Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Relevan sangat ke Umno ?

Sebenarnya, saya amat hairan sekali. Mengapa Mahathir dan koncu-koncunya menyatakan parti pembangkang ini tidak relevan sekali terutamanya memerintah negara ini. Mengapakah puak Umno ini berkata demikian? Adakah puak Umno ini benar- benar relevan, atau dalam erti kata lain ia mewakili kaum melayu ataupun mewakili Malaysia itu sendiri?

Kalau diteliti dari pelbagai sudut, Umno sendiri banyak kelemahannya.

1. Umno Baru menggunakan sejarah lalu sebagai perjuangannya, iaitu sebelum 1988. Sebenarnya apakah kaitan Umno Baru ini berbanding dengan Umno masa Tunku Abdul Rahman, Tun Andul Razak, ataupun Tun Hussien Onn? Jika diteliti betul- betul, memang tiada kaitan kerana Umno yang sebelum 1988 sudah pun diharamkan ataupun berkubur. Mengapakah Umno Baru sekarang masih menggunakan perjuangan Umno dahulu sebagai perjuangan asasnya. Adakah Umno sekarang sudah tidak relevan? Ataupun tidak mempunyai sejarah yang tersendiri?. Oleh sebab itulah menggunakan perjuang Umno dahulu sebagai perjuangan asas. Sekiranya dari sudut undang- undang pula, tidakkah Umno sekarang menghina mahkamah?

2. Umno sendiri telah retak lebih kurang dua kali, iaitu pada tahun 1988 dan juga selepas pemecatan DSAI. Apabila Umno telah diharamkan pada tahun 1988, mengapakah Umno Baru tidak dapat menyatukan semua ahli anggotanya, sehingga terbentuknya Umno Baru dan Semangat 46? Selepas pemecatan DSAI, mengapa Umno tidak dapat menghalang sebahagian ahlinya dari membentuk parti baru, KEADILAN? Umno dengan lantang bahawa ia merupakan sebuah parti yang mewakili bangsa melayu dan hanya merupakan parti melayu yang dapat menyatupadukan kaum melayu. Sedangkan parti ini sendiri mengalami perpecahan yang parah. Bagaimanakah Umno hendak menyatupadukan bangsa melayu?

3. Sejak akhir-akhir ini, kita juga melihat gelagat pemimpin Umno yang boleh dikategorikan sebagai kurang sopan. Contohnya, masa pilihanraya kecil di Sanggang, sebagai seorang MB, dengan tidak rasa malu telah menunjukkan perbuatan isyarat lucah di khalayak ramai. Bekas MB Kedah pula, dengan sewenang- wenangnya membelasah orang lain di Airport. Adakah kerana mereka mempunyai kuasa, mereka boleh buat sesuka hati mereka? Ataupun mereka menganggap apabila sudah mempunyai kuasa, undang- undang tersebut hanya untuk orang bawahan sahaja?

4. Pada pilihanraya umum yang lalu menunjukkan sokongan orang melayu sendiri terhadap Umno telah merosot. Ini bukan sahaja wakil umno yang kurang ternama, bahkan yang menjadi pak menteri pun boleh tumbang. Ini memang jelas bahawa Umno sudah kurang mendapat sambutan orang melayu. Sejak akhir- akhir ini, Parti KEADILAN telah menjadi sasaran utama mereka. Tidak sebelum ini, kebanyakan sasaran adalah dituju kepada PAS. Perkara yang kecil akan diperbesar- besarkan puak Umno untuk memburuk- burukkan parti KEADILAN. Ini dibantu pula oleh Berita Harian, Utusan Melayu dan TV 3. Adakah mereka telah sedar bahawa Umno sekarang sudah tidak relevan sehingga menggunakan taktik yang terdesak dan keji ini?

Kiriman:
Mahathir Jr.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com