MEMANG MAHATHIR MANUSIA BANGSAT TAK MENGENANG BUDI!!
(Artikel Sdr. AMIN SAPIRO – satu KOMEN dan PENILAIAN)
Tertarik saya mengulas tulisan Wak Amin Sapiro kali ini. Sebagai seorang peminat tulisan Wak Amin Sapiro, tulisan beliau bertajuk “UMNO: SEMALANG SANG KURIANG MEMBINA CANDI BROBODOR !!” itu adalah satu penghujahan yang sangat releven dan menarik untuk tatapan semua pihak.
1. Siapa yang membaca legenda methos Jawa kuno mengenai kesah Sang Kuriang (seorang anak perkasa yang derhaka) telah jatuh cinta dengan seorang puteri jelita. Dia tidak tahu puteri yang ia jatuh cita itu adalah ibu kandungnya. Kerana si ibu itu takut dengan keperkasaan dan ugutan Sang Kuriang yang ganas itu, maka puteri itu membuat helah. Diberinyalah satu syarat iaitu Sang Kuriang mesti membina sebuah candi. Candi itu harus disiapkan dalam tempoh satu malam. Jika candi itu tidak siap sebelum matahari terbit esoknya, maka perjanjian itu terbatal. Sang Dewata Raya tidak merestui. Ia berusaha mencari helah untuk mencegah perbuatan mungkar itu dari terjadi.
2. Kesudahannya, kerana Sang Kuriang takbur dengan keperkasaan, kemahiran dan kepintarannya, hampir-hampir Candi yang dibina itu akan siap; maka ‘anak derhaka’ itu tidur sekelap untuk berehat dan berangan-angan. Bila terjaga, matahari sudah terbit tinggi. Dengan itu syarat menghawin Puteri itu (ibunya) dengan serta merta terbatal. Kerana marah dan kecewa, lalu ditendangnya candi itu hingga terlongkop dan terbalik. Kununnya, itu sebab Candi Brobudur itu berbentuk seperti sebuah perahu terbalik seperti bukit. Sampai hari ini tempat Candi itu terbina disebut sebagai Bukit Tangkuban (tangkupan) Perahu.
3. Moral cerita dan andaian Wak Amin ini sangat releven. Memang Wak Amin ternyata seorang yang prihatin, mampu mentafsir sebuah legenda biasa hingga kita nampak mesej beliau. Saya angkat topi kepada beliau ini (Wak Amin tidak menghuraikan panjang lebar, mungkin beliau menganggap pembaca tahu legenda ini).
4. Sekarang kita nampak, Mahathir diumpama si “Sang Kuriang”. Mahathir yang kini sudah jadi takbur, terbukti cuba “memperkosa” amanah orang Melayu/UMNO yang memberi beliau peluang menerajui kepimpinan orang Melayu (Mahathir pernah terbuang dari UMNO). Malangnya, Mahathir keterlaluan melakukan pelbagai angkara pecah amanah demi menjaga kepentingan dirinya saja. Beliau menyalahgunakan kuasa dan pengaruh, kebijaksanaan dan intelek kurnaiaan Allah untuk memusnah. Akhirnya, kerana sikap takbur dan tidak ada perasaan membalas budi dan berterima kasih (putar meja kepada Mahathir pula); hari ini beliau dikutuk dan dihina oleh orang Melayu (Allah mengutuk kita belum tahu).
5. Juga, kerana Mahathir kecewa tidak dapat mengkianati orang Melayu (lihat bagaimana Pembangkang Melayu menentang beliau), maka UMNO dan orang Melayu “ditendang”nya seperti Sang Kuriang menendang candi itu. Mujur baik, yang lingkup ialah “perahu UMNO” dan Mahathir sendiri dan sekongkolnya; bukan orang Melayu seluruhnya!! Kebusukan Mahathir dan UMNO sudah membukit. Mampos Mahathir! (ketawakan dia).
6. Rencana Wak Amin ini membawa moral yang sangat tinggi dan benar-benar mencabar intelek dan minda kita. Melalui dialog yang mudah dan mendatar, kita dapat merasakan mesej Wak Amin dengan style penulisan seorang vetren. Beliau berjaya memberi kita suatu tarikan untuk sama-sama berfikir mengenai isu-isu besar mengenai politik dan sosial yang dihadapi orang Melayu hari ini.
7. Wak Amin berpegang kepada fakta: Orang Melayu, tak kira yang berpendidikan tinggi atau tidak, jika sepakat dan bersatu memperjuangkan ketuanan dan kepentingan masa depan tanahair, bangsa dan agama – pasti tidak akan membiarkan “diktator” ini (atau mana pemimpin yang berhasrat menjadi diktator kepada orang Melayu) memperlekeh bangsa dan ugamanya. Malangnya kesepakatan itulah yang masih belum nampak! Tidak nyata. Masih ramai yang mengambil sikap seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Itulah kelemahan orang Melayu hari ini!
8. Saya bersetuju dengan Wak Amin: jika Pembangkang seperti PAS mampu mengajak DAP memahami perjuangan parti itu hingga Kit Siang berpatah meminta kaum Cina supaya memahami dasar perjuangan PAS; bermakna PAS sudah 50 peratus berjaya. Daya usaha PAS dan BA itu harus menjadi dasar penentu masa depan rakyat negara.
