Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PM Mempunyai Penyakit "AIDS" dan "TB", Nyahkan PM!

Oleh : Pemberita Nestea

Wawancara Mahadead berhubong dengan peristiwa Sauk diTv pada malam Khamis 20hb.Juali,2000 yang lalu samestinya mengejutkan seluroh rakyat Malaysia,sama ada yang beragama Islam dan bukan-Islam,kerana diantara kenyataan-kenyataannya telah jelas mengesahkan bahawa PM ke4 negara kita ini mumpunyai penyakit yang tidak lagi bolih diubati dan tiada ubatnya, iaitu AIDS (Aku Ini Dusta Selalu)dan TB (Tetap Berbohong).Jawatan yang diringkaskan sabagai PM Malaysia yang disandang olih Mahadead tidak lagi bolih ditakrifkan sabagai Perdana Menteri akan tetapi harus segera ditukarkan takrifannya sabagai "Pembohong Mega" Malaysia.Tidak pernah dalam sejarah negara dan bangsa kita,malahan negara dan bangsa mana pun,yang bertamadun dan bermaruah,berpucuk- pimpinan saorang makluk yang terserlah PEMBOHONGANNYA.

Walau apa sekali pun tanggapan kita terhadap urutan peristiwa Sauk,kenyataan Mahadead bahawa kumpulan Al-Maunah telah menggunakan senjata yang dirompak untuk menyerang-tembak kilang Carlsberg di Shah Alam dan kuil Hindu yang tidak dijelaskan dimana,sahari dua selepas perompakan,amat bertentangan dengan fakta-fakta sahih sahingga saat yang dia membuat kenyataannya itu.Rakyat umum tidak pernah dimaalumkan, sama ada olih media massa atau perkhabaran angin (yang seringnya tepat),akan kejadian-kejadian yang diwarwarkan olih Mahadead dalam wawancaranya itu.Kejadian-kejadian yang sensasi saperti itu samestinya diberi liputan yang luas olih media-media yang kini mencari apa saja bahan untuk meningkatkan jualan mereka yang merundum terok.Rakyat tidak pula pernah terbaca walaupun sapatah tentang kejadian yang Mahadead katakan.Tambahan lagi pihak PDrM juga tidak pernah mendapat apa-apa lapuran berhubong dengan kejadian tersebut yang saharusnya menjadi kelaziman dibuat olih pihak yang menjadi mangsa sasuatu perbuatan keganasan atau ancaman keganasan.Malahan Jawatankuasa Persatuan Kuil-Kuil Hindu Sangam telah menafikan dengan tegas adanya sebarang cubaan untuk merosakkan kuil mereka dimana-mana pun dalam Malaysia.Jawatankuasa mereka menyatakan "...Kami turut terperanjat dengan kenyataan Dr.Mahadir itu kerana tidak ada kuil yang melaporkan mengenai apa jua letupan atau serangan grenade."Bukan kah Mahadead BERBOHONG BESAR dalam membuat kenyataan itu?PEMBOHONGANNYA ini tidaklah bolih dipandang enteng kerana isu yang disentuhnya melibatkan agama rakyat,iaitu sasuatu isu yang bolih menjadi emotif,yang bolih mengancam keharmonian kaum dan rakyat!Apakah Mahadead ingin menghasut dengan BERBOHONG?PEMBOHONGAN yang disebarkan olih Mahadead ini ditontoni olih seluroh rakyat negara dan dimana jua pancaran TV itu dapat diterima.Mahadead bersaksikan rakyat yang mendengar dan melihat dengan telinga dan mata kepala mereka sendiri.Mahadead tidak bolih menafikannya saperti lazim dilakukannya bila terbukti dia bercakap bohong dengan alasan dia tersalah dilaporkan olih media (satu jenis AIDS juga yang virusnya bernama "Always I Deny Syndrom").

