Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Nota buat Duli YTM Agung/Sultan Selangor

semalam aku terbaca satu article dalam "the Star" tentang komen agung merangkap sultan selangor, sultan salehuddin tentang ketidak puasan hati baginda terhadap JAIS yang buat raid kat the SHIP tu. Tak payahlah aku nak ceritakan sekali lagi apa yang tuanku tu sebutkan dalam paper tu. Cuma aku nak beri komen sikit je.

DAULAT TUANKU,
patik adalah rakyat tuanku yang dilahirkan, dibesarkan dinegeri tuanku yang serba indah dan "maju dalam serba serbi". Memang, sewaktu remaja patik amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negeri selangor ini. Malah sehingga sekarang patik masih lagi berbangga kerana menjadi rakyat selangor yang aman berkat dari pemerintahan tuanku.Tapi, sejak akhir-akhir ini, patik merasakan satu kesangsian dan kemusykilan melihat kejadian-kejadian yang berlaku baik didalam negeri selangor dan didalam negara yang kebetulan tuanku adalah sultan selangor merangkap Yang Dipertuan Agung.

Ampun Tuanku,
komen tuanku semalam dalam akhbar Star (jika benar itu yang keluar dari mulut tuanku) adalah amat menghiris perasaan patik. Salahkah jika mereka yang diberikan kuasa untuk menegah mungkar menjalankan tugas mereka. Apalah ertinya undang-undang yang diluluskan jika ianya tidak di jalankan. Apakah tuanku berbangga mengatakan bahawa undang-undang Islam telah ada di negeri tuanku tetapi penguatkuasaannya tidak dapat dijalankan kerana....

Tuanku, cukuplah seluruh rakyat selangor terhina dengan kehadiran dua kilang arak yang terbesar di malaysia wujud di negeri ini. Walau seribu masjid sebesar masjid Sultan Salehuddin di shah alam di bina di negeri ini, ianya tidak dapat menghilangkan rasa hina kami umat islam dengan kewujudan dua kilang syaitan itu.

Ampun Tuanku,
apakah tuanku berbangga jika menurut siasatan dan perangkaan dua tempat yang paling terdedah dengan gejala maksiat di malaysia adalah di kawasan industri bandar sultan sulaiman di pelabuhan kelang dan sungai way, petaling jaya yang kedua-duanya terletak dalam negeri tuanku? Kejadian membakar sekolah di shah alam? hilangnya identiti perkampungan melayu di pulau lumut (indah) dek mengajar kemajuan. Inikah yang kami perlukan untuk mengisi penghidupan kami? seribu maksiat yang menghakis nilai kemanusiaan.

Ampun tuanku,
patik dan seluruh rakyat selangor amat berbangga dengan tuanku permaisuri yang bertudung dan menjaga aurat itu. Untuk pengetahuan tuanku, sebenarnya itulah aspirasi kami rakyat yang tergolong dalam golongan muda ini. Kami pelukan sebuah kerajaan yang bukan sahaja bersih malah kelihatan bersih. Kami tidak perlukan mereka yang taghut itu sebagai pemimpin kami. kami golongan muda tidak bernah dan tidak akan menyokong UMNO dan BN apatah lagi menganggap mereka sebagai ketua/pemimpin kami. Tidak tanduk dan pengucapan mereka itu amat bercanggah dengan nilai dan norma-norma kami sebagai umat Islam.

Ampun tuanku,
Sebelum segala-galanya terlambat, sementara bara yang didalam sekam ini tidak merebak menjadi api yang membakar, adalah baik sekiranya tuanku dan raja-raja melayu bertindak segera. Percayalah, sekiranya "orang itu" dan orang-orangnya yang menjadi halangan, percayalah; mereka itu bukan tuhan. Rakyat adalah hakim negara; dan sekiranya hakim-hakim ini yang menjatuhkan hukuman......... dikala itu tiadalah lagi harapan......

Akhir kalam,
maafkan rakyat mu ini sekiranya luahan ini menyinggung tuanku. Tuanku, pada kami golongan muda, tuanku dan raja-raja melayu tidak ubah seperti boneka kerana selama ini kami tidak pernah nampak atau merasakan kehadiran tuanku semua sebagai raja setidak-tidaknya sebagai penguatkuasa undang-undang Islam. Sekiranya masih berlarutan begini, kami tidak pernah dan tidak akan merasakan kehilangan sultan/agung sekiranya keadaan memaksa......

Assalamualaikum.
ALONG


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com