|
Petikan :
Tranung Kite eGroups
Penutup:
Ke Arah Landasan Baru Politik Muslim
Parti Islam SeMalaysia, berbeza
dengan kebanyakan parti Islamis di dunia Muslim, menyertai proses
pilihanraya semenjak ia ditubuhkan lagi. Pada dekad-dekad awal merdeka, PAS
lebih merupakan sebuah parti komunal Melayu untuk menentang UMNO.
Dasar-dasar pro-Melayu kerajaan Razak telah dengan berkesan melesukan
tuntutan-tuntutan komunal PAS, malah telah memaksa PAS untuk menamatkan
peranan pembangkangannya dan menyertai kerajaan pimpinan UMNO. Kerajaan baru
selepas rusuhan etnik 13 Mei yang dianggotai PAS ini telah memulakan proses
menganjakkan bentuk "demokrasi yang diubahsuai" di zaman awal merdeka
kepada bentuk pemerintahan "autoritarianisme yang diubahsuai".
Ruang
pembangkangan Melayu-Islamik yang dikosongkan oleh PAS diisi oleh gerakan
kebangkitan Islam pimpinan ABIM yang menuntut Islamisasi dan demokratisasi.
Pemansuhan perkongsian PAS-UMNO, diikuti oleh kooptasi pemimpin ABIM Anwar
Ibrahim ke dalam kerajaan, mengembalikan semula peranan utama PAS dalam
pembangkangan Islamik. Ia merupakan PAS yang lebih radikal -- yang
dipengaruhi oleh aliran legalistik-literalist yang mendominasi pemikiran
kebangkitan Islam global masa itu -- yang mencabar kewibawaan UMNO
terutamanya atas platfom syariah dan negara Islam.
Radikalisme
puritan PAS dekad 1980an ini gagal untuk mengembeleng imaginasi masyarakat
Melayu. Respon UMNO yang pragmatis, terutama melalui dasar Islamisasi
progresifnya, dan sokongan popular terhadapnya, memberi tekanan kepada PAS
untuk mencari strategi-strategi alternatif. Dengan latarbelakang anjakan
orientasi Islamis global ke arah pluralisme dan demokrasi, kecenderungan
"autoritarianisme yang diubahsuai" pihak berkuasa dan kepesatan
pertumbuhan yang menimbulkan persoalan ketidakseimbangan agihan ekonomi,
kepimpinan PAS yang telah semakin cenderung ke arah pendekatan sederhana itu
mula mengubah perhatiannya di tahun-tahun 1990an ke arah isu-isu keadilan
sosial dan reformasi demokratik, yang dipersembahkan dalam paradigma Islamik
dan dihujahkan sebagai warisan tulen tradisi Islam. Artikulasi awam PAS --
yang ditujukan kepada audien nasional Melayu dan bukan-Melayu -- semakin
mirip kepada soal penghakisan hak-hak demokratik yang bertujuan untuk
mempamerkan PAS dan platfom demokrasi Islamnya sebagai alternatif yang lebih
baik daripada UMNO untuk memimpin Malaysia yang multi-etnik ke era
baru.
Politik Muslim dekad 1990an mula menampakkan ciri pengislaman
UMNO dan pendemokrasian PAS. Pemimpin PAS tidak akan bersetuju sepenuhnya
dengan pengamatan Vatikiotis (1996: 162) bahawa "bukannya sesuatu yang
mustahil bahawa jika PAS berkuasa di Malaysia, ia akan berkelakuan tidak
jauh daripada elit Melayu sekarang, mengatur satu agenda Islamik sederhana
untuk meningkatkan kewibawaannya...dan UMNO pula mungkin akan menganut
perjuangan Islam untuk mengecam PAS." Mereka akan berhujah bahawa
pemerintahan PAS, tidak seperti UMNO, akan dicirikan bukan sahaja oleh
jangkaan-jangkaan konvensional sebuah demokrasi yang bersih, ia juga akan
didukung dengan kukuh oleh nilai akhlak dan moral sejagat Islam. Walau
bagaimanapun, pengamatan Vatikiotis itu mencerminkan unsur convergence dalam
politik Muslim dekad 1990an di Malaysia, dan dengan implikasi untuk masa
hadapan yang lebih penting daripada setakat eksploitasi instrumentalis Islam
untuk legitimasi politik seperti yang beliau cadangkan.