Tidak mencukupi BERBOHONG dalam kaca TV,Mahadead meneruskan PEMBOHONGANNYA pada hari berikut samasa berucap diKedah dalam isu Al-Maunah.Dia telah menyatakan bahawa ahli-ahli Persatuan Al-Maunah yang berjumlah 1800 orang sabilangan besarnya adalah ahli-ahli PAS.Kenyataannya ini jauh mendahului sabarang keputusan hasil siasatan yang sedang dibuat olih PDrM atau ATM dan sangat diragui asas-asas yang bolih dipakai untuk dia membuat tokmahan sedemikian.Rakyat sekali lagi bolih mempersoalkan apakah kebenaran atau pembohongan yang diucapkan?Atau adakah ini juga usaha Mahadead menentukan keputusan penyiasatan PDrM dan ATM terhadap peristiwa Sauk dan kumpulan Al-Maunah, saperti yang dia lakukan terhadap DSAI yang dikatakannya melakukan perbuatan sek sumbang, tetapi pihak kehakiman masih terkial-kial mencipta bukti untuk menegakkan kebenaran PEMBOHONGAN Mahadead itu?Muslihat Mahadead untuk mengaitkan PAS dan pihak BA dengan kumpulan Al-Maunah telah dari awal dipintas-baca olih rakyat sahinggakan rakyat beranggapan keseluruhan peristiwa Sauk itu adalah 'pementasan' yang ada hubongannya untuk mengalih pandangan rakyat dari isu-isu rasuah dan salahguna kuasa Mahadead sendiri dalam menghalangi BPR menyiasat Ali Abul,Ketua Pengarah EPU,yang didedahkan olih bekas Ketua Pengarah BPR,Dato Shafie Yahya,semasa menjadi saksi diperbicaraan DSAI dimakhamah tinggi.Kenyataan Dato Shafie tersebut adalah kenyataan bersumpah yang, jika tidak benar, bolih menyabitkannya bersalah dengan hukuman penjara pulohan tahun, saperti yang pernah dijatuhkan terhadap saorang saksi dalam kes Karthigesu pada tahun 70han dulu.Tanggapan rakyat terhadap betapa terdesaknya Mahadead cuba mengalih pandangan rakyat dari pendedahan Dato Shafie dimakhamah itu diperkuatkan olih berberapa maklumat terkini yang tersebar dalam laman-laman internet yang menggambarkan wang rasuah ratusan ribu ringgit yang telah dijumpai olih BPR dalam laci pejabat Ali Abul itu adalah disogokkan olih anak Mahadead sendiri, melalui perantaraannya, untuk mendapatkan monopoli bagi kepentingan korporatnya terhadap Skim Insuran Kesihatan National.Haruskah fitnah khianat dilemparkan kapada PAS dan BA, kununnya, mempunyai talian dengan satu kumpulan perompak sejata, sabagai usaha mengelak dari berdepan dengan kenyataan saorang pegawai yang berwiwaba dan jujur, serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan,melainkan, untuk menegak kebenaran?Jikalau Mahadead ikhlas serta bertanggongjawab untuk menangani peristiwa Sauk dan isu Al-Maunah, demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan negara, dia mestilah menyambut tawaran Dato Fadhil Nor dan BA untuk bersama menghuraikan kekusutan.Atau Mahadead BERBOHONG dan sememangnya mempunyai niat jahat terhadap PAS dan BA yang merupakan benteng rakyat dan negara terhadap kerakusan regimnya?Pekara pokok dalam peristiwa Sauk ini bukanlah isu isu yang dimainkan olih PM (baca:Pembohong Mega), malangnya kita terperangkap olinya,akan tetapi isu berkaitan kelemahan peraturan dan procedure kawalan dalam ATM berhubong keselamatan markas markas tentera dan pusat penyimpanan senjata dan peralatan perang.Maruah dan kewiwabaan ATM selurohnya telah tercabar dengan peristiwa ini.Saharusnyalah penekanan perbincangan kita mesti tertumpu kapada mengatasi kelemahan kelemahan tersebut (jika ada) dan mengetatkan peraturan demi untuk menjamin kedaulatan dan kesejahteraan bangsa dan negara.Kita juga mesti mempastikan peristiwa saperti ini tidak akan berulang lagi dimasa hadapan.

