Sah negara kita dilanda oleh bala Allah berupa jerebu.
Sudah dua tiga hari KL dan Lembah Kelang, Selangor,
Perak dan Melaka diselubungi jerebu. Jerebu menebal
secara mendadak pada hari ini 15 Julai 2000 dengan
tahap visibiliti hanya satu kilometer di Petaling
Jaya. Dijangka jerebu kali ini akan sama teruknya,
kalau tidak lebeh teruk dari yang melanda seluruh
negara (kecuali Kelantan) pada pertengahan 1997. Kali
ini bukan hanya kebakaran di Sumatra tetapi dibeberapa
tempat di Johor.
Jerebu dahsyat yang melanda pada tahun 1997 dulu telah
berlaku seminggu dua selepas isu penangkapan 3 orang
wanita Islam yang menyertai peraduan ratu cantik oleh
JAIS. Penangkapan JAIS dipertikaikan dan dibidas oleh
Dr Mahathir dan UMNO. JAIS yang bertindak mencegah
kemungkaran dikutuk sebagai penjenayah sementara 3
orang wanita Islam yang tidak bermaruah itu dibela dan
dijunjung sebagai ‘heroine’. Mufti Selangor pada
ketika itu, Ustaz Dato Ishak Baharom telah dipecat.
Maka turunlah bala Allah berupa jerebu yang melanda
seluruh Malaysia (kecuali Kelantan) dengan teruknya.
Ekonomi telah juga jatuh merundum pada bulan Julai
1997 dan negara masih sehingga hari ini terkulai-kulai
dalam usaha pemulihan. Walau pun pihak kerajaan Dr
Mahathir telah mengabui mata rakyat dengan statistik
palsu yang menunjukkan ekonomi telah pulih tetapi
Jepun tetap mencurigai statistik ekonomi yang
dikeluarkan kerajaan Malaysia. Inilah padahnya bila
tiada ketelusan dalam hampir segala urusan
pemerintahan. Bila buat sembunyi-sembunyi orang hilang
kepercayaan dan keyakinan. Dr Mahathir telah pergi
lagi ke Jepun baru-baru ini untuk mintak sedekah
tetapi Jepun enggan menghulurkan pinjaman loan yang
dipohon. Padan muka.
Kerajaan sekarang ini dalam keadaan “cash strap”
–iaitu kedudukkan kewangan yang runcing. Ini akibat
dasar membelanjakan duit rakyat sewenang-wenangnya
untuk memberi bisnes kepada sektor swasta (terutamanya
syarikat-syarikat kroni) yang dah bankrup atau
bernyawa-nyawa ikan. Kedudukkan kewangan yang teruk
ini juga merupakan akibat lebeh RM40 billion (bukan
juta tapi billion) duit rakyat telah dibelanjakan oleh
DanaHarta untuk membeli hutang bank NPL
syarikat-syarikat yang hampir bankrup (terutamanya
syarikat-syarikat kroni). Lebeh RM40 billion ini
terpaksa diumumkan di parlimen dalam sessi yang sedang
berjalan sekarang ini.
Baru-baru ini pada bulan Jun 2000, JAIS sekali lagi
diberi malu. Bertindak atas komplaint penduduk
sekitar, JAIS telah menangkap 53 orang Islam dipremis
menjual arak di niteclub ‘The Ship’ di Damansara
Utama, PJ. Tetapi JAIS telah dipersalahkan dan dituduh
telah bertindak secara melulu, melampau dan tidak
memahami enactment syariah yang berkaitan. Sekali lagi
yang mencegah maksiat dikutuk sementara yang melakukan
maksiat dijulung tinggi sebagai wira. Badan
penguatkuasaan Islam dibelasah dengan teruknya. Pak
Lah pula keluarkan kenyataan menyesatkan yang
bercanggah dengan hukum Islam. Pak Lah kata tidak
salah disisi Islam bagi pelayan beragama Islam
menghidang arak kepada bukan Islam asalkan tidak
kepada orang Islam.
Kesian orang-orang tua Pak Lah dalam kubur. Inilah
yang dikatakan fitnah anak.
Belum habis isu JAIS dah timbul pula lakonan al Maunah
(yang semakin jelas telah diinfiltrasi masuk dan
dihasut oleh SB). Sekali lagi berlakulah acara
membelasah Islam.
Nah ini dia datang bala Allah berupa jerebu yang
menebal dengan pantas. Pada petang ini jerebu
menyebabkan seluruh langit di Lembah Kelang menjadi
merah. Adakah ini angin merah. Kalau inilah angin
merah maka tidak lama lagi akan turunlah bermacam lagi
azab keatas negara ini. Ekonomi dijangka akan turun
merundum sekali lagi, dan jika dikehendakki Allah
keruntuhan ekonomi untuk kali ini akan lebih teruk
lagi..
Nah terimalah bala dari Allah. Siapa suruh Dr Mahathir
dan puak-puak UMNO pandai-pandai mempelawa bala demi
bala keatas negara ini. Dah dipelawa tu maka
terimalah padahnya. Bagi rakyat Malaysia, nah
terimalah bala demi bala demi bala yang diturunkan
Allah keatas negara ini kerana kebanyakkan kamu masih
bersubahat dengan puak-puak Dr Mahathir dan UMNO yang
terang dan nyata adalah pemfitnah, tidak adil,
salahguna kuasa, korup, kejam dan zalim.
Selamat berjerebu.
Nurul