Kecenderungan
baru PAS terserlah dengan tuntutan-tuntutan reformasi yang ia juga terlibat
bersama aktivis demokrasi lainnya ekoran penyingkiran Anwar Ibrahim daripada
kerajaan Mahathir pada penghujung 1998. Tetapi benih anjakan parti itu ke
arah orientasi sederhana dan reformasi demokrasi sudah tertanam lama sebelum
episod Anwar. Gestasinya bermula dua dekad lalu dengan menurunnya pengaruh
aliran radikal dalam parti itu. Episod Anwar dan protes yang menuntut
kerajaan bersih dan pengluasan ruang demokrasi -- dan ketibaan
pilihanraya umum -- memberikan PAS suasana yang unggul untuk
mendiayahkan wadah demokrasi Islamnya. Ia juga meransang
pemimpin-pemimpin parti itu untuk memperluaskan pendekatan sederhana dan
pragmatis mereka, termasuk meningkatkan perhubungan dengan kumpulan-kumpulan
bukan-Muslim dalam usaha membina satu alternatif yang viabel kepada kerajaan
Barisan Nasional.
Kebanyakan penganalis dan pemerhati politik -- termasuk
pemimpin DAP -- meramalkan bahawa agak rendah kebarangkalian PAS,
bersendirian atau dengan kerjasama parti-parti pembangkang lainnya, akan
berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang
terdekat. Namun pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pun mengakui bahawa rekod
kemenangan Barisan Nasional 1995 adalah sukar untuk diulangi. Bukanlah
sesuatu yang tidak dijangkakan jika PAS memperbaiki prestasinya dalam
pilihanraya akan datang. Masalah ekonomi ekoran krisis kewangan Asia 1997,
masalah politik dalaman UMNO, isu-isu rasuah dan pembatasan kepada kebebasan
demokratik, pengaruh reformasi di negara-negara serantau dan kemiripan
sederhana-demokratik PAS, kesemuanya boleh membantu PAS meningkatkan
sokongan pengundi kepadanya. Jika ini berlaku atas platfom parti yang
menekankan kesederhanaan dan agenda demokratik dan bersama dengan Barisan
Alternatif yang dikepalainya, ia akan menambahkan pengalaman dan
meningkatkan perantisan PAS sebagai peserta dalam proses demokratik, dan
mendedahkannya secara lebih langsung kepada aturcara dan praktis demokratik
dalam politik pelbagai kaum Malaysia. Ia akan mengukuhkan lagi kecenderungan
demokratiknya dan mendalamkan lagi idea di kalangan pemimpin dan ahli akar
umbi bahawa kesederhanaan dan demokratisasi adalah menguntungkan dalam
persekitaran politik plural di Malaysia. Dalam suasana politik yang telah
biasa dengan kemenangan besar untuk parti pemerintah, yang sebahagian
penting formula pencapaiannya itu terletak kepada penerimaan masyarakat
terhadap kecenderungan pertengahannya dalam realiti politik komunal
Malaysia, peningkatan pencapaian PAS sebegini akan menggalakkan lagi
pendekatan akomodasionis parti itu dalam cita-citanya untuk memimpin
Malaysia di masa hadapan.