Manifestasi penyakit "Aku Ini Dusta Selalu" atau AIDS, dan "Tetap Bohong" atau TB, Mahadead mula kelihatan pada 1998 apabila dia menyatakan bahawa dia mempunyai "bukti bukti yang kukuh" bahawa DSAI melakukan seks diluar tabii (peliwat) dan tidak bermoral.Disebabkan perlakuan inilah,kununnya, DSAI mesti dia lucutkan jawatan TPM dan Tim.Presiden dan keahlian UMNOB, kerana dia tidak bolih menerima,kununya, pengantinya saorang yang tidak bermoral.Mahadead telah berperanan sabagai saorang Penyiasat,saorang Pendakwa dan saorang Hakim terhadap fitnah yang dilemparkan kapada DSAI, satu sikap yang menyimpang jauh dari layanannya terhadap penyagak-penyagak yang berada dikeliling pinggangnya,saperti Rahim Tambi dan Mohd Taib@Mike Tyson,yang jelas bersalah,akan tetapi tidak dianggap bersalah, sabelum proses kehakiman dilalui.Mereka mereka itu tidak perlu dilucutkan jawatan atau keahlian dalam parti tetapi memadai dengan memberi cuti untuk melalui proses kehakiman dengan panduan dari Mahadead sendiri terhadap keputusan yang hakim-hakim dan Peguam Negara mesti buat."Double Standard" yang dilakukannya ini menyerlahkan sifat PEMBOHONG yang bersemadi dalam peribadinya.Jika Mahadead bukan BERBOHONG apabila menudoh DSAI, sewaktu memecatnya, dia sapatutnya bergembira untuk hadir dimakhamah membentangkan "bukti bukti kukuhnya" apabila dikehendaki.Ternyata Mahadead kecut untuk hadir dimakhamah dan mengunakan segala badut-badut diPejabat Peguam Negara, yang diketuai Moktar Dugung,dan hakim-hakim bangang dimakhamah,saperti Ripin Joker dan Lamin Ketot,Moktar Sardin dan lainnya,untuk menghindarnya dipanggil dengan "bukti bukti kukuhnya".Rakyat bolih menelah bahawa alasan yang,kununnya,Mahadead tidak mahu kehadirannya dimakhamah 'dipolitikkan' olih DSAI untuk faedahnya,sabagai satu helah makhlok yang sangat dayus dan bacul.Kalau benar dia mempunyai "bukti bukti kukuh" DSAI lah yang tetap mengalami kerugian besar politik dan maruahnya, dan samestinya Mahadead mahu membentangnya dimakhamah "bukti bukti kukuh" yang ada padanya, untuk "corroborate" kesaksian Azizan yang telah termusnah sama sekali dengan percanggahan dan pembohongan.Rakyat yakin "bukti bukti kukuh" Mahadead tidak lain dan tidak bukan sabenarnya kekotoran jiwa dan igauannya yang memanggil jasadnya supaya Tetap Berbohong untuk melindungi kerakusan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara demi kepentingan diri,anak pinak dan kroni kroninya.

Satu PEMBOHONGAN BESAR selalunya harus dituruti dengan pembohongan pembohongan yang lainnya untuk meng'white wash'PEMBOHONGAN BESAR itu.Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk meyakinkan sasaran pembohongan tersebut kapada BOHONG BESARnya.Dengan pembohongan saterusnya terpaksa jua pembohongan yang baru direka reka menutupi segala pembohongan yang dijanakan sabelumnya.Akan ujudlah satu peringkat dalam mana SIPEMBOHONG tidak bolih lagi membezakan yang mana kenyataannya yang bohong dan yang mana benar.Pada peringkat ini penyakit AIDS dan TB jiwa dan peribadi sasaorang itu telah sampai katahap yang amat parah dan langsung tidak bolih diubatai lagi.Kalau AIDS dibidang kesihatan prognosisnya adalah menanti maut saja!Penyakit "Aku Ini Dusta Selalu" dan "Tetap Bohong" Mahadead telah sampai kaperingkat ini dalam kerja kerja pembohongannya kapada rakyat dan negara.Tidak ada lagi arah menolih kapangkal jalan baginya.Penyakit berbohongnya telah menjadi sebati dengan keselurohan jiwa dan raganya.Tidak lagi Mahadead mempunyai perasaan malu dan berdosa dalam menuturkan pembohongan.Fikiran dan akalnya dikuasai suatu zat untuk mencipta pembohongan pembohongan baru yang menghala kapada obsessionnya untuk terus berkuasa dan memburuk-musnah apa jua yang mencabar kedudukannya.Pejuang kebenaran dan keadilan saharusnya bersedia menghadapai PEMBOHONGAN PEMBOHONGAN yang lebih besar dan hina dari Mahadead dihari hari muka terdekat.Pembohong Mega (PM)Malaysia sudah tidak waras dan berperikemanusiaan lagi!

