Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PERTAHANKAN TADIKA ISLAM

Assalamualaikum w.r.h.

Khabar yang terbaru kita dengar tadika-tadika Islam termasuk (Pasti Dan Taski) akan diarahkan tutup dengan erti kata diharamkan di Malaysia.

Ini adalah satu lagi siri penentangan kerajaan BN khususnya UMNO terhadap agama Islam dalam konteks untuk menengelamkan pengaruh Pas dan BA di mata masyarakat.

Ketahuilah UMNO khasnya Mamak Kutty dan ejen-ejen beliau yang kita yakin yang tidak jemu-jemu membuka web-web reformasi ini tindakan kalian ini akan menjauhkan rakyat dari kalian dan sekaligus menguntungkan kami.

Tindakan kalian mengganggu gugat institusi PASTI dan TASKI yang semakin mendapat kepercayaan rakyat akan membuat rakyat benci kepada kalian dan mengesahkan kalian memang anti terhadap pendidikan Islam.

Wahai Kutty dan kuncu-kuncu kamu pihak kakitangan kementerian pun meluat dengan arahan terbaru kamu ini yang akan berakhir 15hb.Julai 2000 dan ada kakitangan kementerian yang mengatakan apa perlu diganggu PASTI dan TASKI yang sedang beroperasi dengan baik membantu anak bangsa mengenali agama taat pada ibubapa dan cinta pada negara.

Oleh itu kami ingin mengajak semua rakyat mempertahankan institusi PASTI dan Taski daripada diganggu gugat oleh kerajaan pimpinan Mamak Kutty ini disaat kemurtadan di biarkan kemaksiatan bermaharajalela.

AllahuAkbar! AllahuAkbar!AllahuAkbar!

Pencinta Pendidikan Islam.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com