UMNO tidak kurang kepakaran dalam strategi
survival untuk memastikan relevans parti itu dan untuk mempertahankan diri
daripada serangan dalaman dan luaran. Sebagai sebuah parti politik, UMNO
mempunyai sejarah kapasiti yang mengkagumkan dalam membuat
penyesuaian pragmatis dan responsif kepada perubahan masa dan suasana. Dasar
pro-Melayu Razak pada dekad 1970an dan Islamisasi Mahathir 1980an adalah
antara contoh respons UMNO kepada tekanan dan tuntutan politik yang
dihadapinya. Dalam kedua-dua kes ini juga, walaupun UMNO tidak akan
mengakuinya secara terbuka, PAS telah memainkan peranan sebagai faktor
ransangan luaran yang menggerakkan UMNO ke arah perubahan. Tekanan utama di
dekad 1990an -- dan sekali lagi PAS menjadi pelaku penting - berkisar di
sekeliling soal ruang demokrasi, pemerintahan telus dan keadilan politik dan
ekonomi, yang telah mula muncul di awal 1990an dan memuncak dengan krisis
kewangan 1997 dan episod Anwar.
Inisiatif Islamisasi UMNO akan pasti
berterusan walaupun -- kalaupun tidak "kerana" -- tanpa keahlian Anwar.
Pelantikan Menteri Luar Abdullah Ahmad Badawi pada Januari 1999 sebagai
Timbalan Perdana Menteri menggantikan Anwar membayangkan kesinambungan ini.
Abdullah Badawi mempunyai reputasi "bersih"; beliau datang daripada keluarga
seorang ulama reformis yang disegani dan beliau sendiri mendapat ijazah
daripada Universiti Malaya dalam bidang pengajian Islam. Tetapi UMNO boleh
dijangkakan akan memberi lebih tumpuan kepada isu-isu demokratisasi. Ia akan
terus menggunakan dalil-dalil yang telah diuji zaman keberkesanannya --
seperti "ancaman perkauman" dan "campurtangan kuasa asing" -- untuk
mengharungi cabaran baru ini. Tema demokrasi pribumi, kestabilan, harmoni
antara kaum dan "mendahulukan pembangunan ekonomi daripada pembangunan
politik" akan terus menjadi istilah-istilah utama dalam leksikon politiknya,
dan akan masih boleh memujuk sebahagian besar ahli masyarakat tentang
perlunya membataskan kebebasan politik yang berlebihan. UMNO akan
dibantu oleh rekod pencapaian ekonomi dan kestabilan Malaysia di bawah
pemerintahannya dan oleh kawalannya yang ekstensif ke atas sumber material
dan maklumat serta ke atas jaringan naungan bagi mendapatkan sokongan untuk
terus berkuasa. Adalah naif untuk menjangkakan kerajaan UMNO akan
memperkenalkan liberalisasi dan kebebasan perdebatan politik yang meluas
dalam jangka masa pendek. Namun, UMNO mungkin tidak ada pilihan: pragmatisme
dan kebijaksanaan berpolitik seharusnya boleh memujuk UNMO untuk memberi
perhatian, mengambil kira dan meyesuaikan diri dengan tuntutan
demokratisasi. Pengaruh demokratisasi sedunia dan proses globalisasi serta
suasana sekeliling serantau, termasuk perkembangan demokrasi di Filipina,
Thailand dan Indonesia -- malah unsur-unsur "keterbukaan" yang mula
timbul di Singapura yang terkenal dengan kawalan politiknya yang ketat
(FEER, Dis. 24, 1998: 10-15) -- akan juga mempengaruhi kerajaan UMNO untuk
mempertingkatkan kredential demokratiknya dan mempercepatkan janji
demokratisasi seperti yang terkandung di dalam wawasan anjurannya. Walaupun
sifat dan skopnya sukar untuk diramalkan, anjakan ke arah reform politik
boleh dijangka akan bermula semasa tempoh Perdana Menteri Mahathir lagi dan
akan diteruskan oleh penggantinya. Malah sudah terdapat tanda-tanda awal ke
arah itu -- Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan dan Akta
Perlindungan Pengguna diluluskan oleh parlimen pada sidang Julai 1999;
kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada Oktober
1999, terdapat toleransi yang lebih terhadap penerbitan-penerbitan
anti-Barisan Nasional yang semakin membanjiri pasaran -- walaupun parti
pambangkang dan aktivis demokrasi akan menolak usaha-usaha ini sebagai tidak
mencukupi atau sebagai gimik untuk tujuan pilihanraya.
