Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi
Keliru dan Mengelirukan disamping banyak bohong dari benar, itulah peristiwa besar yang telah berlaku dalam negara MALAYSIA tercinta berhubung dengan kes rompakan senjata di kem tentera. Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menjadi pening lalat bermula dari Ahad hingga Khamis. *80% rakyat tidak mempercayai perlakuan tersebut malah mengentawakannya. Datuk Najib menjadi bingung, Dollah Badawi mentempelak ATM, Mahadir bersandiwara, Pangelima ATM bisu seribu bahasa. Ketua Polis menjadi juara, Manakala rakyat terbanyak gelak melihat telatah pemimpin…..bangang..bangang,,,sungguh bangang.
Keliru dengan laporan akhbar dan TV, mereka seolah-olah menjadi gila, menyiarkan berita entah dari mana datangnya sumber, masing-masing bercanggah antara satu sama lain…walaupun begitu taniah kerana kamu telah dapat menjual akhbar lebih dari hari biasa.
Hari pertama peristiwa rakyat dikejutkan dengan peristiwa 15 ekor mahkluk mencuri masuk dua kem tentera dan melarikan senjata yang teramatlah banyak. 3 buah pajero digunakan. Ketua perompak dikenali sebagai Lt. Kol. Wahid dengan dibantu oleh Melayu, India dan Iban. Lepas merompak, mereka ada masa lagi untuk bersiar sambil minum dan kemudian pergi sejauh 30 Km untuk bertapa. Logik ke cerita itu????
India dan Iban ini kah yang mati kena bunuh yang dianggap pahlawan itu???? Pening kepala!!!!!!!
Fikirkanlah, kalau dilihat dari jumlah senjata yang ditayangkan dalam tv amatlah banyaknya, memang tiga pajero itu tidak termuat semuanya. Perompak ini meninggalkan pajero diluar kawasan persembunyian..cuba bayangkan bagaimana mereka ini mengangkut senjata itu untuk dibawa ke dalam hutan…dahlah berat dah tu terpaksa berjalan kaki pula??. Orang kampong tak nampak ke semasa pengangkutan senjata ini sedang dilakukan…mustahil…jadi cerita ini memang tipu dan tiada senjata pun yang dibawa lari. Jika benar kenapa tidak ditunjukkan dimana senjata yang dicuri itu dijumpai…Cuma yang ditunjuk senjata itu telah pun berada di Balai Polis????? Karut!!!!
Cuba lihat HARIAN METRO (Jumaat 7/7) muka surat 3. Lihat gambar orang yang mengaku bapa kepada perompak..ngapa dalam suasana begini masih ada SENYUM dan bangga menunjukkan gambar anaknya yang menjadi perompak??????mustahil. Lihat juga gambar Waris perompak (lelaki dukung anak) gelak sakan, tak serius…karut lagi.
Kekeliruan lain banyak dah disiarkan dalam laman reformasi tolong baca balik.
Kesimpulannya : PASTI cerita ini adalah Lakonan semata-mata…diharap lakonan yang amat memalukan ini jangan diulang lagi.
Jebon 3/4