Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MEMANG MAHATHIR MANUSIA BANGSAT TAK MENGENANG BERBUDI!!

1. Tertarik saya mengulas tulisan Wak Amin Sapiro kali ini. Sebagai seorang peminat tulisan Wak Amin Sapiro, tulisan beliau bertajuk “UMNO: SEMALANG SANG KURIANG MEMBINA CANDI BROBODOR !!” itu adalah satu penghujahan yang sangat releven dan menarik kepada semua pihak.

2. Siapa yang membaca legenda methos Jawa kuno mengenai kesah Sang Kuriang (seorang anak perkasa yang derhaka) yang diberi syarat oleh ibu kandungnya supaya membina sebuah candi jika hendak mengawini beliau (si ibu, seorang puteri jelita yang si Sang Kuriang jatuh cinta) dalam tempoh satu malam. Tetapi kerana Sang Dewata Raya mencegah perbuatan mungkar itu dari terjadi, maka hajat beliau tidak direstui oleh Sang Dewata.

3. Kesudahannya, kerana Sang Kuriang takbur, hampir-hampir Candi yang dibina di atas Bukit Tangkuban Perahu (di Bali) itu siap; maka ‘anak derhaka’ itu tidur sekelap. Malangnya bila terjaga, matahari sudah terbit tinggi. Maka syarat menghawin Puteri itu (ibunya) serta merta terbatal. Kerana marah, lalu ditendangnya candi itu (berbentuk sebuah kapal) hingga terbalik. Kununnya, itu sebab Candi Brobudur itu berbentuk seperti sebuah perahu terbalik. Sampai hari ini tempat Candi itu terbina disebut sebagai Bukit Tangkuban (tangkupan) Perahu.

4. Andaian Wak Amin ini sangat releven. Memang beliau seorang yang prihatin. Saya angkat topi. Kita nampak, Mahathir umpama si “Sangkuriang”. Mahathir yang takbur hingga terbukti cuba “memperkosa” amanah orang Melayu/UMNO yang memberi beliau peluang menerajui kepimpinan orang Melayu (Mahathir pernah terbuang dari UMNO). Malangnya, Mahathir keterlaluan melakukan pelbagai angkara pecah amanah demi menjaga kepentingan dirinya saja. Akhirnya, kerana takbur dan tidak ada perasaan membalas budi dan berterima kasih (putar meja kepada Mahathir pula); hari ini beliau dikutuk dan dihina oleh orang Melayu (Allah mengutuk kita belum tahu).

5. Juga, kerana Mahathir kecewa tidak dapat mengkianati orang Melayu, maka UMNO dan orang Melayu “ditendang”nya. Mujur baik, yang lingkup ialah “perahu UMNO” dan Mahathir sendiri dan sekongkolnya; bukan orang Melayu seluruhnya!! Mampos Mahathir! (ketawakan dia).

6. Rencana Wak Amin kali ini benar-benar mencabar intelek dan minda kita. Melalui dialog yang mudah dan mendatar, kita dapat rasakan mesej Wak Amin dengan style penulisan seorang vetren. Beliau berjaya memberi kita suatu tarikan untuk sama-sama berfikir mengenai isu-isu besar mengenai politik dan sosial yang dihadapi orang Melayu hari ini.

7. Wak Amin masih berpegang kepada fakta: Orang Melayu – tak kira yang berpendidikan tinggi atau tidak, jika sepakat dan bersatu memperjuangkan ketuanan dan kepentingan masa depan tanahair, bangsa dan agama – pasti tidak akan membiarkan “diktator” ini (atau yang bertujuan jadi diktator kepada orang Melayu) memperlekeh bangsa dan ugamanya. Malangnya kesepakatan itulah yang masih belum nampak! Tidak nyata. Masih ada yang seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

8. Saya bersetuju dengan Wak Amin: jika Pembangkang seperti PAS mampu mengajak DAP memahami perjuangan parti itu hingga Kit Siang berpatah meminta kaum Cina supaya memahami dasar perjuangan PAS; bermakna PAS sudah 50 peratus berjaya. Tetapi, sebaliknya, Mahathir membangkitkan isu “PM bukan Melayu” seolah-olah mengajak kaum Cina beradu-domba dengan orang Melayu! Mahathir adalah manusia pemecah-belah. UMNO jadi tunggangannya. Tunggang terbalik. Tidakkah Mahathir politikus hina lafi bangsat, sanggup jadi pemimpin menjuarai adu-domba seorang penghasut? Memang sial Mahathir ini!