Satu trend
bukanlah satu produk yang telah siap, dan trend politik terkenal dengan
kelakuannya menukar haluan dengan tiba-tiba. Namun demikian, anjakan-anjakan
dalam politik Muslim di Malaysia pada tahun-tahun terakhir abad kedua puluh
menjanjikan kemungkinan satu landasan demokratik baru dalam persaingan ke
atas interpretasi simbol dan penguasaan institusi-institusi politik. Potensi
pertemuan dan simbiosis antara dua pesaing utama ke arah Islamisasi dan
demokratisasi boleh membuka wacana Muslim yang segar untuk menerokai
sintesis yang kreatif dan berfungsi di antara modeniti dan Islam dalam
konteks masyarakat multi-etnik di Malaysia. Ia juga boleh membantu
terbentuknya satu arena baru dalam praktis politik Muslim dengan asas norma
sistem bersama yang autentik daripada sudut Islam dan demokrasi yang boleh
diterima oleh masyarakat pluralistik Malaysia, masyarakat Muslim lainnya dan
masyarakat dunia amnya.
Rujukan
Ahmad Ibrahim (1997).
Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur:
IKIM.
Ahmad Lutfi Othman (1995). Wajah Baru Politik Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbitan Pemuda.
Afghani, C.N. (1992). Menyingkap
Keistimewaan Ibrahim Libya: Merintis Jihad Memali. Alor Setar: Penerbitan
Al-Jihadi.
Bahaeis (Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia) (1994). Penjelasan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Mengenai Perlaksanaan Hukum
Hudud Di Malaysia. Kuala Lumpur.
Bayart, J.F. (1994). Republican
Trajectories in Iran and Turkey: A Tocquevillian Reading. Dalam Ghassan
Salame (ed.), Democracy Without Democrats? The Renewal of Politics in the
Muslim World. London: I.B. Tauris, 282-299.
Case,W. (1993). Malaysia:
The Semi-democratic Paradigm. Asian Studies Review, 17:1:75-82.
Case,
W. (1995). Malaysia: Aspects and Audiences of Legitimacy. Dalam Muthiah
Alagappa (ed.), Political Legitimacy in Southeast Asia: The Quest for Moral
Authority. Stanford, Calif.: Stanford University Press: 69-107.
Case,
W. (1997). The 1996 UMNO Party Election: Two for the Show. Pacific Affairs,
70:3:Fall: 393-411.
Choudhury. G.W. (1993). Islam and the Modern Muslim
World. Kuala Lumpur: WHS Publications.
Crouch, H. (1992).
Authoritarian Trends, the UMNO Split and the Limits of State Power. Dalam
Joel S. Kahn and Francis Loh Kok Wah (eds.) Fragmented Vision: Culture and
Politics in Contemporary Malaysia. Honolulu: University of Hawaii Press:
21-43.
Crouch, H. (1996). Government and Society in Malaysia.
Ithaca: Cornell University Press.
Davis, J.M. (1997). Between Jihad
and Salaam: Profiles in Islam. New York: St. Martin.
Dixon, W.J.
(1994). Democracy and the Peaceful Settlement of International Conflict.
American Political Science Review, 88: 1: 3-32.
Eikelman, D.F. and
Piscatori, J. (1996). Muslim Politics. Princeton, N.J.: Princeton University
Press.
Entelis, J.P. (1996). Civil society and the Authoritarian
Temptation in Algerian Politics: Islamic Democracy vs. the Centralized
State. Dalam A.R. Norton (ed.), Civil Society in the Middle East, Vol. II.
Leiden: E.J. Brill: 45-86.
