Kata orang, sekali kita berbohong, kita kena 10 kali
lagi bohong untuk menutup bohong kita tadi. Ini
terjadi pada mahadhir sendiri,yang setiap hari ada
saja isu baru untuk menutup isu pertama. Sedangkan
rakyat menjadi penonton yang semakin hari semakin tak
percaya dengan lawak bodoh ini.
Pertama, isu rampasan senjata di Sauk, Grik:
Mahadhir cepat melatah memarahi PAS kerana PAS
'kununnya' mengatakan isu itu sandiwara sahaja.
Sebenarnya isu sendiwara ini dicetuskan oleh penulis
bebas di laman web internet. Tidak ada seorang pun
pemimpin tertinggi PAS mengatakan ini sandiwara,
tetapi hanya meminta kerajaan mengeluarkan kertas
putih dan suruhanjaya bebas kerana banyak kekeliruan
dalam masyarakat....Tapi Mahadhir melatah dengan
menuding jari pada PAS yang tiada kena mengena dengan
isu rampasan senjata ini.
Kedua, Mahadhir menjadikan golongan Al-Maunah sebagai
sasaran isu ini dengan ditonjolkan dengan imej
berserban dan berjanggut. Orang Islam sudah kenal
Mahadhir yang anti orang berjanggut dan berkupiah
seperti dalam ucapannya di perhimpunan UMNO dulu. Jadi
isu janggut dan serban ini semakin tidak menguntungkan
Mahadhir kerana orang Islam tidak menyebelahi Mahadhir
dalam mengikut sunnah berjanggut dan serban ini.
Ketiga, Mahadhir muncul di TV untuk turun ke semua
channel TV dan radio untuk menjelaskan isu maunah ini.
Sebenarnya, Mahadhir tidak untung kerana rakyat
melihat Mahadhir telah mendahului suruhanjaya dan
kertas putih yang belum dikeluarkan. Ini boleh memberi
gambaran, bahawa Sauk ini lebih kepada perancangan
politik kotor Mahadhir.
Keempat, Mahadhir menyatakan golongan maunah ini telah
menyerang kilang arak di Selangor, walaupun kununnya
Mahadhir awalnya perlu rahsiakan demi keselamatan
negara. Mahadir sepatutnya perlu lebih profesional
dalam berbohong...pantang berbohong kalau menceritakan
perkara baru yang telah berlaku. Rakyat semakin
terpinga kerana tidak keluar pun dalam TV atau akhbar
sebelum ini.
Polis pula tidak mahu ulas, apa lagi untuk menunjukkan
salinan report polis oleh majikan kilang arak itu.
Mungkin tidak ada pun letupan, atau mungkin ada
sedikit letupan akibat kerosakan mesin dan sebagainya.
Kelima, Mahadhir membuka perdebatan yang lebih luas
dalam isu arak. Selepas JAIS diperlekehkan, kilang
arak pula dibela dan golongan Islam pula dituduh.
Selepas ini tidak mustahil Tun Hanif Omar, tauke
Genting kata pusat judinya dibom oleh golongan maunah
beberapa buulan lepas.
Keenam, Mahadhir kata golongan maunah ini pernah
serang kuil Hindu di Batu Cave. Kununnya untuk menagih
sokongan masyarakat Hindu. Tapi, penganut Hindu
penjaga kuil sendiri yang nafikannya dan tak mahu isu
ini dipolitikkan. Mahadhir semakin tenat...
Ketujuh, Mahadhir kata sebilangan besar ahli maunah
adalah ahli PAS. Ok, kalau betul, mudah sahaja untuk
dibuktikan. Mustahil anggota tentera dan polis yang
terlibat dalam maunah adalah ahli PAS. Apa jawatan
Amin?..exco pemuda? ketua pemuda cawangan? ahli biasa?
sila buktikan. Akhbar harian Ahad 23 Julai 2000
melaporkan Dato Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri
Dalam Negeri mencabar PAS mengemukakan senarai ahlinya
untuk mengesahkan dakwaan ini...kenyataan seorang
timbalan menteri ini adalah yang paling bodoh,
sepatutnya keluarkan senarai nama maunah yang sekitar
180 orang itu saja, buat apa nak keluarkan senarai
nama lebih sejuta ahli PAS. Katakan seorang anggota
polis terlibat kemalangan, nama seorang sahaja
dikeluarkan untuk mengesahkan dia anggota polis,
bukannya enyenaraikan lebih 500,000 polis untuk
disahkan.
Kelapan, letupan yang berlaku di Klang diberi tajuk
muka hadapan Utusan Malaysia 22 Julai iaitu "Polis
Siasat Letupan Bom: Tidak Tolak Kemungkinan dilakukan
kumpulan Maunah". Tajuk ini mendahului siasatan polis,
sedangkan Timbalan Ketua Polis Negara, Jamil Johari
sendiri tidak mahu mengulas kerana masih di dalam
siasatan polis.
Kesemua telatah Mahadhir kebelakangan ini adalah
berdasarkan pembohongan yang dimulai olehnya sendiri.
Dia sendiri cemas dengan isu yang dimulakan olehnya
sendiri. Beliau ada tempoh 2 minggu seperti dijanjikan
untuk mendakwa Maunah di Mahkamah, bukan semudah
mengISA, tetapi di bawak Kanun Kesiksaan. @2 minggu
juga iaitu 4 Ogos, Anwar Ibrahim akan dijatuhkan
hukuman oleh Mahkamah Hindustan Mahadhir. mahadhir
kian meracau siang dan malam. Rakyat simpati juga,
tapi semua ini mahadhir yang cari, bukan kita.
Oleh:
Peguam Berjanggut