Yang paling malang dan menyedihkan adalah,saperti penyakit AIDS dan TB dibidang kesihatan,penyakit AIDS dan TB yang bersemadi dalam diri Mahadead ini juga senang bejangkit kapada mereka mereka yang berhubong rapat dengannya.Mereka mereka yang telah dihinggapi penyakit Mahadead turut sama rosak sahingga jiwa,peribadi,maruah dan kewiwabaan mereka reput dan rapoh sabagai kerawang sarang anai-anai yang telah ditinggalkan.Rakyat telah menyaksikan betapa keselurohan pimpinan UMNOB dan BN musnah kredibiliti dan nilai nilai kemanusian mereka, malahan UMNOB/BN sendiri yang satu masa dulu gagah serta dihurmati menjadi dayus dan lemah serta hilang arah dan berkecamuk perjuangannya.Bukankah itu semua angkara Mahadead yang menjadi Presiden mereka?Raja raja Melayu pula,yang kununya, berperanan menjadi payong untuk rakyat dan perlindung Agama Islam,telah bertukar menjadi badut badut belaan Mahadead yang mahal,yang akan menari mengikut rentak tali yang diselenggarakan olih Mahadead.Banyak pula diantara mereka yang tidak menghayati dan kenal keperibadian saorang Muslim dan bertingkah laku saperti syaitan dengan arak,judi,pembaziran dan rompakan harta rakyat dan negeri.Hakim hakim dan pegawai tinggi Jabatan Peguam Negara pula bersikap sabagai pelacur yang menjaja "keadilan" kapada sesiapa saja yang sanggup memenohi nafsu dan keinginan mereka.Seluroh institusi kehakiman Malaysia tidak lagi mempunyai kehormatannya dan bolih diyakini olih sesiapa.Bukankah ini institusi kehakiman yang dibentuk pupuk Mahadead salepas menyingkir Tun Salleh?Pasukan polis pula dididik olih Mahadead untuk menindas kebenaran dan melingdung penyelewengan,satu usaha yang amat disenangi olih pegawai dan anggotanya kerana telah biasa pun diamalkan.Polis bukan lagi bersahabat dengan rakyat biasa akan tetapi telah bertukar menjadi anjing anjing buruan Mahadead dan jongosnya.Pegawai tinggi dan rendah dalam pentadbiran Kerajaan yang berkesempatan digalakkan rasuah dan tidak beramanah kerana dengan demikian bolih lah diperalatkan olih Mahadead untuk melaksanakan agendanya merompak kekayaan negara untuk anak pinak,saudara mara dan kroni kroninya.Tidak payahlah pula kita bayangkan kerakusan dan ketamakan ahli ahli Kabinet dan regimnya yang sairas sahati dengan kelakuannya.Mereka semua adalah klon klon Mahadead dan kita hairan mengapa Mahadead kata susah untuk mendapat klonnya?Zaman pemerintahan Mahadead yang mengidap AIDS dan TB ini keseluroh keutuhan nilai nilai permerintahan yang bertamadun dan madani telah tergugat dan tercabar sahingga kaakar umbi.Segala harapan dan aspirasi rakyat untuk mempunyai kerajaan yang memberi kebajikan dan keharmonian bernegara diMalaysia dimusnahkan olih Pembohong Meganya (PMnya).Apa jua kekurangan dengan pemerintahan pemerintahan Tengku,Tun Razak dan Hussain Onn (kekurangan dan kesilapan itu mesti ada) dahulu tidak sekali-kali mengugat asas asas nilai bernegara madani dan bertamadun.Rakyat tidak pernah sengaja diapi apikan bermusuhan sesama sendiri saperti yang dilakukan Mahadead.Harta rakyat digembelingkan, pada prinsipnya,untuk kesejahteraan ramai dan bukan untuk disonglap olih anak pinak dan kroni yang Mahadead selingdongkan bawah dasar "pengswastaannya".Kezaliman dihindari dengan menghormati kebebasan kehakiman dan tidak saperti Mahadead yang berperanan sebagai pendakwa dan hakim.Tuduh dan jatuhkan hukuman dahulu selepas itu barulah melalui proses undang undang iaitu prinsip yang diminati Mahadead.Samemangnya Malaysia dibawah Mahadead tepat dengan kata kata Shakespears "there is something really rotten in this State of (Malaysia)".

Menyedari keadaan negara yang begitu buruk dan busuk sekali yang diperintah Mahadead,mengapa rakyat tidak bertindak lebih tegas untuk mengenyahkannya?Mustahil 22 juta rakyat tidak bolih menghapuskan saorang Penzalim Tua?Apakah kekuatan yang dimilikinya yang menyebabkan begitu sukar untuk rakyat bertindak terhadapnya?

Dalam sasuatu perjuangan untuk menegakkan matlamat kita harus mengenali penengtang kita.Kita harus mengetahui segala kekuatannya dan segala kelemahannya.Kita juga harus jujur terhadap diri kita sendiri untuk mengakui segala kelemahan kita dan memperhitungkan kekuatan kita.Sasudah segala fakta fakta ini disediakan barulah kita menyusun langkah, bertektik dan berstrategi, berjuang untuk mencapai matlamat.Dalam kancah perjuangan memerangi Pengamal Mega (PM) rasuah,kezaliman,rompakan harta rakyat dan kerakusan yang mengkhinati segala nilai murni Malaysia,adalah didapati berkecamukkan yang ketara.Rakyat sabagai pahlawan pahlawan Keadilan dan Kebenaran umumnya,dan pemimpin BA khususnya,diperkotak katikkan olih Mahadead untuk menari ikut rentaknya.Kita bertindak reaktif terhadap isu isu yang tidak putus putus dihumbarkannya olih Pembohong Mega itu.Kita dibuatnya letih dan pening cuba menangani isu isu yang tidak putus putus yang sengaja dia rekakannya.Kita dibelit dan diikatkan dengan sifat putar alamnya.Saya kira sudah tiba masa kita pula yang mengikatkan dia untuk dihumban dalam tong taik sejarah.

