Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Mana satu betul ni-Siapa bunuh Abd. Halim Ali

Sila baca petikan Utusan Malaysia pada 2 hari berbeza ada 2 cerita berbeza tentang perkara yang sama:-

KUALA KANGSAR, 6 Julai - Krisis keselamatan yang menggemparkan seluruh negara berikutan rompakan senjata di kem tentera di Gerik sejak lima hari, diikuti penahanan empat tebusan -berakhir petang ini dengan kesemua 27 penjenayah menyerah diri.

Walaupun drama itu berakhir tanpa pertumpahan darah, keseluruhan episod itu telah mengorbankan tiga nyawa. Dua daripadanya ialah anggota pasukan keselamatan yang telah dibunuh dengan kejam oleh kumpulan berkenaan manakala seorang lagi ialah ahli kumpulan itu yang terkena tembakan ketua mereka sendiri.

Lima penjenayah itu juga dilaporkan tercedera manakala dua lagi tebusan iaitu seorang anggota polis, Koperal Mohd. Shah Ahmad, 48,dan penduduk kampung, Jaafar Putih berjaya diselamatkan.

Dua anggota keselamatan yang terbunuh ialah dari cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar, Detektif Koperal R.Sagadevan dan anggota tentera dari Pasukan Gerak Khas Kem Terendak, Melaka,Prebet Tupa Mathew A/K Medan. Penjenayah terbunuh pula ialah Abdul Halim Ali.

KUALA KANGSAR 8 Julai - Kumpulan penjenayah yang merompak senjata api dari dua kem tentera di Gerik bukan sahaja bertindak kejam terhadap tebusan mereka tetapi juga terhadap rakan seangkatan mereka.

Mayat Abdul Halim Ali, satu-satunya anggota kumpulan penjenayah itu yang maut ditembak pasukan keselamatan dibiarkan terbaring di tempat ia berkawal sehingga polis mengeluarkan mayatnya Khamis lepas.

Menurut seorang pegawai Pasukan Gerakan Am yang bertugas mengawal kubu persembunyian penjenayah itu di Bukit Jenalek, Sauk dekat sini, Abdul Halim yang sedang mengawal di tempat teratas sekali di kawasan persembunyian itu, iaitu 200 meter dari kubu kumpulan itu, bersama seorang lagi rakannya, telah ditembak pada Selasa lepas.

Anggota pasukan penembak tepat komando yang bertugas mengepung kedudukan kubu dan tempat persembunyian kumpulan penjenayah itu,dan pergerakan mereka telah menembak Abdul Halim pada Selasa lepas, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mat Kepoh


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com