Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Mahathir, UMNO dan Kerajaan BN mengalami nasib Abdullah bin Ubai

Dalam wawancara Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Firdaus Abdullah bersama Dr. Mahathir, Dr. Mahathir ada merintih sedih:

"Kita sudah sampai kepada tahap itu, iaitu ada kumpulan di Malaysia....tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan... walau apa yang kita buat mereka tolak.."

"Apabila kita mendekati mereka untuk memberi penjelasan, mereka tidak begitu sanggup menerima."

"Sebaliknya, bila kita bersyarah untuk memperbaiki dia, itu tidak begitu diminati." ( Berita Harian 20 Julai 2000)

Pengalaman seperti ini bukan perkara baru. Allah telah menunjukkan bagaimana manusia patut melayani orang yang menuduh orang berzina/liwat tanpa membawa empat saksi. Allah berfirman:

"... janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya." (An Nuur 24: 4)

Atas dasar ini Abdullah bin Ubai yang memfitnah Ummmul Mukminin Aisyah r.a tidak dipercayai orang, hatta walau pun bercakap benar, sehingga dia mati.

Mahathir menuduh Anwar tanpa empat saksi. UMNO, seluruh jentera Kerajaan B.N, dan seluruh media massa dibawah pengaruh Mahathir, UMNO, kroni-kroninya dan Kerajaan membantu menyebarkan fitnah ini. Jesteru, tidaklah hairan orang yang patuh kepada petunjuk Allah tidak percaya kepada Mahathir, UMNO dan Kerajaan B.N. Perentah Allah ini ialah untuk selama-lamanya seperti yang Allah lakukan kepada Abdullah bin Ubai.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com