Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


.... konspirasi Sauk

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Assalamualaikum.

Aku pulang ke KK semalam untuk menghadiri satu majlis ..... Dalam majlis itu aku sempat berbual dengan seorang anggota tentera yang merupakan ahli keluarga tuan rumah. Dia tiba lewat malam bersama isteri dan anak-anaknya. Aku yang berhasrat hendak pulang, terpaksa tangguhkan dahulu. Dia mendakwa yang beliau ada bersama dalam visi Left. Jeneral Datuk Zaini pergi memujuk G15. Menurutnya, memang benar M16 diacukan kepada Datuk Zaini dan Datuk Zaini menepis perlahan lalu tertembak geng G15 sendiri. Selepas itu seorang komander menerkam Amin. Amin tumbang ke tanah dan perutnya dipijak-pijak. Kemudian ditendang hingga terguling jatuh ke bawah. G15 yang lain juga turut dikerjakan dengan kasar oleh komando. Beliau menambah lagi, yang Datuk Zaini bukanlah seorang wira. Kalau ada juga wira dalam misi ini, wira itu ialah komander yang menerkam Amin hingga Amin jatuh terlentang. Beliau juga menyatakan yang Datuk Zaini telah dinasihatkan berhenti dari tentera kerana kesnya menampar anggota bawahan suatu masa dahulu. Bermakna penglibatannya dalam Misi Sauk ini adalah lakonannya untuk menyelamatkan beliau dari bersara awal. Dan selepas ini, beliau mungkin boleh dinaikkan pangkat hingga ke Jeneral. Dan yang paling mengejutkan, rakan saya ini mengatakan yang anggota tentera memang mahukan Datuk Zaini mati dalam misi ini....tetapi sayang ajalnya belum sampai.

Satu lagi pendedahannya tentang isu Sauk ini ialah tentang senjata dan peluru yang dijumpai. Jumlahnya terlalu banyak dan tidak muat diangkut dengan tiga Pajero itu. Seolah-olah senjata dan peluru memang telah diletakkan lebih awal di Bukit Jenalik. Tidak mungkin G15 atau G24 mampu mengangkutnya dari jalan besar ke Bukit Jenalik dalam tempoh waktu yang begitu singkat. Katanya lagi ... "Fikirkanlah sendiri..."

Saya hanya menyampaikan apa yang beliau beritahu. Kalau dia berbohong, bermakna saya bohong di pagi ini. Tetapi saya yakin dengan kata-katanya kerana kami sama-sama bermain dan membesar suatu masa dahulu di kampung dan di daerah ini....

Wassalam.

matdeghih


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com