Assalamualaikum,
Kami ahli-ahli PAS tidak bersetuju sama sekali nama ahli PAS diberikan
kepada pihak polis untuk tujuan mengenal pasti anggota Al-Maunah. Polis
tidak wajar minta senarai nama ahli PAS kerana pada pandangan kami
mereka hanya ingin memerangkap PAS dalam peristiwa tersebut.
Kami berharap pemimpin PAS jangan terpedaya dengan tipu muslihat Umno
dalam kes tersebut.
Tujuan mereka sebenar ialah untuk membuktikan yang PAS terlibat dengan
kumpulan tersebut.
Sedangkan mereka yang terlibat adalah sebahagian kecil saja....Dengan
mengaitkan nama ahli PAS mereka tentu akan berkata yang Al-Maunah adalah
sayap perjuagan PAS yang cuba merampas kuasa secara kekerasan...Dengan
itu mudah bagi Umno mengharamkan PAS...
Semoga ahli PAS bertenang dalam hal ini tapi kalau kita dicabar jangan
kita takut demi perjuangan kita kerana Allah. Semoga Allah selamatkan
PAS dan umat islam ..
Ahli PAS Swak