Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kenyataan Media MISNA

MALAYSIAN ISLAMIC SOCIETY OF NORTH AMERICA MEDIA STATEMENT
July 23, 2000

Assalamualaikum,

Setelah beberapa minggu peristiwa rompakan senjata di Sauk ternyata perasaan rakyat Malaysia bercampur baur samada menerima peristiwa ini sebagai satu realiti atau khayalan. Kejadian yang aneh ini sebenarnya sukar untuk diterima secara langsung sekiranya tiada siasatan terperinci dilakukan oleh pihak tertentu.

Semakin hari rakyat dibebani perasaan keliru, tidak selamat, takut dengan suasana persekitaran yang tidak menyakinkan keselamatan individu perseorangan dan negara.

Ditambah lagi cara pihak kerajaan menangani masaalah keselamatan negara ini secara tidak serius sebagaimana laporan media dengan percanggahan fakta yang nyata.

Kami menanggap kecurian senjata tersebut adalah melibatkan keselamatan negara bukan keselamatan golongan tertentu yang berkepentingan. Oleh itu kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas untuk menyelesaikan masalaah ini supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

Kami kesal dengan sikap kerajaan yang terlalu awal menuduh golongan tertentu yang menjadi dalang kepada peristiwa Sauk, sedangkan siasatan terperinci masih belum dijalankan. Kenyataan media yang silih berganti oleh para pemimpin dan pihak lain tidak akan dapat menyelesaikan masaalah negara.

Kami kesal dengan sikap kerajaan yang menggunakan segala kuasa dengan membuat tuduhan yang melulu terhadap mereka yang terlibat walaupun mereka masih didalam siasatan polis.

Kami berharap agar pihak berwajib supaya menghentikan kegiatan tuduh menuduh yang akhirnya merosakan prestasi pemerintah di mata rakyat. Rakyat akan bertambah keliru dengan hujah hujah oleh pihak pemerintah seolah olah lebih mengentahui peristiwa sebenar walau pun kumpulan Al-Maunah masih didalam siasatan. Sekiranya keadaan ini berterusan akan berlaku tuduh menuduh diantara kerajaan dan rakyat maka tidak mustahil satu peristiwa lain yang lebih buruk akan berlaku.

Kerajaan harus sedar bahawa peristiwa ini mendapat liputan media antarabangsa dengan berbagai fakta yang berbeza berhubung dengan kejadiaan tersebut. Hingga kini negara Malaysia dianggap berada disituasi yang melucukan oleh masyarakat luar negara.

Kerajaan harus mengambil langkah langkah yang wajar sebelum terlambat. Penubuhan siasatan di Raja amat diperlukan dan perbincangan diantara parti parti yang berpengaruh hendaklah dilaksanakan segera demi kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia.

Sekian

Ekram Hafiz
Pejabat President
Malaysian Islamic Society of North America.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com