Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Serikandi Pop Melayu Baru (Mahathir) untuk 'berfantasi'

Maka berkatalah si Awang Dajal dalam Mingguan Meloya bahawa tidak salah bagi Serikandi Pop Melayu Baru Biduanita Ning Baizura untuk 'berfantasi'. Apa salahnya berfantasi, tanya Awang Dajal Mamak Maidin. Malah, kata Awang Dajal, memang setiap lelaki sentiasa berfantasi. Awang Dajal yakin bahawa Sang Ning Baizura hanya berseloroh apabila menyatakan fantasinya didalam majalah 'FHM' di mana Sang Ning 'berfantasi' untuk berzina bersama-sama 5 orang jejaka. Disamping itu, Ning juga 'berfantasi' berbogel untuk gambarnya disiarkan sekadar dibenarkan oleh kuncu-kuncu Pak Lah di Kementerian Dalam Negeri yang meluluskan permit penerbitan majalah FHM tersebut.

Di kulit hadapan majalah 'FHM' tersebut, yang turut diberi publicity percuma di muka hadapan Mingguan Meloya, Serikandi Ning berdiri terkangkang dengan pusat terdedah dan 'baju' yang ala kadar menutup payu daranya yang tak seberapa dalam aksi 'yang kunonnya' menggiorkan dan menggoda demi menjaja imejnya sebagai 'artis' Melayu yang terkini dan hebat! Disamping itu, disiarkan juga komen ibu Ning yang masih jahil mengenai sumber rezeki yang berkat dan 'rezeki' yang dikutuk Allah, yang mengatakan sekadar, 'anak saya tidak melakukan sebarang kesalahan'…..ish, ish, ish…Mak Cik. Sedap sangatkah menumpang semangkuk punca pendapatan anak Mak Cik?

Maka, berlandaskan hujah dangkal Awang dajal, maka izinkanlah saya berfantasi pula, sekadar dibenarkan oleh pengelola laman-laman pro-Reformasi. Adapun, fantasi saya, sebagai seorang lelaki, begini lebih kurang. Saya sungguh berfantasi untuk menamatkan riwayat Mahafiraun si mamak tongkang laknatuLlah tu sebagai pemimpin Al Mala'un yang sesat dan tersangat sesat. Kalaulah saya dapat, saya ingin menampar mukanya berkali-kali. Akan saya suruh Lt Jeneral Datuk Seri Zaini ikatkan tangan si Mahafiraun biadap tu dibelakang, dan saya akan paksa Shahidan Kassim menutup mata si Mahafiraun bedebah tu. Maka akan berkatalah Lt Jen Zaini pada kalian yang ada bahawa ianya bukan sebarang sandiwara! Fantasi saya selanjutnya adalah untuk menumbuk Mahafiraun bertubi-tubi sehingga dia mengalah dan berjanji akan membuat pengakuan di Masjid Negara di hadapan TV1, TV tiga suku dan anti V7 secara lintas langsung di sisi 'hantu hidup semula' Mid Man, Jeneral 'Charlie Chaplin' Hamid JAKIM, ketua barua Islam Kena Ikut Mahathir (IKIM) Mael Brahim dan cendekiawan Islam Astora Jabat al-munafiqun.

Fantasi saya seterusnya, adalah supaya air lior Mahafiraun meleleh-leleh tatkala membuat pengakuan tersebut dan mulutnya berbuih bila membuat pengakuan yang beliau 'tersalah anggap' untuk berjihad demi kaum mamak dan kini sudah bertaubat. Saya berfantasi sebagai seorang lelaki yang ada maruah, agar Norian Mai dapat menggertaknya dengan bertanya, 'haaa! Mana dia ilmu kebal hang? Hang ingat hang kebal sangat ka sampai hang tak dapat pi mahkamah bila dipanggil?' Di saat itu Mahafiraun terkejut dan tak dapat menahan kencing sedikit di dalam 'dhoti' warna putih dan dapatlah rakyat Malaysia melihat secara lintas langsung (yang ditaja oleh Salem Cool Planet) di bawah meja dan kerusi Mahafiraun yang kini sudah basah sedikit. Belum sempat Mahafiraun nak tarik nafas, Mahafiraun disergah lagi oleh Norian Mai, 'heeeeyyyy!!!! Cuba tunjuk sikit hang punya ilmu ghaib tu? Kami dapat maklumat banyak sungguh wang rakyat yang telah ghaib. Hang bagi kat Halim Saad ka nak buat ibu duit? Hang habarq sikit kat aku!!!!' Maka menangis harulah sang Mahafiraun.

Selang dua purnama setelah Mahafiraun membuat pengakuan di Masjid Negara, saya berfantasi Mahafiraun pun bertemujanji dengan Izrail, malaikat yg diperintah Allah untuk mencabut nyawa. Diriwayatkan oleh Imam Vincent Tan dan Kiyai Lee Kim Yew, mahafiraun cuba untuk 'negotiate' dengan Izrail agar ditangguhkan pemergiannya melalui pemberian saham-saham dan projek penswastaan, namun Izrail adalah malaikat yang tidak bernafsu material. Maka melayanglah roh mahafiraun dari jasadnya yang sudah terok dikenakan proses hormone replacement therapy itu, untuk kembali mengadap Allah yang maha Agung, yang sedikit pun tidak digentari mahafiraun sepanjang pimpinan sesatnya hampir suku abad itu. Buat pengakhir fantasi, di satu petang tatkala saya memandu kereta melintasi perkuburan Country Heights milik Kiyai Lee Kim Yew dimana mahafiraun disemadikan, saya tidak dapat menahan fantasi dan igauan saya yang paling ultimate………saya menarik zip seluar, dan keluarlah kencing saya di atas pusara Mahafiraun yang amat saya dendam sekian lama. Guru saya adalah mahafiraun sendiri….dialah yang mengajar saya 'vindictive politics'……berdendam kesumat!!!!

Eh….sorrylah babe……aku berfantasi saja…..kalau Ning boleh, takkan aku tak boleh, tak gitu, Awang Dajal? Apa salahnya berfantasi?

Marhainmuda


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com