bercanggah di antara Zaini dengan Senior
Asst Comm II Abdul Hadi Mahmud yang keluar di dua berlainan akhbar. Di bawah ini saya
sertakan sebahagian daripada rencana yang kelaur di Utusan Malaysia pada 6/7/2000 yang
bertajuk "Keberanian jeneral tundukkan ketua perompak".
''Saya menepis hujung senjata itu dan tembakan yang dilepaskan oleh Amin terkena salah seorang
daripada 16 ahli kumpulan yang ada di situ yang ketika itu memegang senjata beserta dengan
parang,'' jelasnya.
Katanya, beliau kemudiannya berjaya menjatuhkan Amin ke tanah menyebabkan ahli-ahli
kumpulan lain tidak berani berbuat apa-apa untuk bertindak.
Beliau berkata, ketika itu kira-kira 16 orang anggota kumpulan terbabit sedang bersiap sedia
dengan senjata dan parang kecil untuk bertempur dengan beberapa anggota keselamatan yang
berada tidak jauh di belakangnya.
''Amin adalah ketua perancang kumpulan itu. Anggota kumpulannya yang lain tidak mahu turun
selagi dia tidak mengarahkan.
''Oleh kerana itu saya grab down (menjatuhkan) dia dan anggota tentera saya yang lain dengan
cepat menghalang anggota kumpulan itu daripada bertindak,'' jelasnya.
Di dalam petikan berita di atas Zaini kata dia berjaya menjatuhkan Amin ke tanah menyebakkan
ahli-ahli kumpulan lain tidak berani berbuat apa-apa untuk bertindak sedangkan ketika itu 16 ahli
kumpulan yang ada di situ memegang senjata berserta parang.
Ini lain pulanya dengan cerita Abdul Hadi yang ditemuramah oleh LOURDES CHARLES yang
diterbitkan oleh The Star pada 16/7/2000. Menurut Hadi dia adalah perancang dan ketua
perunding yang membuat tawaran kepada amin untuk menyerah diri. Ini bermakna bukannya Zaini
seorang sahaja yang memujuk Amin untuk menyerah diri. Selain Zaini ada beberapa orang pegawai
polis lagi termasuklah Abdul Hadi yang cuba memujuk Amin. Di dalam temuramah tersebut Hadi
mengatakan yang Amin dijatuhkan dan ditumpas oleh sekurang-kurang dua orang Komando. Hadi
juga mengatakan ahli-ahli kumpulan Al-Ma'unah telah meletakkan senjata sebelum pergelutan
berlaku di antara Zaini dan Amin. kecuali Mohd Amin yang masih memegang senjata M16.
Menurut cerita Zaini pula sebelum pergelutan berlaku 16 ahli kumpulan tersebut masih bersenjata
dandialah menyebabkan kesemua ahli-ahli kumpulan tersebut meletakkan senjata. Inilah skrip yang
membuat orang gila membacanya.
Sila baca sebahagian daripada rencana yang diterbitkan oleh the Star.
"As I came out of the APC, I saw one of my officers from the SOF standing next to Mohd Amin.
He told me they had "neutralised'' Mohd Amin and his men who wanted to surrender.
"I noticed all the Al-Ma'unah members had already laid down their arms and were being watched
over by our SOF and commandos from the army, except for Mohd Amin who clung to his M-16.
"The SOF officer whispered to me to be careful of Mohd Amin who was not very stable.''
SAC Abdul Hadi then headed towards Mohd Amin and greeted him with Assalammualaikum
before advising him to lay down his arms.
He then noticed that the barrel of Mohd Amin's gun was pointing towards Lt Gen Zaini.
"Lt Gen Zaini told Mohd Amin that in his 32 years in the army no one had ever pointed a gun at
him.
"He lifted his shirt to show Mohd Amin that he was not armed before walking away towards a
parked Pajero nearby.
"I then realised that the barrel of Mohd Amin's gun was now pointed towards me.
"I slowly walked sideways and continued to appeal to him to surrender and return the stolen
weapons.''
When Lt Gen Zaini returned several minutes later, Mohd Amin walked towards Gen Zaini, raised
his left hand and grabbed Lt Gen Zaini's collar.
An exchange of words occurred, and Lt Gen Zaini pushed the barrel of the gun away from him and
a shot rang out.
"Suddenly there was a cry of Allahuakbar and I saw one of Mohd Amin's men on the ground
writhing in pain as he had been hit on his shoulder by the bullet,
'' SAC Abdul Hadi said.
"Mohd Amin and Lt Gen Zaini fell to the ground after that, and at least two commandos went to
apprehend Mohd Amin,'' he said.
Di sini saya ingin mencabar Zaini yang dianggap hero oleh UMNO, siapa yang bercakap benar?
Tidakkah ini membuktikan peristiwa di sauk adalah sendiwara dan kamu adalah pelakun yang
menjadikan orang ramai bagai nak gila melihat sendiwara kamu. Buktikan kepada rakyat siapa
yang hero diantara kamu, sama ada kamu atau Abdul Hadi yang digelar oleh UMNO hero.
Di bawah ini saya sertakan kedua-dua artikel yang diterbitkan oleh akhbar Utusan Meloya yang
bertarikh 6/7/2000 dan The Star yang bertarikh 16/7/200 supaya rakyat dapat gambaran sebenar
siapa tipu siapa.