Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kes Abu Hassan

Kes Abu Hassan (jika benar) adalah kes sumbang muhrim kes ini juga diperjuangkan oleh wanita UMNO. Tapi buat masa ini belum ada lagi ulasan dari wanita UMNO. Atau mana mana pejabat ugama. Tahniah kepada dua ahli UMNO kerana tampil kedepan membuat report tentang Abu Hassan. Nampaknya ahli Umno ini cerdik tidak direport kepada pejabat ugama. Kerana pejabat ugama tidak akan berfungsi tanpa keizinan mahathir. Sesiapa kesayangan mahathir akan terlepas tak kira berapa anak haram lahir. Tapi mahathir boleh selamatkan kerana dia ternyata above the law.

Kes abu hassan didedahkan oleh orang UMNO sendiri bukan orang lain bukan PAS atau BA. Semuga UMNO juga yang akan menjahanamkan UMNO. Si pembuat pun (kalau benar) juga orang UMNO. Pertahankan lah diri. bukan setakat menafikan. Nafi tidak cukup sebab ada bukti bersangkutan. Kali ini airliur siapa pulak kelangit dan hidung siapa pulak yang terkena. Mungkin tiga hidung mengena kali ini hidung abu hassan, hidung wanita umno dan hidung mahthir yang memang selalu kena ludah dia sendiri.

Atau mungkin mahathir pada kali ini akan bertanya mana 4 saksi. Maka kita boleh jawab sebagaimana mahathir jawab untuk kes DSAI dulu. orang merogol mana ada saksi? atau kalau nak tunggu 4 saksi penjenyah akan sampai bila pun tak boleh di hukum. nah ini jawapan mahathir. Satu demi satu kes berat mahathir merangkap ulamak malaysia terpaksa jawab.

Belum ada apa apa komen mahathir mungkin kerana di belum jumpe bukti kukuh. Atau dia belum menyiasat lagi. Tapi ini lah yang ditunggu oleh rakyat kalau mahathir bukan sejenis manusia lidah bercabang. Kalau di senyap dan masih menanggap Abu Hassan sebagai MB untuk orang selangor maka malang sungguh orang selangor berMBkan penghalang tugas JAIS ini dan mempunyai moral yang rendah. Pencak silat apa yang akan ditari oleh Abu Hassan kali ini? Adakah mungkin beliau menumpang kebal mahathir atau sekali lagi menyekat tugas pejabat ugama dan yang bersangkutan dengan aura Mahathir.

Apa mahathir tunggu lagi siasat lah, kalau benar pecat saja kerana moral nya rendah. Bukan sedikit moral orang UMNO rendah jangan asyik menuding jari kepada orang lain. Boleh cukup 3 buah pajero untuk mengisi pemimpin UMNO yang rendah moralnya. Kalau MB dituduh begitu dan (jika benar) apa lagi orang bawahan yang hanya belakon sebagai pelakon ingusan yang sekadar mendapat upah kerak nasik yang hampir basi.

selamat beraksi Abu Hassan

Noreen


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com