Assalamualaikum wr. wbt.
Artikel dan sumbangan adalah dialu-alukan dari
orang-ramai untuk journal Lajnah yang akan diterbitkan
pada minggu ketiga bulan Ogos 2000. Ianya akan
berbentuk akhbar seperti Alternatif, Hiraki, Protes
dsb.
Walaupun tujuan journal ini adalah untuk mendedahkan
kepada orang-ramai kepada perjuangan para peneroka
bandar dan pekerja namun artikel-artikel dan
komentar-komentar menyentuh subjek-subjek lain adalah
juga diterima.Di antaranya adalah artikel atau
komentar isu semasa dan tazkirah.
Journal ini adalah untuk memenuhi tabung Lajnah bagi
membolehkan Lajnah memberikan pembelaan yang
sewajarnya kepada para pekerja dan peneroka bandar.
Sila E-mail semua sumbangan kepada :
peneroka_sel@yahoo.com.
Sekian. Terima kasih.
Iskandar Abdul Samad
Pengerusi
Lajnah Peneroka Bandar Dan Pekerja
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
30 Julai 2000