Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Lagu Pertama Reformasi 4 Ogos

Lagu-lagu dalam siri ini akan dinyanyikan dalam perhimpunan reformasi pada 4 Ogos 2000, jam 8:15 pagi di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Sila CETAK, EDARKAN dan BAWA untuk kita nyanyikan sama-sama

SUARA RAKYAT

(Nota: Nyanyi ikut rentak lagu "Oh, my Darling, Climentine" seperti dinyanyikan oleh kumpulan Pengakap atau Anak Serigala)

Suara rakyat (ulang 2 x)
Suara rakyat laungkan

Kita bangun (ulang 2 x)
Kita bangun dan lawan

Bersatulah semua bangsa
Buangkanlah prasangka

Jangan kita terpedaya
Tipu helah penguasa

Kesamaan, serataan
Agihan kekayaan

Hak asasi manusia
Janganlah diperkosa

Perjuangkan kebenaran
Tentanglah kezaliman

Hapuskanlah penindasan
Teguhlah keadilan

Tegakkanlah demokrasi
Untuk rakyat Malaysia

Agar hidup aman damai
Bahagia sejahtera

(Nota untuk rangkap di bawah: rentak sama, suara nyaring, tetapi perlahan-lahan)
Suara rakyat (ulang 2 x)
Suara rakyat laungkan

Kita bangun (ulang 2 x)
Kita bangun dan lawan

JOM KITA REFORMASI

(Nota: Nyanyi ikut rentak lagu "Jong, Jong Inai")

Jong, jong inai
mak ipong raja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki

(Nota: Ulang rangkap di atas 2 x)

Jom, jom kita
Jom kita reformasi
Kita reformasi
jangan henti-henti

(Nota: Ulang rangkap di atas 3 x)

Jangan kita takut
jangan kita tunduk

Lagi kena tekan,
lagi kita lawan

LAGU DEMOKRASI

(Nota: Nyanyi ikut rentak lagu "Lagu Tiga Kupang")

Kita nyanyi-nyanyi
lagu demokrasi
tanpa hipokrasi
tumbangkan tirani*

Tirani* yang berkuasa
telah memperkosa
telah memenjara
hak rakyat jelata

Penguasa gila kuasa
harta habis semua
dikebas kroni mereka
rakyat menderita

Menderita rakyat
semua dikorporat
oleh bangsat-bangsat
untuk suku-sakat

------
* tirani (tyranny) = kezaliman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com