|
Assalamualaikum,
Kita telah lihat senario politik kita hari ini. Kita
juga telah saksikan bagaimana pendakwaan terpilih ke
atas orang-orang tertentu. Terbarunya mengenai
kelakuan memanda PM kita yang menghalang bekas
Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya. Mana dia Ketua
Polis Negara, Norian Mai, Pengarah BPR baru kita, mana
dia Mohtar Abdullah dan banyak lagi yang masih diam,
menggigil.
Oleh itu, saya sarankan saudara atau sesiapa sahaja
yang sudi agar menerbitkan satu poskad, dicetak dan
diedarkan ke seluruh negara sebagaimana yang parti PAS
lakukan sewaktu DSAI dipecat dahulu. Poskad ini
diedarkan dan rakyat akan mengirim kepada tokoh-tokoh
tertentu sebagai peringatan tentang tanggungjawab
mereka untuk mendaulatkan undang-undang tanpa memilih
siapa yang menentang undang-undang. Saya percaya,
saudara dapat mencipta karikatur yang sesuai mengikut
ketiga-tiga jawatan utama perundangan Malaysia iaitu
Norian Mai, Mohtar Abdullah dan Datuk Zaki (BPR).
Saya percaya poskad ini akan menjadi rebutan rakyat
dan menjadi ketakutan kepada mereka yang
memebelakangkan undang-undang. Saudara lebih arif
bagaimana hendak menggayakan poskad tersebut. Saya
rasa ramai yang bersetuju. Kalau bersetuju, silalah
beri tindak balas kepada saudara Zunar. Saya tetap
menyokong apa sahaja yang yang boleh menegakkan
kembali keadilan dalam Malaysia yang tercinta ini.
Sekian, Terima Kasih.
HR
|