Syabas kepada “Anak Bukit”(Aman?) dan Tranung Kite
kerana berjaya mengesahkan bahawa peristiwa Sauk
adalah sebenarnya suatu sandiwara arahan Dr Mahathir.
Gambar foto dan artikel mengenai dwi peranan Jaafar
Puteh (sebagai orang tebusan dan sebagai ahli kumpulan
perompak) sumbangan "Anak Bukit" yang disiarkan oleh
Tranung Kite pada 23 Julai 2000 diberitakan telah
memeranjatkan Dr Mahathir. Terdiam orang tua laknat
tu. Kini Dr Mahathir dan UMNO panik dan mengelabah.
Foto-foto tersebut adalah dari akhbar-akhbar tempatan
yang dikawal Dr Mahathirdan tak boleh disangkal
sebagai foto-foto 'fake" (palsu). Ianya bukti yang
kukuh bahawa peristiwa curi senjata Sauk adalah
sandiwara arahan Dr Mahathir.
Dr Mahathir dikatakan telah beri arahan kepada TV dan
media arus perdana supaya hentikan dengan serta merta
laporan dan artikel mengenai Al Maunah. Samada arahan
tersebut sempat sampai ke pihak media pada malam 23
Julai ini (atau arahan diubah dan lapuran-lapuran
terus disiarkan) tidak dapat saya sahkan kerana saya
tak tengok sangat berita TV yang membohong dan menabur
fitnah itu.
Jaafar Puteh yang dihebahkan sebagai “tebusan” Al
Maunah telah kelihatan dalam gambar Metro 15 Julai
2000 sebagai salah seorang kumpulan Al Maunah
(berseluar celoreng combat) yang digari dan diaturkan
bercangkung bersama ‘perompak’ Al Maunah yang lain.
Lazimnya orang tebusan yang berjaya dibebaskan akan
dibagi layanan istimewa macam VIP dan bukannya digari.
Dan beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan
berita Jaafar Puteh telah meninggal dunia dengan
tiba-tiba, dan doktor kata beliau mati dari
sebab-sebab normal.
Sauk menimbulkan bermacam persoalan yang segalanya
terjawab dengan gambar-gambar foto dwi peranan Jaafar
Puteh tersebut. Sah seribu kali sah bahawa peristiwa
curi senjata oleh Al Maunah di Sauk itu adalah
sandiwara arahan Dr Mahathir.
Tapi kini timbul persoalan jenis lain pula. Adakah
Jaafar Puteh sebenarnya dibunuh supaya segala rahsia
yang beliau tahu turut bersama kedalam kuburnya? Kalau
Jaafar Puteh dibunuh seperti yang dipercayai oleh
ramai rakyat, adakah Dr Mahathir terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pembunuhan
tersebut?
Mansur KK