Semua pejuang reformasi serta rakyat yang dahagakan kebenaran dan keadilan,khususnya pemimpin dan ahli BA selaku vanguard dalam perjuangan ini,haruslah disegerakan penubohan sabuah jentera siasah atau "think tank" bagi tujuan mengenalpasti,mengumpul maklumat dan mengkaji selidek segala kekuatan dan kelemahan Mahadead.Saterusnya mengatur langkah serangan yang padu,konsisten dan berkesan untuk mengenyahkan Pembohong Mega ini.BA hendaklah mengembelingkan segala tenaga cerdik pandainya,pakar pakarnya dan strategisnya untuk mengadun dan menyediakan bahan bahan serangan serta ofensif bagi menumbangkan Mahadead.Biarlah usaha usaha kita nampak tersusun dan rapi dan mestilah memberi kesan yang menyeluroh dinegara agar dapat dipercepatkan terhumbannya Mahadead dari tampok kuasa kezaliman dan kerakusannya.Kita tidak bolih menunggu sahingga pilihanraya ke-11 (tidak tahu jadi atau tidak) kerana tiap tiap saat Mahadead berkuasa bertambah tambah perbuatan yang merosakkan bangsa,negara dan agama.Pemerintahannya semakin jelas menjurus kepada kerosakkan setiap otot otot dan sendi kenegaraan Malaysia dengan sekalian rakyat,tak kira apa bangsa dan kaum,dicagar dan digadaikan mengikut kehendak serta nafsunya.

Dalam hubongan ini kita cuba mengenalpasti kekuatan atau tongkat yang dimiliki Mahadead yang membolihkan dia bersikap angkuh dan sombong.Sememangnya jawatan yang dipegang itu menjadi nadi kekuatannya AKAN TETAPI jawatan itu bersandarkan dari elemen apa dalam negara kita?Pada hemat saya Mahadead didokongi olih elemen elemen berikut untuk jawatannya:-

1.Parti UMNOB/BN.

2.Koporat kroni yang mega dan penggerak ekonomi.

3.Pegawai tinggi institusi kerajaan.

4.Polis Malaysia.

Kunci utama terhadap kekuatan Mahadead adalah sokongan yang diperolihi atau dibelinya, untuk menjadi Presiden, dari ahli ahli UMNOB dan selanjutnya secara otomatis sabagai Presiden BN.Kita teliti pula siapa sabenarnya menjadi ahli ahli UMNOB.Secara kasar kita akan dapati bahawa ahli ahli UMNOB adalah terdiri dari 3 kategori iaitu:-

1.Mereka yang berjawatan dan berpangkat (dalam kerajaan,korporat dan institusi sapara kerajaan)serta mendapat imbohan lumayan (jika dibanding kebolihan mereka)dan yang mempunyai 'fail- fail'jenayah yang sengaja dipasifkan yang disimpan Mahadead.

2.Ahli ahli Umno asal yang umurnya telah maghrib dan menghurmati jasa jasa perjuangan Umno asal kapada bangsa dan negara.Mereka ini sangat sentimental dan kasihkan Umno sama ada pengalaman mereka sendiri dalam perjuangan atau perjuangan yang telah dilakukan olih ibubapa dan orang yang mereka kasihi dan hurmati.

3.Mereka yang muda pula adalah dari jenis 'social climbers' dan haloba material dan,jika berkelulusan tinggi,tidak mempunyai keyakinan diri sendiri.Mereka ini inginkan kejayaan tampa berusaha gigih (lazimnya menjadi kroni kecil atau kroni kapada kroni).Yang tidak mempunyai kelulusan pula adalah selalunya menjadi gurkha,samseng atau pecacai pimpinan Umnob pertengahan dan bawahan.Habuan yang mereka nantikan hanyalah duit kopi dari mereka yang berurus-niaga dengan pimpinan pertengahan itu atau perasaan mustahak diri sendiri (syok ego sendiri) kerana berdamping dengan orang yang berjawatan.

