Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PROGRAM INTERAKSI BARISAN ALTERNATIF KE SABAH

PROGRAM INTERAKSI BARISAN ALTERNATIF KE SABAH
17 - 24 Ogos 2000
anjuran
Biro Sukan dan Rekreasi
Parti Keadilan Nasional [keADILan]

Satu rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi keADILan, Sdr. N. Gobalakrishnan akan berkunjung ke Sabah. Program yang dibuat dengan kerjasama PBS ini akan mengadakan beberapa aktiviti/acara menarik. Antaranya:

i. Perlawanan Persahabatan Bolasepak

ii. Mendaki Gunung Kinabalu

iii. Melawat taman-taman rekreasi dan tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Kinabalu

iv. Menjadi pemerhati jemputan di Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Tambunan yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Pairin Kitingan.

v. Makan malam bersama pimpinan PBS.

vi. Bertukar-tukar fikiran & berdialog dengan pucuk pimpinan PBS.

Program ini terbuka kepada semua yang berminat, khususnya ahli parti-parti Barisan Alternatif.

Bayaran hanya RM850.00 sahaja bagi seluruh perjalanan, termasuk penginapan dan makan minum .

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Sdr. N. Gobalakrishnan: 019 - 961 0613
(Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi, keADILan)

Sdr. Dr. Rosli Ibrahim: 013 - 366 3300
(Setiausaha Biro Sukan & Rekreasi, keADILan)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com