Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tragedi Sauk: Episod Serterusnya.

Filem tragis arahan Sutradara Mahadev Mehmet yang diterbitkan oleh Produksi AMENO & B Anne ini belum berakhir lagi. Walaupun 'Penjahat-penjahat' sudah ditangkap namun Pengarah belum puas hati lagi. Skrip filem itu juga ditulis oleh Mahadev Mehmet. Mengikut skrip filem itu akan berakhir dengan Parti PAS akan diharamkan. Ceritanya begini.

Selepas Ketua penjahat ditumpaskan oleh Tentera Kerajaan pimpinan beret Merah Zaini, semua 'penjahat-penjahat' lain juga turut ditangkap tanpa berlaku sebarang tembak-menembak walaupun dikhabarkan Kumpulan Ma'unah ini Profesional dan mempunyai senjata canggih. ( Pengarah dan penulis skrip gagal untuk memberi gambaran yang logik). Ketika Zaini menolak jatuh Amin, ahli-ahli Mau'nah hanya lihat sahaja...(skrip cerita hindustan campur cerita Yusuf Haslam). Lepas tu pasukan komando turun dari tempat sembunyian lantas menangkap 'Penjahat-penjahat'. Kemudian penjahat-penjahat dibawa ke balai polis dan dikenakan tahanan ISA. Media-media telah dilaporkan bahawa penjahat-penjahat ini adalah dari golongan pengamal ajaran sesat. Sesat bagi Pengarah ialah kerana memakai serban. Pada pandangan pengarah kenyataan Tiada Ayat Larangan Judi dalam Al-Quran adalah Ajaran Sebenar begitu juga Nabi Muhammad Tak Ada Gillette. Ini adalah kerana mereka mengamalkan Fahaman Al-Mahafir'auniah yang dianggap satu-satunya Mazhab yang boleh dipakai. Dua orang ulamak terkemuka Mazhab Al-Mahafir'auniah ini ialah Mid Bin Man atau HaMan dan Astoga Jagat. Mereka adalah pelopor kepada ajaran wanita tidak wajib pakai tudung. Salah satu ajaran tidak sesat bagi pandangan mereka.

Berbalik kepada kisah Tragedi SAUK ini, setelah Amin dan Geng di 'ISA' kan. Maka macam biasalah...bagi mereka yang belum faham ISA ini elok rujuk balik kes-kes yang lalu. Tetiba selepas beberapa minggu di ISA kan, muncullah Amin dan beberapa orang lagi pengikutnya dalam semua Channel television yang ada kat Malaysia termasuk MegaTV dan Astro membuat pengakuan... "..Kami menyesal, kami telah diperalatkan oleh Pemimpin PAS untuk memaksa ke rajaan BN letak jawatan,... Pemimpin PAS menjanjikan kami untuk memberi beberapa jawatn Utama Kerajaan Baru termasuk menteri kepada ahli-ahli kami dan saya sendiri akan mengetuai kementerian Pertahanan...',pengakuan Amin. Begitulah kesan dadah dan mental torture yang dikenakan kepada tahanan. Sedangkan Beruang pun boleh mengaku jadi Arnab...

Keesokannya PM akan memanggil mesyuarat tergempar atau sidang dewan untuk membicarakan apakah tindakan seterusnya. Dalam masa 24 Jam usul mengharamkan PAS diluluskan sebulat suara. Gerakan menangkap pemimpin-pemimpin PAS dijalankan secara besar-besaran. Media-media memainkan peranan membakar semangat rakyat membenci pemimpin PAS. Maka dapatlah PAS dilenyapkan dari mukabumi Malaysia dan AMENO dan BN mempunyai peluang cerah pada tahun 2004. Hanya itu sahaja cara yang boleh AMENO lakukan. Jangan dipersoalkan itu kerja gila atau apa (ULAS Beret Merah Zaini).. memang pemimpin AMENO tu gila. Orang gila pasti lakukan apa sahaja termasuk pancung leher anak. Bawak tilam ke Mahkamah tu kerja orang gila. Cakap nak ke mahkamah bila sampai masa cakap tak mahu pergi itu cakap orang gila. Tuduh orang tumbuk mata sendiri, itu tuduhan orang gila. Perli Rasul tak ada pisau Gillette tak ke GILA namanya!.Perli perempuan pakai tudung, bini sendiri pakai Wig...Gilaaa..Gilaaa. Cakap Mahligai harga RM17 juta lepas tu bila tersepit cakap Mahligai RM200juta itu Anwar yang nak, sah GILA. Jadi jangan persoal apa yang dibuat gila atau tidak, sebab orang Gila pasti tidak mengaku dia gila.

Kepada beret Merah Zaini, tak payalah soal ini kerja gila atau tidak sebab ini memang hasil kerja orang gila. apalah harga nyawa pada orang gila. Usah juga persoalkan pasal maruah. Senaraikan pemimpin UMNO yang bermaruah. Senaraikan pemimpin UMNO yang tiada skandal. andainya pemimpin bermaruah, tidaklah Malaysia jadi seperti sekarang. Peminum arak dilindungi, JAIS dimalukan. Setiap kali Mahadey bukak mulut kami nampak wap-wap najis keluar bersama tongkolan-tongkolan najis.

Sekian..

Jebat2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com