Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Sauk : Madey dah mula bersuara

"Ahli-ahli al-Maunah yang ditangkap adalah ahli PAS yang menggangotai Unit AMAL PAS. Mereka berhasrat untuk menuntut Madey dan kabinet meletak jawatan. Tujuan mereka ini dapat dikesan melalui perbualan telefon bimbit mereka dengan .....", lebih kurang begitulah bunyinya petikan kata-kata Madey dalam berita di TV1 dan TV3.

Dah dijangka, dah diduga bahawa akhirnya Madey akan melibatkan PAS atau BA yang lain. Ternyata di peringkat ini PAS yang diserang terlebih dahulu. Mungkin selepas ini siapa pula...?

Dan yang tidak kurang menariknya, Madey memberitahu bahawa UMNO akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberitahu rakyat akan peristiwa sebenar di Sauk. Nampaknya Madey sedar bahawa media perdananya gagal meyakinkan rakyat sehingga beliau memerlukan kembali khidmat ceramah UMNO .... tapi ramaikah yang datang nanti? Jikalau beliau benar-benar berani, sila buat dialog terbuka dengan rakyat. Jangan pandai bagi ucapan sahaja ... lepas itu balik ke mahligai.... pirahhhh

Sauk kuat dengan PASnya. Ustaz Azizan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak adalah orang Kampung Ngor, jiran Kampung Jenalik. Silap-silap haribulan, kena cekup si ustaz ni ... jaga-jaga ustaz, Madey dah mula bertindak ...

Sauk berAhli Parlimenkan Datuk Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan. BerADUNkan Jamal Nasir Rasdi, Ketua Pemuda UMNO Perak. Mungkin kedua-dua pimpinan ini punyai agenda untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO. Mungkin juga untuk menyekat perkembangan pengaruh PAS dan keADILan. Tambah-tambah di Sauk juga adalah tempat di mana satu-satunya senator yang sedang berkhidmat mengistiharkan keluar UMNO dan masuk keADILan. Kepada Pak Hamzah Zain, berhati-hati dan bersedia untuk ke Kamunting ... manalah tahu ... masih terbayang dan terdengar gurauan Pak Hamzah di Taiping, sehari sebelum peristiwa di Sauk.

Andaikata Ustaz Azizan dan Pak Hamzah ke Kamunting atau disebut sahaja nama mereka dengan isu Sauk, mungkin Sauk akan bergelora .... ketenangan air di Empangan Chenderoh akan bergelora.

Madey ... Madey ... cukuplah ....

matdeghih


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com