Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Penghakisan TANAH orang MELAYU di Pulau Pinang mengajak rakyat menyokong PAS

Memperkenalkan :
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

Risalah ini ingin memberi peringatan kepada GERAKAN, MCA, UMNO dan Barisan Nasional bahawa seluruh orang Melayu P.Pinang akan bangun menolak BN dalam pilihanraya yang akan datang untuk digantikan dengan Parti Alternatif yang diketuai Parti PAS kerana sesungguhnya BN tidak membela hak-hak dan kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang. Tanah orang Melayu sudah terlalu banyak terhakis di Pulau Pinang. Orang Melayu tidak akan lagi menyokong BN walau seribu janji KOSONG diberikan.

Isu hartanah orang Melayu di P.P telah diperkatakan semenjak 20 tahun yang lalu. Kini mencapai tahap yang paling genting. Selama tempoh itu, apakah yang telah dibuat oleh UMNO dan BN? Kita amat menyedari, hartanah adalah benteng terakhir survival politik orang Melayu. Kini benteng itu telah dihakis dengan rakusnya, mungkinkah P.P akan menjadi seperti Singapura? UMNO yang berkongsi kuasa dengan BN hanya mengadakan konvensyen yang hasilnya tidak lain dari menjadikan mereka dan saudara mara mereka sendiri jutawan. Kini orang Melayu tidak akan lagi dapat dibeli dengan duit kotor mereka dalam pilihanraya nanti.

UMNO sering menggertak, jika mereka kalah, DAP akan berkuasa. Kemudian mereka ketawa berdekah-dekah. Jangan harap, modal ini releven pada masa ini. Sekarang ini pun, siapa yang perintah?? Orang Melayu bersepakat akan memilih parti alternatif yang diketuai PAS dalam pilihanraya nanti!!!

Penghijrahan orang Melayu secara terpaksa keluar dari P.P melalui pembelian rumah di Kulim, Sg Petani dan Padang Serai serta penghijrahan terancang bukan melayu melalui pembelian hartanah di kawasan Melayu seperti di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Kepala Batas akan menimbulkan akibat yang terlalu mahal untuk dibayar kepada generasi Melayu P.P yang akan datang. Hartanah orang melayu di sebelah Pulau, tak perlu dicakap lagi kerana sudah hampur pupus. Lihatlah sendiri... apa yang UMNO lakukan dalam membela hartanah orang Melayu?

Kita amat sedih dengan mangsa-mangsa pembangunan seperti di Kampung masjid Timah di Permatang Pauh yang diambil oleh PERDA, mangsa di Jalan Permatang Batu Permatang Rotan, mangsa di Kampong Padang Benggali Teluk Air Tawar, mangsa di Kg Gajah dan Bagan Dalam Butterworth, mangsa di Macang Bubok dan Bandar Baru Teluk Kumbar. Mangsa-mangsa ini terdiri dari orang-orang Melayu yang dibayar pampasan dengan harga yang rendah.

Penghapusan yang paling ketara ialah di Kampung Melayu Jelutong, iaitu kampung Melayu pertama yang diwujudkan sejak zaman pembukaan P.Pinang. Kampung Melayu Jelutong adalah tempat terletaknya rumah Syed Sheikh Al-hadi ( ulama' Islam terkenal yang kita belajar dalam buku-buku sejarah ) yang kini bertukar menjadi tokong Cina. Juga tempat terletaknya Madrasah Diniah yang melahirkan ramai alim-ulama yang kini sudah tiada lagi. Tapak masjid Jelutong pun, telah dijadikan tapak hotel! Kemanakah menghilangnya kampung Pisang? Mana ada lagi hak orang Melayu selain dari Flat Jalan Tengku dan rumah dalam laut? Kesemua baki orang melayu yang tinggal disini pun akan dihambat keluar kerana kampung yang mereka diami beratus tahun dahulu akan ditukar menjadi laluan Jelutong EkspressWay tidak lama lagi. UMNO yang memegang 12 Kerusi di Pulau Pinang, tidakkah pernah terfikir untuk membela nasib bangsa melayu?? Ayuh kita bertukar kepada PAS.

Kita tidak lupa, pada akhir 1996, lebih kurang 700 ekar tanah yang sebahagian besarnya milik melayu di Mukim 18 kawasan Tanah Liat, Kubang Semang, Kubang Ulu dan Kg Petani telahpun diukur untuk diambil oleh UDA. Begitu juga kawasan sawah dari Permatang Rotan sehingga Hutan Nibong seluas lebih kurang 600 ekar telahpun diwartakan untuk dipindah milik kepada agensi kerajaan. Sudah tentu semua tindakan itu untuk menambahkan simpanan bank tanah mereka dengan mengorbankan hak milik melayu.

Kita masih ingat, tapak kepada Pusat Bandar Perda jalan permatang Rawa Bukit Mertajam, dulunya adalah 500 ekar sawah orang melayu yang diambil dengan RM1.80 (seringgit lapan kupang!!) sekaki, kemudian dijual kepada Pemaju Aseania Development Sdn Bhd. Kini, 24 unit rumah kedai 4 tingkat dibina dengan harga RM800 ribu seunit atau RM250 sekaki persegi. 120 unit gudang 2 tingkat berharga RM600 ribu/unit. 151 unit kilang industri ringan satu setengah tingkat dengan RM600 ribu/unit, 176 unit fasa 1 pangsapuri dengan RM80 ribu/unit. Begitulah juga dengan bandar UDA di Kampong Masjid Timah Permatang Pauh. Berapa banyak unit rumah atau rumah kedai yang dulunya hak milik melayu, kini dapat dibeli oleh orang melayu???? Jawablah wahai pemimpin UMNO dan BN...

Setelah lebih 40 tahun peluang diberikan kepada UMNO dan BN memerintah, apalah salahnya peluang itu diberikan pula kepada Parti PAS dan Alternatif? Kalau PAS boleh berbangga di Kelantan, apalah kurangnya PAS Pulau Pinang? Persoalan ini memberi keyakinan kepada rakyat P.P untuk menyokong PAS dalam pilihanraya nanti.

PAS sejak zaman Tuan Guru HJ Zabidi menjadi ADUN dan ahli Parlimen telah menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dijangka akan berlaku ini. Berbagai cadangan telah PAS kemukakan tetapi dipandang sepi kerana PAS tiada kuasa. Permasalahan hartanah melayu P.P umpama nasi menjadi bubur yang menunggu habuan ayam bila-bila masa. Sekali lagi, seluruh orang Melayu Pulang Pinang hendaklah bersatu dan berpadu untuk menukar kepimpinan yang ada sekarang dengan kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab. UNDI lah PAS dalam pilihanraya nanti.

Barisan Nasional tidak adil kepada bangsa Melayu di P.Pinang. Jangan menyesal bila Pulau mutiara ini sudah tiada hartanah melayu. Jangan biarkan melayu lari dan terus lari. Beri kan sedikit sumbangan untuk membantu bangsa Melayu dengan mengundi PAS dalam pilihanraya. PAS telah berjanji akan menjamin keadilan untuk semua agama dan bangsa.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com