Petikan :
Tranung Kite eGroups
Assalamualaikum saudara-saudari,
Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut, saya ingin memohon berbanyak
ampun dan maaf kepada rakan-rakan karib yang berada di PROTON, yang
selama ini telah banyak menolong saya dalam mendalami isu yang terbabit
dengan Proton (GX) Waja. Minta maaf jika bahasa yang digunakan agak
menyinggung perasaan. Pada Man, Leel, Usop dan Choo, you all semua faham
macamana saya express my point. Thanks a Million guys for your thought
and thinking. Tapi orang ramai patut tahu kerana ianya adalah milik
negara.. National Project katakan.
Diantara objektif projek Proton (GX) Waja diusahakan adalah untuk
mempersiapkan diri bagi menghadapi AFTA 2003. Usaha kearah ini
terutamanya persiapan dari segi mental dan infrastruktur telah pun lama
diusahakan oleh Proton secara amnya. Proton perlu membuktikan
kemampuannya untuk bersaing dipasaran terbuka pada 2003. Jadi Projek
Proton (GX) Waja merupakan maruah bagi Proton.
Tapi apabila tariff untuk Automotive AFTA dilewatkan kepada 2005, ianya
sudah menjadi cerita lain. Ramai orang kecewa dengan keputusan kerajaan
tentang hal ini. Tanggapan ramai bahawa Proton yang dulu, hanya
mempunyai satu TELUR sahaja semakin menjurus kepada Proton kini tiada
berTELUR lagi. Proton (Perodua tidak terkecuali) masih lagi perlu untuk
diberi Nestum dan susu ASLI. Setelah berumur lebih dari 15 tahun,
PAMPERS masih lagi pakai, berak-kencing tak pandai lagi cuci sendiri.
Semuanya bergantung harap pada orang lain untuk hidup.
Saya pernah bekerja di syarikat automotive antarabangsa pada suatu
ketika dahulu. Kami tidak pernah sedikit pun dalam analisa perniagaan
kami merasakan Proton sebagai satu ancaman kepada kami di kawasan ASEAN
ini. Walaupun ketika AFTA telah dijalankan. Kepada kami, Proton bukanlah
satu International brand name. Ianya hanyalah Malaysian brand name.. not
even ASEAN brand. Cuba kita fikirkan untuk negara ASEAN ni, apakah
Proton benar-benar telah berjaya menembusi pasaran mereka. Jauh panggang
dari api.
Dikhabarkan kepada kita bahawa Proton Waja akan menggunakan suspension
dan handling system dari Lotus, engine dari Renault dan safety and
structural features sebagaimana BMW or Mercedes. Hanya orang BODOH dan
BUTAHATI saja yang akan yang akan percaya bahawa Proton Waja is a
marvellous car. The fact is Proton Waja won't behave like Lotus,
Renault, BMW, Mercedes or even Mitsubishi. It'll behave like Proton as
we know it.
Dari component and assembly drawings yang dapat kepada saya, memang
banyak terdapat potential problems dalam Proton Waja nanti. Contoh
TRADEMARK Proton yang nyata ialah POOR assembled quality (kalau boleh
dikatakan ada quality). Cuba tengok gap yang ada pada kereta Proton yang
sedia ada hari ini (Wira, Perdana, Satria etc). Gap yang ada boleh masuk
telus tikus. Masalah ini banyak berpunca dari Vendor Proton sendiri.
Proton tak pernah secara serius dan menyeluruh bertegas tentang mutu
serta ketepatan (precision) dalam pengeluaran komponen. Banyak vendor
yang masih lagi menggunakan peralatan yang sudah lari jauh precision
dia. Sepatutnya mesin tu dah dicampak ke Sungai Kelang. Memang dah tak
boleh buat apa. Modern automotive's component manufacturing and assembly
demand a very highly precision enginering. Kita bukannya nak buat Model
T. Macam ni Proton nak claim World Class Standard. Workshop kat Balakong
can do it better. Sesiapa yang berpeluang untuk tengok model Waja di
Shah Alam, tentu paham maksud saya ni. Lampu belakang berupaya menjadi
sebuah aquarium bergerak (another world class record untuk Malaysia
sebab unique).
Proton Waja is not a fully tested model. Selama ini dengan hanya
assembled Mitsubishi clone pun berbagai-bagai masalah yang timbul. Siapa
yang tak pernah dapat problem tentang power windows. Cukup setahun
kereta mesti ada tingkap jammed. Pecut lebih 100 KM/h bunyi macam-macam
yang dengar. Itu model yang Mitsubishi sendiri dah habis pasang. Mudah
cerita, model yang Mitsubishi dah tahu luar dalam masalah dia. Tapi the
power of advertising mungkin akan mengaburi mata ramai orang tentang
mutu Proton Waja nanti. The advertisement untuk Proton Waja is almost
complete. Memang very impressive.
Kita sudah banyak kali sejak akhir-akhir ini diberitahu oleh pihak
kerajaan bahawa kereta Proton memang sepatutnya dijual lebih mahal
daripada kereta yang lain, sebab kos R&D kita tinggi. Kalau Proton can
not stay competitive, kenapa lagi buat business tu. Adakah semata-mata
kerana ianya Projek Nasional? Apakah kalau Proton ditutup, negara kita
secara automatic jatuh bankcrupt? Kalau inginkan rakyat secara
keseluruhannya berasa bangga dengan Proton, harga yang ditawarkan
mestilah melambangkan ianya sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukanlah
membebankan. Saya rasa, rakyat terbanyak tak berapa peduli pasal tax
protection, kalau Proton memang boleh produce cheaper, highly
competitive and high quality car daripada orang lain. Ini tidak,
sudahlah harganya MAHAL, MUTU pun tak setaraf dengan yang lain. Pada
pendapat saya, kalau Proton Waja 1.6 harga bersih on the road (including
all the accessories) melebihi RM40,000 ianya benar-benar memang
melambangkan semua yang telah saya sebutkan diatas. Tak perlu diulas
dengan lebih lanjut lagi. It'll really prove my points.
Untuk saya, saya akan ambil sikap berhati-hati. Saya biarkan beberapa
batch of Proton Waja (production) roll on the road first dan tengok
bagaimana perception orang ramai. Kena kerap berkunjung dan bersembang
dengan mekanik di Workshop dan Service Centre. Dia orang ini yang memang
akan dapat first-hand experience tentang problem yang ada. Saya memang
ada senarai beberapa problem areas. Cuma nak tunggu confirm dengan
kawan-kawan di service centre saja.
Well, I'll stick to my Camry for quite a while before giving any thought
on Proton Waja.
Akhir sekali, saya ingin meminta maaf pada sesiapa saja yang offended
dengan kenyataan saya ini.
Sekian, wassalam
Jak