Walaupun pakatan Barisan Alternatif antara 4 parti ini telah dilakukan sebelum pilihanraya lepas, namun organisasi pentadbiran pakatan ini masih kurang jelas lagi. Walaupun setiap parti mempunyai presidennya, dan ahli jawatan kuasanya, tetapi BA juga seharusnya mempunyai presidennya, timbalan presidennya dan ahli jawatan kuasanya. Sepatutnya diwujudkan segera penstrukturan ini. Walaupun pilihanraya akan datang hanya akan bermula pada tahun 2004, namun sebagai gabungan yang masih baru, masih banyak perkara yang masih perlu diselesaikan. Sekiranya penstrukturan ini tidak dilaksanakan dengan segera, tugas- tugas dalam kempen pilihanraya nanti sedikit sebanyak akan terganggu.
Penggabungan antara KEADILAN dan PRM perlu disegerakan. Sekirannya hasrat ini benar - benar tercapai, penstrukturan juga akan berlaku, mungkin secara besar - besaran. Sekiranya diteliti dengan terperinci, penggabungan ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada kedua- dua parti ini, tetapi juga kepada orang ramai.
1. PRM yang dilihat lebih kecil organisasinya berbanding dengan KEADILAN mempunyai lebih banyak pengalaman jika dibandingkan dengan KEADILAN yang setahun jagung. Jadi penggabung antara dua parti ini dapat memggukuhkan lagi struktur pentadbiran terutamanya KEADILAN.
2. Tidak dapat dinafikan Parti KEADILAN masih dibayangi oleh Anwar Ibrahim. Bagi sesetengah pihak mungkin masih tidak faham tentang motif kewujudan Parti KEADILAN. Kalau dilihat secara kasar, parti ini hanyalah memperjuangkan nasib seseorang, DSAI. Kalau diteliti dengan lebih dalam, motif utamanya ialah keadilan, dalam erti kata keadilan terhadap semua pihak. Ini ditambahkan dengan propaganda oleh BN terutamanya UMNO yang memburuk- burukkan parti ini. Jadi penggabungan dua parti ini sedikit sebanyak dapat menangkis serangan ini. Penggabungan dua buah parti ini akan mewujudkan identiti yang baru tetapi masih memperjuangkan keadilan.
Ura-ura penggabungan parti ini sedikit sebanyak akan memberi tamparan yang lebih hebat terutamanya UMNO. Walaupun Pak Lah dengan lantang menyatakan ia tidak menggugat UMNO. Tetapi kita tidak tahu perasaan hatinya; adakah dia hanya ingin menenangkan dirinya sahaja atau anggota parti yang lain supaya tidak panik? Sebenarnya hanya tuhan saja yang tahu.
Kiriman:
Mahathir Jr.