Esposito, J.L. (1996). Political Islam and
U.S. Foreign Policy. The Fletcher Forum of World Affairs, 20:2:
119-132.
Esposito, J.L. and Voll, J.O. (1996). Islam and Democracy. New
York: Oxford University Press.
Faaland, J. et al. (1990). Growth and
Ethnic Inequality - Malaysia's New Economic Policy. Bergen, Norway: Chr.
Michelsen Institute.
Filali-Ansary, A. (1996). The Challenge of
Secularization. The Journal of Democracy, 7: 2: April: 76-80.
Firdaus
Abdullah (1985). Radical Malay Politics : Its Origins and Development. Kuala
Lumpur: Pelanduk Publications.
Funston, J. (1980). Malay Politics in
Malaysia - A study of PAS and UMNO. Kuala Lumpur:
Heinemann.
Ghadbian, N. (1997). Democratization and the Islamist
Challenge in the Arab World. Boulder: Westview.
Goh, W. and Jomo,
K.S. (1995). Efficiency and Consumer Welfare. In Jomo K.S. (ed.) Privatizing
Malaysia: Rents, Rhetoric, Realities. Boulder: Westview Press: 154
-171.
Gomez, E.T. (1996). The 1995 Malaysian General Elections: A
Report and Commentary. Singapore: ISEAS.
Gomez, E.T. and Jomo, K.S.
(1997). Malaysia's Political Economy: Politics, Patronage and Profits.
Cambridge: Cambridge University Press.
Gullick, J.M. (1987). Malay
Society in the Late Nineteenth Century. Singapore: Oxford University
Press.
Haddad, Y.Y. (1995). Islamists and the Challenge of Pluralism.
Washington: Georgetown University.
Haji Koya Kutty (1998). PAS Must
Not Miss This Chance to Lead Malaysia into a New Era. Harakah: Okt. 5:
21-22.
Horowitz, D.L. (1994a). The Quran and the Common Law: Islamic Law
Reform and the Theory of Legal Change Pt. I. The American Journal of
Comparative Law, 42: fall: 233-293.
Horowitz, D.L. (1994b). The Quran
and the Common Law: Islamic Law Reform and the Theory of Legal Change Pt.
II. The American Journal of Comparative Law, 42: summer:
543-580.
Ibnu Hasyim (1993). PAS Kuasai Malaysia? Kuala Lumpur: GG
Edar.
Ibrahim, S.E. (1995). Civil Society and the Prospect for
Democratization in the Arab World. Dalam A.R. Norton (ed.), Civil
Society in the Middle East, Vol. I. Leiden: E.J. Brill: 27-54.
Ismail
Abdul Rahman, Tun (1973). UMNO Teras Politik, Melayu Teras Negara. Kuala
Lumpur: UMNO.
Ismail Kassim (1978). The Politics of Accommodation: An
Analysis of the 1978 Malaysian General Elections. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Jesudason, J.V. (1996). The Syncretic State
and the Structuring of Oppositional Politics in Malaysia. Dalam Garry Rodan
(ed.), Political Opposition in Industrializing Asia. London: Routledge:
128-160.
Jomo, K.S. and Ahmad Shabery Cheek (1992). Malaysia's Islamic
Movements. Dalam Joel S. Kahn and Francis Loh Kok Wah (ed.) Fragmented
Vision: Culture and Politics in Contemporary Malaysia. Honolulu: University
of Hawaii Press: 79-105.
Kamarudin Jaffar (1980). Dr. Burhanuddin
Al-Helmy - Politik Melayu dan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan
Anda.
Kaplan, R.D. (1997). Was Democracy Just a Moment. The Atlantic
Monthly, 280:6:Dec.: 55-80.
Kazancigil, A. (1991). Democracy in
Muslim Lands: Turkey in Comparative Perspective. International Social
Science Journal, 128: May: 343-360.
Kedurie, E. (1992). Democracy and
Political Culture. Washington, D.C.: Institute of Near East
Policy.