Terhadap sasaran UMNOB/BN ini sa-daifnya matlamat mestilah melemahkan semangat juang mereka dan sabolihnya menggalakkan mereka berperang sama sendiri dan meninggalkan parti.Bagi mereka yang berada dalam kumpulan (1) mereka telah ditakutkan olih Mahadead kerana fail-fail salahlaku mereka sedia dipegangnya untuk digunakan jika bersuara sumbang terhadap kepentingan Mahadead.Mereka mereka ini yang mempunyai kehadiran dekat kapada pucuk pimpinan (close to the centre of power and decision making),walaubagaimana pun,banyak menyimpan pengetahuan dan bukti salahlaku,rasuah dan perbuatan zalim Mahadead dan sekutu rapatnya.Kita harus hebahkan,sabagai dasar,satu program 'pengampunan yang terhad' untuk mereka asalkan mereka bersedia menyerahkan bukti bukti jenayah Mahadead dan sekutunya.'Pengampunan terhad'yang dimaksudkan akan dipraktikkan bila BA mengambil alih pemerintahan negara.Caranya adalah saperti yang dilakukan olih Moktar Dugung melakukan 'plea bargaining'bagi meng'turnover'kan saksi saksi.Kita juga harus merahsiakan sesiapa yang membuat 'plea bargaining' ini dengan pihak rakyat dan bertujuan agar seluroh barisan kepimpinan UMNOB/BN merasa resah dan panas jubor mereka menelah siapa yang berkerjasama dengan rakyat secara sulit.Kita cuma memimjam tektik ini untuk perjuangan kita untuk menghakis kekuatan Mahadead.

Kita juga harus fokuskan tindakan yang tangible terhadap individu individu tertentu dalam kumpulan ini, terutamanya yang menjadi Menteri,Tim. menteri,ahli Parlimen (saperti Jamaluddin Jarjis), yang terlalu taksob dan fanatik kapada Mahadead, dengan mengerakkan dan mengumpul "petition rakyat" dikawasan pilihanraya mereka yang berkenaan.Kita asaskan pengumpulan tandatangan petition rakyat ini dari daftar pengundi 1999 dan terkini.Petition ini hendaklah menyatakan penarikan balik sokongan dan mandat yang telah diberi kapada mereka sabagai wakil kita olih kerana tindak tanduk mereka bertentangan dengan hasrat kita.Petition ini harus dihantar kaParlimen,Agong dan SPR.Kiranya kita dapat mengumpulkan rakyat yang menyertai kita kajumlah yang melebihi undian yang pernah mereka perolihi dalam pilihanraya yang lepas,kenyataan ini akan menekan moral dan yakindiri mereka serta mengzahirkan persoalan terhadap 'ligitimacy' status mereka.Saya berpendapat usaha ini akan memberi kesan negatif yang menyerlah kapada Mahadead dan memperhebatkan tekanan untuk dia dan jongosannya,jika kita bandingkan tekanan yang ujud dari ceramah-ceramah perdana yang kita adakan.Ini tidak bermaana kita ketepikan ceramah ceramah akan tetapi menambah guna senjata menentang kezaliman Mahadead.

