Kini wujud gelombang kesedaran baru. Penulis-penulis
yang sering membelasah kerajaan, UMNO dan BN dan
mati-matian sokong pembangkang tiba-tiba menyerang
PAS, Keadilan dan BA. Apa dah jadi?
Mula-mula Sayuti Omar dengan Tiga Abdul-nya menghentam
PAS Kelantan. Kemudian TMJ (Tarmizi), orang kuat PAS
Perak, menyerang partinya sendiri. Paling baru
kritikan dari penyajak Dinsman dan penulis Fathi Aris
dari Malaysia Kini.
Apa ni?
Apakah mereka berpakat menyerang PAS dan Keadilan?
Sayuti, TMJ dan Dinsman memuntahkan peluru ke PAS,
"pas jangan jadi UMNO" kata mereka.
Fathi dan Malaysiakini pula menyerang Keadilan.
Serangan ini memang tidak disenangi oleh pengikut
pembangkang. Saya sendiri panas telinga.
Akibatnya Tarmizi dan Fathi diserang semula dalam
laman-laman web. TMJ berdiam diri tapi FAO nampaknya
meneruskan lagi.
Sebagai penyokong reformasi dan pengundi BA, bisa juga
membaca tulisan-tulisan ini. Tetapi soalnya, apakah
wajar kita saja yang boleh kritik dan belasah UMNO
tetapi orang lain tidak boleh mengkritik parti-parti
kita?
Apakah parti kita suci sesuci-sucinya? Atau... suci
dalam debu?
Kita sokong BA dan pergi reformasi sebab nak
perubahan. Kita muak tengok Mahader, UMNO dan BN sebab
semuanya jadi pak angguk. Seekor pun tak berani nak
mengkritik Mahathir atau UMNO.
Akhirnya negara jadi korup, bangsa Melayu jadi
bangsat. Inikah yang kita mau?
Kalau kita tidak mau tabiat ini ada dalam BA, PAS,
DAP, PRM dan Keadilan, kenapa kita marah atau belasah
penulis dan pengkritik ini?
Sepatutnya kita suburkan budaya kritik-mengkritik yang
sihat dan membina.
Tengok media BN -- semuanya ampu dan menipu. Paling
baik, semuanya penuh tahi propaganda. Apakah puas
membaca media seperti ini? Semuanya mencari salah
pembangkang seolah-olahnya BA haiwan tak berakal.
Kita boikot media untuk apa? Kita baca Harakah, Roket,
Haraki, Detik, Tamadun, untuk apa? Untuk membaca tahi
propaganda saja ke?
Tentunya tidak... Kalau itu bukan hasrat kita, kita
mesti benarkan media-media BA mengkritik diri sendiri.
Biar ada check & balance sendiri. Kalau UM, BH, NST
atau TV3 serang kita, kita marah.
Tetapi apakah amalan politik BA bersih dari dosa dan
noda? Apakah pemimpin-pemimpin Nabi_nabi yang maksum?
Lebih baik kita percaya kritikan penulis-penulis kita
sendiri. Kalau tak puas hati, kita jumpa mereka. Atau,
e-mail pd mereka. Apakah kita boleh bertemu puak-puak
BN di belakang NST, TV3, BH, UM, Star itu? Jangan
haraplah...
Kita sokong reformasi kerana mahu perubahan.
Berubahlah dan bangkitlah.
Jom, kita reformasi lagi!!!
SA