Kepel, G. (1998). The Political Sociology of Islamism. ISIM
Newsletter, Oct: 25.
Khalid, D.H. (1977). The Problem of Defining
Islam and Modern Accentuations. Islamic Studies, IX: I: Autumn:
217-281.
Khoo Boo Teik (1995). Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual
Biography of Mahathir Mohamad. Oxford: Oxford University Press.
Khoo
Boo Teik (1997). Economic Vision and Political Opposition in Malaysia,
1981-96: The Politics of the Mahathir Era. The Copenhagen Journal of Asian
Studies, 12: 9-34.
Khuri, R.K. (1998). Freedom, Modernity and Islam -
Toward a Creative Synthesis. Syracuse, N.Y.: Syracuse University
Press.
Kramer, G. (1993). Islamist Democracy. Middle East Report, 183:
July-Aug.: 2-8.
Kramer G. (1995). Islam and Pluralism. Dalam Rex
Brynen et al. (ed.), Political Liberalization and Democratization in the
Arab World, Vol. I. Boulder: Lynne Rienner: 113-128.
Kubba, L.
(1996). Recognizing Pluralism. Journal of Democracy, 7: 2: April:
86-89.
Lawrence, B.B. (1998). Shattering the Myth: Islam Beyond Violence.
Princeton, N.J.: Princeton University Press.
Lim Hong Hai (1997). The
Malayan Electoral System: Its Formation and Change. Ph.D. Dissertation:
University of Malaya.
Mahathir Mohamad (1986). The Challenge. Petaling
Jaya: Pelanduk Publications.
Mahathir Mohamad (1995). The Malaysian
System of Government. Kuala Lumpur: The Prime Minister's
Department.
Mahathir Mohamad and Shintaro Ishihara (1995). The Voice of
Asia. Tokyo: Kodansha International.
Mahathir Mohamad (1999). A New
Deal for Asia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.
Malaysia (1986).
Peristiwa Memali. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri.
Means, G.P.
(1978). Public Policy Towards Religion in Malaysia. Pacific Affairs, 51: 3:
Fall: 384-405.
Means, G.P. (1996). Soft Authoritarianism in Malaysia and
Singapore. Journal of Democracy, 7: 4: Oct.: 103-117.
Milne, R.S.
(1970). National Ideology and Nation-building in Malaysia. Asian Survey, X:
I: July: 563-573.
Mohd. Suffian Hashim (1963). The Relationship Between
Islam and the State in Malaya. Intisari, I: 3: 16-36.
Monshipouri, M.
(1997). Islamism, Civil Society, and the Democracy Conundrum. The Muslim
World, LXXXVII: 1: Jan.: 54-66.
Moody Jr., P.R. (1996). Asian Values.
Journal of International Affairs, Summer: 166-192.
Moussali, A.S.
(1995). Modern Islamic Fundamentalist Discourses on Civil Society, Pluralism
and Democracy. Dalam A.R. Morton (ed.), Civil Society in the Middle East,
Vol. I. Leiden: E.J. Brill: 79-119.
Muhammad Ikmal Said (1996). Malay
Nationalism and National Identity. Dalam Muhammad Ikmal Said and Zahid Emby
(ed.), Malaysia: Critical Perspectives. Kuala Lumpur: Malaysian Social
Science Association: 34-73.
Nagata, J. (1980). Religious Ideology and
Social Change: The Islamic Revival in Malaysia. Pacific Affairs, 53: 3: Fall
1980: 405-439.
Nagata, J. (1994). How to be Islamic Without Being An
Islamic State: Contested Models of Development in Malaysia. Dalam Akber S.
Ahmed and Hasting Donnan (ed.), Islam, Globalization and Postmodernity.
New York: Routledge: 63-90.
Nagata, J. (1997). Islam Ethnonationalism
versus Religious Transnationalism: Nation-Building and Islam in Malaysia.
The Muslim World, LXXXVII: 2: April: 129-150.
|