Dalam menhhadapi kumpulan (2) yang tersebut diatas,yang selalu apabila diaju dengan perbuatan zalim dan biadap UMNOB/BN,pendirian yang selalu kita dengar dari mereka adalah........"saya masih dalam UMNOB kerana UMNOBlah parti memperjuangkan ketuanan Melayu.Bukan UMNOB yang bersalah dalam kepincangan sekarang tetapi Mahadead.Mahadead pun tak lama lagi nak mampus."Gambaran dari pendirian sedemikian jelas bahawa sokongan mereka berasaskan 'sentimentality' semata mata.Terhadap kumpulan ini kita harus berusaha untuk menyakinkan mereka bahawa UMNO yang mereka sangka mereka persetiakan diri mereka sudah tidak ujud.UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan yang mereka anggotai serta pernah dipimpin Tengku,Tun Razak dan Hussain Onn telah lupus.UMNO yang memperjuangkan nasib dan kesejahteraan bangsa dan negara telah lama meninggal.UMNO yang mempunyai pucuk pimpinan yang senantiasa mendekati rakyat yang terpinggir dikampong kampong telah hilang dari alam ini.Yang ada hanyalah kenangan dan sejarahnya saja.Mereka mereka ini harus disedarkan dari kepongpom sentimentality mereka kapada reality semasa bahawa UMNOB bukan UMNO.Jiwa UMNOB bercanggah lansung dengan jiwa UMNO.UMNOB adalah rekaan Mahadead yang telah "usurp" katempat pimpinan bangsa Melayu dengan tujuan dan perlakuan untuk mengkhinati rakyat,bangsa Melayu dan Agama Islam.UMNOB adalah keenderaan Mahadead dan jongosannya untuk memertabatkan ketuanannya sendiri kaatas seluroh rakyat Malaysia.UMNOB adalah topengan Mahadead dan lanun lanun sekutunya untuk menggikis kekayaan negara dan harta rakyat untuk mereka sendiri.Saya amat tertarik dengan rumusan yang dibuat olih YB Mat Sabu dalam perbandingan bezanya UMNO dan UMNOB.Kata beliau,"....zaman Tun Razak (UMNO) rakyat yang tak bertanah diberi dan disediankan tanah.Zaman Mahadead (UMNOB)tanah rakyat yang sedikit dirampas dan diberi kapada towkey dan kroni."Ini lah kenyataan,inilah hakikat permerintahan Mahadead!Zalim,kejam,tidak berperkemanusian,tamak dan perlanunan.Tanah kapada orang melayu adalah maruah dan kebajikan pada diri dan keluarga mereka.Rampas tanah mereka maka kita rampas maruah dan kesejahteraan mereka!Dimana bolih kita yakini bahawa Mahadead dan UMNOB memperjuangkan ketuanan bangsa???Message ini dan yang sakuat saperti ini harus diserapkan kapada semua mereka dalam kumpulan (2) itu.Insyaallah jagalah mereka dari tidur yang mengalunkan mimpi indahnya!

Sifat dan norma norma yang ada pada kumpulan (3)pula tidaklah begitu kukuh pegangan 'perjuangan' atau 'keahlian' mereka dalam UMNOB.Pada asasnya mereka bolih diibaratkan saperti semut dengan gula.Asalkan keegoan dan nafsu serakah mereka bolih dipuaskan disitulah mereka akan berduyun singgah.Sabenarnya, sebahagian besar dari mereka tidak tahu erti perjuangan murni selain untuk kepentingan diri.Dari pengalaman saya menggendalikan jentera pilihanraya UMNOB/BN dimasa masa lampau,adalah didapati jenis mereka ini, walaupun menjadi ahli UMNOB,iaitu persatuan politik,senjata politik yang paling penting tidak dimiliki atau dipedulikan.Mereka tidakpun mendaftar sebagai pengundi dimana mana pun.Jenis mereka ini yang ada dalam satu bahagian UMNOB menjangkau hampir 30% dari keahlian bahagian.Jelas kebanyakan mereka dalam kumpulan (3)UMNOB benar benar perananya adalah untuk menjadi gurkha upahan,samseng dan pencukup bilangan terhadap perakuan Khalil Akob bahawa UMNOB ada 2.8 juta ahli.Satu cerita penglipur lara untuk belaian Mahadead.

Sunggohpun demikian pejuang kebenaran dan keadilan dan,khususnya pimpinan semua parti BA,kita harus menyusun fikiran dan langkah untuk menghampiri mereka mereka ini.Bukan sahaja bilangan mereka ramai juga (walaupun yang menjadi dayagerak mereka adalah keduniaan),akan tetapi dengan pendekatan yang bersusaian kita bolih menggembelingkan potensi mereka sabagai penyokong yang berkesan.Sama samalah kita fikirkan dan kita usahakan.

Elemen kedua pendukong kekuasaan Mahadead adalah koporat kroninya dan peniaga peniaga seherhana dan kecil,terutamanya yang bukan melayu.Gula-gula yang merupai projek projek mega dan pengswastaan untuk ditaburkan kapada koporat koporat kroni makin berkurangan.Ini akan menimbulkan satu situasi dalam mana perebutan akan berlaku diantara kroni kroni untuk sasuatu projek.Disamping kebanyakan mereka ini berkeadaan terok (sebab mereka bukan ahli perniagaan tetapi ahli perompakan)dengan projek yang ada dalam tangan yang mungkin pula terlepas (saperti Indahwater,MAS,Renong,Times,TV3/4 dan lain)mereka senantiasa mengemis habuan mudah dari Mahadead.Naluri mereka dikuasai olih tamak dan haloba dan apabila kurang mendapat habuan nescaya akan timbul pertelingkahan.Situasi inilah yang menampakkan retak antara Mahadead dan Qarunnya lewat lewat ini.Jentera BA mestilah memantau perkembangan ini dan bersedia untuk mengekspoilt keadaan.Pakar pakar ekonomi BA haruslah mengamati permainan naga naga bangang tersebut kerana konsekuan permainan mereka amat memburokan kesihatan ekonomi negara.Jika kita dapat menyebarkan segala perlakuan buruk koporat kroni ini dikalangan perniaga peniaga kecil dan sederhana,terutamanya kaum bukan melayu,nescaya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mahadead akan terhakis.Sokongan mereka terhadap Mahadead dan UMNOB/BN adalah berpaksi kepada peluang mereka berniaga tampa kesukaran dan ganguan.Disamping itu pula kita mestilah meyakinkan mereka bahawa Mahadeadlah yang inginkan perpecahan kaum dan menghasut serta mereka cipta berbagai isu untuk tujuannya (misalan,Isu Sauk,Perdana Menteri Cina,kehakisan ketuanan melayu(baca ketuanan Mahadead),ajaran sesat dll).Kapada koporat dan peniaga peniaga hendaklah ditekankan bahawa huru hara negara adalah impian indah Mahadead tetapi sektor rakyat yang akan paling rugi jika impiannya ini dijadikan realiti adalah mereka.Mereka harus menarik balik sokongan kapada Mahadead dan UMNOB/BN.

