Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi
Pemberita Nestea
Kerajaan BA Trengganu, dibawah pimpinan Ustaz Hj.Hadi, dan seluroh rakyat negeri tersebut, telah diperleceh dan dicabar olih Mahadead dan kerajaan pusat UMNOB/BN apabila dia menyatakan bahawa royalti minyak yang diberi olih Petronas adalah semata-mata atas belas ikhsan kerajaan pusat dan berkemungkinan besar ditarik balik.Mahadead juga memberi alasan bahawa kajian semula olihnya untuk membatalkan pemberian royalti ini kerana tidak mahu Ustaz Hadi dan PAS menyalahguna dana tersebut kapada tujuan politik dan bukan untuk membangunkan negeri dan rakyat miskin negeri Trengganu.
Pada hemat saya kenyataan Mahadead ini mempunyai motif-motif tertentu khususnya:-
1.Mengalih pandangan rakyat umum dari isu penyalahanguna kuasa dan korupsinya yang jelas dan nyata yang dibocorkan olih Dato Shafie Yahya,bekas Ketua Pengarah BPR,dalam mahkamah terhadap Mahadead.Dato Shafie telah menerangkan bagaimana Mahadead telah mengarahkan BPR memberhentikan segala penyiasatan rasuah kroni Mahadead,Ali Abul,yang saterusnya dilantik Mahadead/Daim sabagai Gebenor Bank Negara.
2.Menimbulkan prasangka buruk kapada kerajaan BA sabagai tidak amanah,tidak cekap dan tiada kewiwabaan dan memperbodohkan keselurohan rakyat Trengganu kerana memilih BA sabagai pemerintah.Yang sabenarnya,Mahadead cuba melukiskan apa yang diamali olih dirinya dan kerajaan UMNOB/BN kapada penentang politiknya (proses reverse psychology).Yang bodoh-bangang itu pula adalah ahli dan penyokong UMNOB/BN.
3.Melancar serangan dan ingin meletakkan pihak BA dan PAS khususnya dalam keadaan defensif untuk menepis segala kebobrokannya dan segala jenayah UMNOB/BN yang hangat menjadi isu-isu semasa.Tujuannya adalah untuk mengalih dayausaha dan dayafikir pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran dari terus membuat serangan terhadapnya.
4.Dengan ditambah isu-isu rekaan Mahadead dan jongos-jongosnya yang lain,misalnya pembangkang menaja murid-murid jadi samseng dan penjenayah,Mahadead berharap dapat menenggelamkan perhatian umum terhadap hukuman yang akan dikenakan terhadap DSAI tidak lama lagi,disamping melindungi hakikat sabenar betapa hukuman itu yang akan dibuat olih sabuah BADAN KEHAKIMAN yang paling korup pernah ujud dinegara ini diatas prinsip-prinsip keadilan yang musnah dilacurkan olih hakim-hakim saperti Esop Cin,Ripin Joker,Mangosteen Pal.t,Lamin Bonus dan yang saangkatan dengannya.
Olih hal yang demikian,kita saharusnya memberi tafsiran diatas segala isu-isu serta kenyataan-kenyataan dari Mahadead dan jongos-jongosnya dalam masa terdekat ini berdasarkan konteks pekara-pekara yang telah disebutkan diatas.Kita juga harus berwaspada agar jangan terperangkap dengan jerat yang dipasang olih Mahadead Pembohong Besar ini.Jangan menari ikut rentaknya malahan biar dia yang menari ikut rentak kita.
Dalam hubungan ini kita,pejuang kebenaran dan keadilan,dalam BA samestinya memperhebatkan tekanan dan penyebaran maalumat berkenaan kerakusan Mahadead dan ahli regimnya saluas mungkin.Kita harus meletakkan mereka dalam defensif dengan serangan-serangan yang hak diatas perilaku dan perisikap zalim mereka.Ustaz Hadi dan kerajaan Trengganu haruslah mula mendedahkan penyelewengan dan keborosan kerajaan Wan(g)Cotar yang lalu sabagai jawapan terhadap anggapan Mahadead yang kerajaan BA tidak berwiwaba,tidak cekap atau tidak amanah.BA juga harus mengambil kesempatan dengan kehadiran Menteri-Menteri OIC untuk memperhebatkan kenyataan-kenyataan akhbar terhadap segala kezaliman Mahadead dan jongos-jongosnya saperti isu Ketua Hakim korup,Mahadead salahguna kuasa,Mahadead melingdung penjenayah dan perasuah,Mahadead merompak harta rakyat untuk keluarga dan kroni,Mahadead PEMBOHONG,Esop Cin PEMBOHONG,Ketua Polis PENAKUT,AG ALAT KEZALIMAN,SPR PENIPU dan lain lagi.
Insyaallah dengan kecekalan dan tekat untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang jitu kita akan dapat cahaya kesejahteraan dunia dan akhirat.
LAWAN TETAP LAWAN.