9. Kalau Mahathir berfikir panjang, dan cuba jangan berlagak ego, masalah politik semua kaum dalam negara yang ‘dimalangkannya’ ini tidak akan timbul. Mujur baik, semua kaum di negara ini sudah sampai ketahap ‘rasional’ dan kematangan politik yang maksimum – maka masing-masing kaum tidak langsung memberi riaksi negatif. Habis, Mahathir nak letak muka kat mana? Bedebah punya pemimpin!!

10. Persoalan yang dibawa oleh Wak Amin memang besar. Malangnya, orang UMNO sendiri tak mau membantah sebarang ‘temberang” Mamak Tongkang seorang ini.

11. Saya puji KeADILan yang sanggup berdepan dengan keadaan dan realiti dalam isu kepimpinan mereka. Chandra dan Anuar Tahir dikritik secara bebas oleh ahli. Akhirnya wujudlah arus interaksi antara pemimpin dengan ahli. Marina pergi ada pengganti. Tapi UMNO macam mana? Mahathir buat apa dia suka, bila ada pemimpin nak berbincang – kena ligan dengan ‘puntung berasab’ di halau ‘balik kampung’..(kita ketawa juga melihatnya. Ramai yang mengejek UMNO terjelir lidah!).

12. Mengapa dalam Perhimpunan tak dibangkitkan isu “presiden menang tak bertanding”, isu “kena halau balik kampung’, ‘isu perpecahan’, dll. padahal isu-isu itu adalah pertinent. Bermakna, UMNO dah jadi parti ‘masuk angin keluar asap’. Parti yang berhakim kepada beruk!! (saya ketawa lagi)! UMNO parti cabok!

13. Saya tertarik dengan 2 perenggan dalam artikel Wak Amin kali ini, komen beliau:

14. Pertama:

15. “Paling buruk sekali, UMNO merestui perampasan hak asasi dan kebebasan rakyat. Mahathir menggunakan mahkamah dan undang-undang bagi menyekat kebebasan itu. Kebebasan media disekat dan wartawan diugut melalui proses yang bukan-bukan. Walaupun Negara ini terbentuk melalui undang-undang sekular British, namun sistem perundangan itu pun telah dimusnah-hancurkan oleh nafsu-nafsi Mahathir. Hakim-hakim dan Peguam Negara diugut dan dikorap, hingga Hakim, pegawai Polis dan BPR tidak lagi memperlihatkan satu tahap amanah dan kebebasan bertindak mengikut amalan sebuah negara bertamaddun”.

16. Kedua:

17. “Mahathir tak habis-habis menyalahkan semua pihak melainkan dirinya. Dia ingat semua orang buta? Ini bersesuaian dengan “Theory of Fear”. Sementara di belakang tabir, beliaulah yang meletakkan jambia ke leher semua (orang – p). Kecuali lehernya. Mahathir fikir orang tidak tau? UMNO tahu, Pembangkang tahu, kakitangan awam tahu, Polis tahu, Hakim tahu, Peguam Negara tahu, Tentera tahu, YDP Agung tahu, ulama Islam tahu….rakyat tahu! Mengapa orang tidak melakukan penghukuman? Jawabnya mudah: Orang Melayu tidak sepakat. Orang Melayu dalam UMNO banyak dah jadi “pijat-pijat”. Orang Melayu masih sanggup menerima!! Masalahnya, tak ada satu biji mata orang UMNO bertanya sesama mereka..” sampai bila”? Sampai kiamat ke?”

18. Kesimpulannya, artikel pendek Wak Amin ini elok dibaca oleh semua pemimpin politik kita di Malaysia, khusunya pemimpin UMNO, termasuk semua komponen BA!!

19. Pandangan Wak Amin kali ini adalah mewakili pandangan rakyat!! KECUALI pemimpin yang dah termasuk kategor “BANGSAT”!!

Saya doakan semoga Wak Amin sehat walafiat. Kita menghargai pandangan beliau. Sekian.

Kamal Al-Fikri.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com