Dalam pekara ini Kerajaan BA,khususnya PAS,diTrengganu dan Kelantan berperanan kritikal untuk membuktikan kecekapan,adil dan tulus agar satu titik perbandingan bolih dibuat olih semua rakyat.Kita perlu buktikan kapada mereka mereka yang bukan Islam dinegara ini bahawa rakyat,tak kira bangsa dan agama,adalah dilayani dengan sempurna dan sama dibawah pemerintahan BA.Tidak ujud ganguan serta halangan terhadap pengamalan adat resam dan agama mereka dibawah BA.Kita perlu buktikan segala ugutan Mahadead yang menyatakan ketidaksuaian Kerajaan PAS dalam masyarakat majmuk adalah semata mata ugutan dari PEMBOHONG MEGA.Kita harus yakinkan rakyat, dan seluroh dunia, bahawa Pemerintahan yang dipimpin olih pemimpin yang takut dan taqwa kapada Allah SWT dan berImankan Hari Pembalasan memegang amanah rakyat sakuat amanah Allah SWT.Kita perlu buktikan pemimpin kerajaan PAS/BA sedia bertanggongjawab kepada rakyat lima tahun sekali tetapi bertanggongjawab kapada Allah SWT buat selamanya.Kuasa yang dicari adalah untuk menyempurnakan amanah Allah dan beribadat. Kerajaan PAS/BA akan muncul sebagai pemerintahan yang Indah,Murni dan Saksama.Ini bertentangan dengan kerajaan Mahadead yang hanya bertanggongjawab kapada nafsu dan keserakahannya saja.Pemimpin pemimpinnya takut kapadanya sahaja.Perhitungan diHari Pembalasan sama ada tidak diyakini atau diketepikan semasa berkuasa.Zalim,Rasuah dan Rakus hanyalah cara untuk berkuasa.Kuasa yang dituntut adalah untuk terus berkuasa.Biarlah pilihan ini dipertimbangkan untuk rakyat Malaysia.

Kumpulan ketiga dan keempat penungkat kekuasaan Mahadead adalah pegawai pegawai tinggi dalam institusi kerajaan,saperti Kehakiman,Jabatan jabatan Peguam Negara,Penbendaharaan,EPU,Petronas dan pelbagai lagi yang semuanya dirasuahkan dan diperalatkan Mahadead untuk merancang dan melaksanakan segala rompakan dan pengkhianatan.Polis pula telah diperibadikan taat setia mereka kapadanya daripada negara.Maka hilanglah segala bersopan dan beradap dalam tindakan polis mematuhi surohan Mahadead dan jongosanya untuk menekan rakyat dan melingdungi pengkhinatan Mahadead.Dari manusia yang berakal polis telah diturun martabatnya kapada anjing dalam menjalankan tugas yang dikerah olih tuannya.Untuk kedua dua kumpulan ini adalah sesuai formula yang sama diguna pakai saperti kita menghadapi ahli-ahli UMNOB yang berjawatan (kumpulan 1 ahli UMNOB).Olih kerana anggota polis yang paling ketara berdepan dengan rakyat yang memperjuangkan yang benar dan adil,dan olih kerana anggota anggota polis yang secara terus menjadi alat mendera dan menyiksa rakyat dengan perlakuan lebih hina dari binatang,adalah bijak jika BA mengadakan sabuah komputer rahsia untuk direkodkan secara terperinci perbuatan perbuatan diluar batasan manusia olih individu-individu polis terhadap rakyat.Bila tiba masanya kita harus mendakwa mereka saperti penjenayah perang.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com