9. Tetapi, sebaliknya, Mahathir membangkitkan isu “PM bukan Melayu”. Seolah-olah beliau mengajak kaum Cina beradu-domba dengan orang Melayu! Kalau begitu, tidakkah Mahathir manusia zalim berniat salah, iaitu ingin melihat rakyat Malaysia berpecah-belah?
10. Mahathir adalah agen pemecah-belah. UMNO jadi tunggangannya. Tunggang terbalik. Mahathir dan UMNO memisahkan diri dari bangsa Melayu. Tidakkah Mahathir ini seorang politikus dan pemimpin yang sangat hina lagi bangsat, sanggup menjuarai adu-domba seorang penghasut? Memang sial Mahathir ini!
11. Kalau Mahathir berfikir panjang, dan cuba jangan berlagak ego, masalah politik semua kaum dalam negara yang ‘dimalangkannya’ ini, tidak akan timbul. Mujur baik, semua kaum di negara ini sudah sampai ketahap ‘rasional’ dan kematangan politik yang maksimum – maka masing-masing kaum tidak langsung memberi riaksi negatif. Habis, Mahathir nak letak muka kat mana? Bedebah punya pemimpin!!
12. Persoalan yang dibawa oleh Wak Amin memang besar. Malangnya, orang UMNO sendiri tak mau membantah sebarang ‘temberang” Mamak Tongkang seorang ini. Adakah pemimpin UMNO sedar bahawa mereka berpemimpinkan seorang yang tidak wajar diketengahkan lagi?
13. Kita wajar memuji KeADILan yang sanggup berdepan dengan keadaan dan realiti dalam isu kepimpinan mereka. Chandra dan Anuar Tahir dikritik secara bebas oleh ahli. Akhirnya wujudlah arus interaksi antara pemimpin dengan ahli. Marina pergi ada pengganti. Tapi UMNO macam mana? Mahathir buat apa dia suka, bila ada pemimpin nak berbincang – kena ligan dengan ‘puntung berasap’ di halau ‘balik kampung’..(kita ketawa juga melihatnya. Ramai yang mengejek UMNO terjelir lidah!).
14. Mengapa dalam Perhimpunan tak dibangkitkan isu “presiden menang tak bertanding”, isu “kena halau balik kampung’, ‘isu perpecahan’, dll. padahal isu-isu itu adalah pertinent. Bermakna, UMNO dah jadi parti ‘masuk angin keluar asap’. Parti yang berhakim kepada beruk!! (saya ketawa lagi)! UMNO parti cabok!
15. Saya tertarik dengan 2 perenggan dalam artikel Wak Amin kali ini, komen beliau:
Pertama:
16. “Paling buruk sekali, UMNO merestui perampasan hak asasi dan kebebasan rakyat. Mahathir menggunakan mahkamah dan undang-undang bagi menyekat kebebasan itu. Kebebasan media disekat dan wartawan diugut melalui proses yang bukan-bukan. Walaupun Negara ini terbentuk melalui undang-undang sekular British, namun sistem perundangan itu pun telah dimusnah-hancurkan oleh nafsu-nafsi Mahathir. Hakim-hakim dan Peguam Negara diugut dan dikorap, hingga Hakim, pegawai Polis dan BPR tidak lagi memperlihatkan satu tahap amanah dan kebebasan bertindak mengikut amalan sebuah negara bertamaddun”.
Kedua:
17. “Mahathir tak habis-habis menyalahkan semua pihak melainkan dirinya. Dia ingat semua orang buta? Ini bersesuaian dengan “Theory of Fear”. Sementara di belakang tabir, beliaulah yang meletakkan jambia ke leher semua (orang – p). Kecuali lehernya. Mahathir fikir orang tidak tau? UMNO tahu, Pembangkang tahu, kakitangan awam tahu, Polis tahu, Hakim tahu, Peguam Negara tahu, Tentera tahu, YDP Agung tahu, ulama Islam tahu….rakyat tahu! Mengapa orang tidak melakukan penghukuman? Jawabnya mudah: Orang Melayu tidak sepakat. Orang Melayu dalam UMNO banyak dah jadi “pijat-pijat”. Orang Melayu masih sanggup menerima!! Masalahnya, tak ada satu biji mata orang UMNO bertanya sesama mereka..” sampai bila”? Sampai kiamat ke?”
18. Beberapa sumber memberitakan, ramai pemimpin UMNO dan penyokong mereka yang telah mula mengorak langah keluar, atau tidak akan bekerjasama dengan UMNO (dalam parti). Puncanya, Mahathir hanya memilih dan melantik pemimpin yang tidak pernah bekerja keras dan tidak ada sokongan grassroot untuk menduduki MKT.
19. Saya telah membaca rencana Wak Amin ini berkali-kali. Kesimpulannya, artikel pendek Wak Amin ini elok dibaca dan dihayati oleh semua pemimpin politik kita di Malaysia, khusunya pemimpin UMNO dan komponennya, termasuk semua komponen BA!! Pandangan Wak Amin untuk kesekian kali adalah mewakili pandangan rakyat!! KECUALI pemimpin yang dah termasuk kategori berotak cetek dan “BANGSAT”!!
Saya doakan semoga Wak Amin sehat walafiat. Kita menghargai pandangan beliau. Sekian.
KAMAL Al-Fikri.
Kuala Lumpur