Mungkin Al Maunah didalangi kerajaan Dr Mahathir
Saya terpanggil untuk menulis. Makin direnung dan
ditelitikan, semakin berat hati mengatakan yang
terbunuh dalam peritiwa curi senjata di Sauk mungkin
nyawa-nyawa yang sengaja dikorbankan supaya drama Sauk
lebih menyakinkan dan bukan terlalu sangat nampak
macam lakonan. Apalah dua tiga nyawa asalkan maksud
dicapai untuk memulakan adegan terbaru menghina dan
memburuk-burukkan Islam, menakutkan orang kepada
Islam, mengekalkan ISA, menangkap pihak
pembangkang,dsbnya.
Ingatkah lagi serangan pertama virus babi JE dulu.
Beratus nyawa diragut. Tapi pemimpin negara saolah
pandang remeh. Ada yang berkata lebeh ramai mati di
jalan raya berbanding wabak JE. Begitulah nilai nyawa
rakyat bagi sesetengah pemimpin negara. Maka tidak
harian kalau mereka mengorbankan dua tiga nyawa supaya
drama Sauk nampak realistik.
Al Maunah baru ditubuh pada tahun lepas. Tidak boleh
ketepikan kemungkinan Al Maunah ini sebenarnya
didalangi oleh kerajaan Dr Mahathir untuk bikin kacau
dimasa-masa tertentu yang akan membolehkan Mahathir
bertindak melakukan ‘crac kdown’ yang meluas keatas
pembangkang. Objektif politik Mahathir bagi lakonan
drama Sauk seperti yang telah banyak dibincangkan
adalah:
1. mengaibkan Najib,
2. memburukkan imej tentera yang majoriti anggotanya
penyokong BA,
3. mengalih perhatian rakyat dari kes salahguna kuasa
Dr Mahathir,
4. menyediakan minda rakyat supaya menerima apa jua
keputusan tidak adil mahkamah nanti terhadap kes kedua
Anwar yang akan berakhir seminggu dua ini,
5. justifikasi untuk memerangi ajaran Islam sesat
dengan PAS sebagai ‘ultimate target’
6. memperlihatkan bagaimana kuatnya anggota tentera
dan polis menangani gerakan ekstremis bersenjata
untuk menyakinkan rakyat dan menakutkan rakyat dari
bangkit menentang pemerintahan MahaZalim,
7. menakutkan dan melenyapkan suara-suara yang telah
pun memanggil kepada jihad
8. amaran keras kepada PAS bahawa segala kekuatan
tentera/polis iaitu ‘full force’ akan digunakan kalau
PAS mengistihar Jihad kerana pengharaman perkataan
Islam atau pengharaman PAS sebagai parti politik
9. menakutkan Cina dan India terhadap Islam . Mereka
baru hendak mula melihat Islam dengan positif.
10. menakutkan rakyat terhadap ekstremis Islam dengan
kiasan-kiasan terhadap PAS sebagai ektremis
11. justifikasi untuk melancarkan propaganda
memburuk-burukkan Islam dengan harapan orang Melayu
sendiri akan membelakangkan Islam dan berubah menerima
sekularisma
12. justifikasi untuk mengekalkan ISA
13. memulihkan keyakinan pelabur asing dengan memberi
jaminan bahawa kerajaan Malaysia boleh dengan mudah
mematahkan apa jua ancaman kepada kestabilan dan
keamanan negara.
Apalah dua tiga nyawa berbanding dengan segala
objektif seperti diatas yang hendak dicapai.
Sejarah menunjukkan bagaimana pemerintah-pemerintah
zalim dan kuku besi telah menaja beberapa gerakan anti
kerajaan yang akan bertindak ganas atau mencetuskan
huru-hara pada masa-masa tertentu untuk memberi
justifikasi kepada pihak pemerintah melakukan ‘crack
down’ secara besar-besaran. Saya percaya Al Maunah
adalah kumpulan yang seumpama itu, iaitu di taja oleh
kerajaan Mahathir untuk bikin kacau pada masa-masa
tertentu. Tengok saja apa yang berlaku sekarang. Sudah
ramai ditangkap dibawah ISA dan tak lama lagi pemimpin
BA pula akan diberkas. Setiap hari Islam
diburuk-burukkan oleh Dr Mahathir dan geng.
Tapi pada malam 9 hb Julai, dua tiga hari selepas
peristiwa Sauk, lebih 30,000 menghadhiri ceramah
perdana PAS di Taman Melewar Gombak yang bertajuk
"UMNO BUANG ISLAM PAS TENTANG HABIS-HABISAN".
Memulakan ceramah beliau, Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz
berkata sokongan yang begitu ramai pada malam tersebut
menunjukkan bahawa orang Melayu dah benci kepada UMNO
yang tak berhenti-henti memburuk-burukkan Islam.
Nurul