Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Rintihan Isteri Ahli al-Ma'unah

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah tempat yang terbaik buatku mengadu,
Ya Allah, tiada sesiapa yang mampu memberikan pertolongan selain Engkau,
Ya Allah, aku merasakan langit sedang menghimpit diriku, manakala bumi seluas ini sangat sempit buatku,
Ya Allah, betapa beratnya bala yang bertimpa-timpa,
Ya Allah, mengapakah jiwaku disiksa sebegini,
Ya Allah, hanya Engkaulah sebaik-baik tempatku mengadu,
Ya Allah, dengarlah ratapan dan tangisanku ini,
Ya Allah, apakah Ma置nah itu suatu bala, apakah ia bencana atau apakah ia juga suatu rantaian kejahatan yang dicerca melampau-lampau sekarang?
Ya Allah, aku sangat mengenali suamiku, beliau adalah ahli yang memahami agama, memahami batasan iman dan kufur,
Ya Allah, suamiku amat mengetahui batasan amalan syirik dan dusta,
Ya Allah, suamiku pernah berbisik ke telingaku bahawa Ma置nah itu tidak sesat,
Ma置nah tidak kufur, Ma置nah itu menjalankan amalan mengikut agama,
Ya Allah, tetapi dulu suamiku pernah membayangkan kegusarannya,
Ya Allah, suamiku berkata begitu ramai yang menganggotai al-Maunah sekarang, entah dari mana datangnya,
Ya Allah, suamiku pernah berkata Ma置nah itu anggotanya ada yang masih bertugas dalam pasukan keselamatan, kononnya yang sudah insaf, Ya Allah, kononnya mereka insaf dan mahu kembali kepada agama,
Ya Allah, maafkan suamiku kerana mempercayai insan-insan munafik dan palsu itu, rupa-rupanya mereka memasang perangkap,
Ya Allah betapa hebatnya keagunganMu, sekarang ini terserlah kejahatan sebenarnya, terbongkar rancangan jahat manusia durjana,
Ya Allah tidak dapat kubayangkan betapa suamiku yang lemah itu berani merompak senjata di sebuah kawasan yang terlarang,
Ya Allah, aku takut suamiku terpedaya dengan kejahatan mereka,
Ya Allah begitu jahatkah suamiku? Apakah tergamak insan yang lemah itu merompak senjata yang tidak pernah terfikir olehnya seumur hidup? Ya Allah tolonglah suamiku, sesungguhnya dia teraniaya,
Ya Allah bantulah suamiku, kuatkan jiwanya menghadapi dugaan,
Ya Allah aku tahu suamiku tidak bersalah,
Ya Allah aku tahu suamiku terperangkap dengan perancangan yang amat jahat,
Ya Allah sesungguhnya aku mengetahui bahawa suamiku bukan penjenayah,
Ya Allah, Engkau kuatkan imannya supaya tidak terpedaya dengan sebarang ugutan untuk mengakui kejahatan yang tidak pernah dilakukan,
Ya Allah betapa Engkau tunjukkan, zalimnya Mahathir dan kuncu-kuncunya,
Ya Allah Engkau laknatlah Mahathir sebagaimana Engkau melaknat Abu Lahab,
Ya Allah Engkau hapuskan Mahathir sebagaimana Engkau hapuskan Firaun,
Ya Allah Engkau jahanamkan Abdullah Badawi sebagaimana Engkau jahanamkan Abrahah, Namrud dan kaum seumpama dengannya,
Ya Allah mengapakah masyarakat begitu tertipu dengan tohmahan dan perancangan jahat Mahathir dan Abdullah Badawi,
Ya Allah mengapakah mereka sanggup merencana kejahatan demi mencapai cita-cita politik kotor mereka,
Ya Allah, begitu kejamnya manusia yang sanggup mengorbankan nyawa demi mengekalkan kekuasan mereka,
Ya Allah, begitu tepat sekali rungutan Malaikat kepada Mu, bahawa manusia itu akan melakukan mungkar, fasad dan berbunuhan dan muka bumi,
Ya Allah, suamiku tidak sejahat itu, sebiji telur ayampun tidak pernah dicurinya, apatah lagi mencuri styer, M-16 dan mortar,
Ya Allah, suamiku tidak sekejam itu, seekor semutpun tidak penah dianiaya, apatah lagi mayat manusia yang didakwa disiksa,
Ya Allah, mengapa manusia sering menuduh tanpa usul periksa,
Ya Allah damaikanlah hatiku, jiwaku senantiasa tertekan, keluarga memandang serong terhadap suamiku,
Ya Allah tahukah Engkau bahawa jiwaku sangat tersiksa, masyarakat begitu menghina suamiku,
Ya Allah, sedangkan aku mengetahui bahawa maut menanti suamiku,
Ya Allah, betapa malangnya dia, diperangkap dengan kejahatan yang tidak dilakukan olehnya,
Ya Allah mengapakah manusia begitu percaya dengan berita sebelah pihak,
Ya Allah mengapakah manusia menganggap berita akhbar lebih mutlak daripada kitab suci Mu iaitu al-Quran,
Ya Allah mengapa manusia sanggup mempertuhankan manusia semata-mata untuk menjaga periuk nasinya,
Ya Allah bagaimanakah aku meneruskan kehidupan,
Ya Allah berikan aku kekuatan supaya aku mampu menyambung amanah suamiku supaya memelihara anak-anakku semasa ketiadaannya,
Ya Allah aku berada dalam kebingungan, tolonglah aku, bagaimana aku mampu menyara anak-anak ku ini,
Ya Allah aku tidak tahu bagaimana hendak membesarkan anak-anakku tanpa suamiku disisi,
Ya Allah apabila anak-anakku menangis inginkan makanan yang enak, aku tidak mampu memberikannya,
Ya Allah aku hanya mampu menyuapkan mereka dengan apa yang ada sahaja,
Ya Allah aku hanyalah seorang insan yang lemah tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan untuk menyara anak-anakku,
Ya Allah siapakah yang berani membantuku, rumahku diawasi senantiasa oleh anjing-anjing yang takutkan tuannya,
Ya Allah aku dan keluargaku dikelilingi oleh anjing-anjing yang mencari mangsa
Ya Allah, hapuskan mereka segera, mereka itu bersubahat dengan kejahatan dan kezaliman, mereka itu hamba kepada seribu pendustaan,
YA ALLAH, AKU MERAYU PADAMU, BANTULAH KAMI SEGERA!!!


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com