Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MILF MENGISYTIHARKAN JIHAD

Bersama ini dilaporkan sedikit mengenai perkembangan di Mindanao, selatan Filipina. Tidak banyak berita mengenai pertempuran sengit di antara mujahidin MILF dan tentera kerajaan Filipina yang dilaporkan oleh media. Tumpuan media lebih diberikan kepada liputan kes penculikan Sipadan oleh kumpulan Abu Sayyaf, tetapi tidak kepada serangan ke atas MILF oleh tentera Filipina.

Dipercayai oleh sesetengah pengalisa politik bahawa isu penculikan oleh Abu Sayyaf sengaja diperbesarkan untuk menutup rancangan pembantaian ke atas MILF dan perkampungan Islam di Mindanao. Sila baca lampiran e-mel di bawah untuk berita lanjut. Juga, diharapkan anda dapat memberi respon kepada kutipan derma untuk Tabung Kemanusian Mindanao, sepertimana yang dimohon dalam e-mel seterusnya.

Sekian.


>From: "Ku Qadir Al-Fatani" 
>To: harakah-owner@egroups.com
>Subject: MILF mengisytiharkan Jihad
>Date: Wed, 12 Jul 2000 15:50:07 -0000
>
>--- In Patani@egroups.com, "Ku Qadir Al-Fatani"  wrote:
>
>
>Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>
>Berikut dilampirkan e-mel berita mutakhir mengenai perkembangan di
>kepulauan Mindanao. Kubu utama MILF (Moro Islamic Liberation
>Organisation), Kem Abu Bakar baru ditawan oleh tentera kuffar
>Filipina di bawah pimpinan Estrada. Kem MILF ini bukanlah penempatan
>tentera semata-mata tetapi suatu penempatan orang Islam termasuk
>institusi pendidikan.
>
>Dengan jatuhnya Kem Abu Bakar ke tangan kuffar Filipina, maka Islam
>di Mindanao menghadapi ancaman penghapusan yang runcing. Turut
>dibantai oleh tentera kuffar Filipina adalah orang awam dan masjid.
>Namun, pejuang-pejuang Moro bertekad untuk terus berjuang
>mempertahankan Islam daripada dihapuskan oleh kerajaan Filipina. MILF
>adalah satu-satunya harapan Islam kekal di kepulauan ini. Di dalam
>keadaan runcing ini mereka memerlukan segala bantuan daripada kita
>untuk terus bertahan di tanahair mereka sendiri. Ini adalah untuk
>Islam dan umat Islam dapat terus bertapak di Mindanao.
>
>Anda boleh kunjung ke 2 laman web ini untuk maklumat lanjut:
>
>http://209.185.131.251/cgi-bin/linkrd?_lang=&lah=d204cfad47f5a955ccbc94fec872c954&lat=963572991&hm___action=http%3a%2f%2f216%2e147%2e111%2e186%2f ... laman rasmi morojihad.com
>http://209.185.131.251/cgi-bin/linkrd?_lang=&lah=db466a0a867c4683a0271d4f71350ddf&lat=963572991&hm___action=http%3a%2f%2famalnet%2etripod%2ecom%2fmoro%2f ... laman Tabung Kemanusiaan Mindanao
>
>Dengan segala harapan saya mohon saudara-saudari turut menyumbangkan
>sedikit daripada rezeki kurnian Allah kepada saudara kita Bangsa Moro
>di Mindanao.
>
>Sekian, wassalam.
>
>  Ku Qadir Al-Fatani
>  Pejuang Kemerdekaan Patani
>
>
>
>
>----- Original Message -----
>From: Abu Az-Zuhri
>To: hizb@h... ; mujahiddin-moro@egroups.com ; ...[deleted]
>Sent: Wednesday, July 12, 2000 12:34 PM
>Subject: H-Net* MILF mengisytiharkan Jihad
>
>
>Assalamualaikum warahmatullah,
>
>Sebentar tadi, kami menerima panggilan dari Filipina. Bantuan
>kewangan diperlukan segera. Amir Mujahiddin-MILF telah
>mengisytiharkan jihad-serang (offensive) ke atas tentera estrada di
>mana sebelum ini, Mujahiddin MILF hanya jihad mempertahankan diri dan
>tanahair mereka (defensive).
>
>Semua penduduk muslim Mindanao menyokong penuh pengisytiharan Jihad
>oleh Amir Mujahiddin MILF. Semalam dilaporkan, selepas penawanan kem
>Abu Bakr; Estrada meraikan kemenangan di kem Abu Bakr dengan minuman
>bir dan makanan khinzir.
>
>Amir Mujahiddin MILF, Syeikh Salamat Hashim berkata: "Janganlah kita
>bersedih dengan penawanan musuh terhadap Kem Abu Bakr. InsyaAllah,
>kita akan bangkit semula. Tentera Filipina sebenarnya masih belum
>menang dalam peperangan ini walaupun mereka (tentera filipina)
>menawan Kem Abu Bakr tetapi tidak hati dan semangat Mujahiddin MILF.
>Penawanan paling berbahaya ialah menawan hati dan semangat tentera
>Mujahiddin."
>
>Syeikh Salamat Hashim tidak akan memerangi orang awam. Dan kali ini,
>tektik gerila  akan digunakan. Dan sudah tentunya, tektik gerila ini
>menelan belanja yang banyak. Oleh itu, kami menyeru umat Islam agar
>dapat menyumbang bantuan kewangan dan doa.
>
>Anda boleh menyumbang secara online terus ke akaun berikut:
>
>Bank      : Maybank (Cawangan Tmn Sri Serdang, Seri Kembangan,
>Selangor)
>
>Nama      : Tabung Kemanusiaan Mindanao
>
>No Akaun  : 512147009549
>
>
>Team Tabung Kemanusiaan Mindanao
>S/U Kerja
>
>--- End forwarded message ---


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com