Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Senjata Dicuri Dari Kem Tentera: BA Mungkin Dituduh ?

Tiba-tiba muncul berita sensasi terkini. Lebeh 90 bilah senjata termasuk M-16 dicuri pada pagi 2 Julai 2000 dari kem tentera dekat Grik. Menulis di Forum Gerak Reformasi penulis “spykg” telah mengingatkan Pemuda BA supaya berhati-hati dan berwaspada kerana ada kemungkinan mereka akan difitnah dan dituduh terlibat dalam pencurian senjata tersebut.

Peringatan dari “spykg” itu tidak boleh diambil ringan atau diketawakan kerana kita semua sudah ariff dengan taktik kotor Dr Mahathir. Diharap pucuk pimpinan BA berhati-hati dan jangan ketepikan kemungkinan senjata-senjata yang dicuri itu akan ditanam di premis kediaman atau pejabat mereka, dan akan kononnya ditemui nanti oleh pihak polis yang akan datang mengeladah premis-premis tersebut. Awas dan berhati-hati.

Memang tidak boleh diketepikan kemungkinan bahawa kes senjata dicuri dari kem tentera itu hanya satu “sandiwara” dengan senjata-senjata itu nanti ditanam dan ditemui kelak di premis pemimpin atau ahli BA, dan mereka akan difitnah dengan tuduhan yang boleh dihukum bunuh jika tersabit kesalahan. Dan kalau ini berlaku janganlah harap untuk mendapat keadilan dimahkamah yang dikuasai sepenuhnya oleh Dr Mahathir.

Kemungkinan juga pencurian senjata tersebut ada kaitan dengan usaha Biro Tata Negara (BTN) untuk meyakinkan pihak tentera resab sukarelawan seperti Rela bahawa negara berada dalam bahaya pemberontakkan senjata ala Taleban. Dilaporkan baru-baru ini pasukan-pasukan tentera resab sukarelawan telah cuba dihasut dan diracuni pemikiran mereka oleh BTN dengan cerita-cerita dogeng kononnya pasukan bawah tanah gurilla ekstremis Islam ala Taleban sudah bersedia untuk mencetuskan huruhara. Kepada kumpulan dimana kesemuanya yang hadhir itu dari keturunan Melayu, maka sentimen “ketuanan Melayu” (walau pun Dr Mahathir baru saja bercakap Cina boleh tak lama lagi jadi PM) telah dipropagandakan. Ada yang terlalu benak dan telan bulat-bulat racun BTN itu. Tapi ramai yang tak termakan dengan penipuan tersebut. Kes senjata dicuri dari kem tentera dekat Grik tersebut sebanyak sedikit akan menguatkan cerita dogeng BTN tersebut.

Mungkin kes senjata dicuri ini direka untuk mengalih pandangan rakyat dari kes jenayah berupa salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir. Seperti yang kita sudah ketahui bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Shafie Yahya telah mendedahkan di mahkamah perbicaraan kes Anuar Ibrahim bahawa Dr Mahathir telah menghalang penyiasatan rasuah BPR keatas Ali Abul Hassan yang ketika itu adalah Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi. Pemimpin-pemimpin BA telah pun membuat laporan-laporan polis dibeberapa ibu negeri untuk menuntut penyiasatan dan tangkapan dibuat keatas Dr Mahathir.

Mungkin kes curi senjata ini sengaja diadakan untuk memerangkap PAS dengan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kononnya PAS terlibat kerana PAS kononnya sudah ada sayap tentera dibawah tanah. Seperti kes penaganiayaan keatas Anuar , Dr Mahathir akan sekali lagi menipu rakyat dengan berdusta kononnya kerajaan punyai bukti-bukti kukuh bahawa PAS terlibat dalam mencuri senjata tersebut. Media arus perdana yang dikawal Dr Mahathir pun akan memainkan peranan meracuni minda rakyat.

Sayugia diingatkan bahawa Dr Mahathir dan UMNO sudah pun melancarkan propaganda memburuk-burukkan Islam. Dalam rancangan jahat Dr Mahathir itu apabila sentimen anti-Islam dikalangan rakyat meluap tinggi, maka langkah-langkah akan diambil untuk memantapkan lagi sekularisma dengan menghapuskan badan-badan Islam dan sebagainya. Senarionya adalah sama seperti ajenda mengkhianati raja-raja Melayu pada awal tahun 90an dulu.

Andaian bahawa senjata yang dicuri dari kem tentera itu adalah sandiwara Dr Mahathir di kemukakan sebagai memintas atau “pre-emptive move” semoga terencatlah apa jua niat jahat yang dirancangkan oleh Dr Mahathir, jika ada.

Pemintas.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com