Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PERLANTIKAN JAWATANKUASA MASJID BELUM DISAHKAN

Sumber Asal :
Terengganu Baru

OLEH : PUTRA DARULIMAN

Menurut sumber seorang kawan saya yang bertugas di Komplek Seri Iman,dimana terletaknya pusat pentadbiran Jabatan Agama Islam Terengganu,bahawa ahli jawatankuasa masjid yang bernaung dibawah jabatan Agama Islam Terengganu belum lagi disaahkan oleh Kerajaan dahulu.oleh yang demikian katanya,beberapa pegawai dijabatan tersebut telah mendesak pesurujaya agama Terengganu menulis surat kepada Exco supaya menyegerakan pengesahan perlantikan tersebut.Namum begitu beliau memaklumkan kepada saya bahawa Exco kerajaan PAS Terengganu tidak bercadang untuk peneruskan permintaan supaya perlantikan tersebut disahkan.Malahan mengikut Warta Kerajaan Terengganu"Enekmen pentadbiran Agama Islam(pindaan 2000) satu kaedah perlantikan baru telah diluluskan.Enekmen tersebut dikatakan berkuat kuasa bermula 1hb Mei 2000.Namum begitu sehigga ke hari ini kami belum lagi melihat apa-apa perubahan pada Ahli jawatankuasa masjid yang terdahulu.Perkara ini kalau tidak diambil tindakan segera ianya amat menyukarkan Qariah atau JSR mengatur majlis dan program mengikut citarasa serta halatuju kerajaan baru.Kerana kebanyakan AJK Masjid yang dahulu adalah bekas JKKK.

Lebih parah dari itu ada pegawai di jabatan agama menyebar disana sini kononnya kerajaan PAS tiada kekuatan didalam menentukan halatuju dasar perjuangan PAS.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com