Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kenyataan Webmaster berhubung artikal Malaysia Kini

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun telah menegetahui peristiwa penangkapan beberapa orang ahli Al Muanah di Dungun pada 6 Julai 2000 lagi iaitu semasa pihak kami mengadakan Ceramah Umum di Padang Bola, Paka.

Oleh kerana kami tidak dapat mengesahkan adakah pengkapan ini dibawah akta ISA atau penangkapan biasa. Pihak polis juga tidak maklumkan secara umum, tiada kenyataan akbar tentang penangkapan ini.

Pada keesokan harinya, Jumaat 7 Julai 2000 senarai mereka yang menyerah diri dalam tragedi di Sauk diumumkan dan termasuklaah seorang daripada bekas AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun yang telah meletakkan jawatan pada hari mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun iaitu 6 Mei 2000 atas alasan umurnya 40 tahun. Oleh kerana kejadian ini perlu kepada penelitian fakta, maklumat yang jelas, pihak DPPKD tidak membuat sebarang komen dan ulasan.

Oleh itu sebagai Webmaster Tranung Kite, yang di kendalikan di bawah Lajnah Penerangan dan Dakwah DPPKD, saya telah diamanahkan oleh Ketua Penerangan agar tidak mengulas sebarang maklumat, walaupun secara peribadi saya mengenali saudara Kamaruddin Mustapha.

Pihak kami mempercayai bahawa berita tentang rompakan senjata itu benar, tetapi kami masih ragu dalam banyak perkara tentang peristiwa itu. Mungkin pelbagai bentuk propaganda tentang kumpulan Islam akan dibuat supaya rakyat rasa tidak puas hati dengan gerakan Islam. UMNO secara jelas telah berusaha untuk mengharamkan penggunaan Islam pada Parti PAS. Dengan kejadian ini mereka akan mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan lagi imej Islam itu, supaya usahanya akan nampak lebih jelas.

Sebab itu sebarang perkara berhubung dengan kejadian ini perlu diteliti dengan akal fikiran yang waras, tindakan yang betul supaya kita tidak terjebak usaha kerajaan ini. Oleh kerana ahli PAS agak ramai, di Terengganu sahaja hampir 70% rakyat Melayu Islam menyokong PAS, sudah tentu ada diantaranya mereka yang melakukan perkara yang tidak baik. Apakah dengan sikap tidak baik ini maka kita nak katakan PAS itu tidak betul ?

Tapi pihak kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk membabitkan PAS dalam tragedi ini. Ini adalah usaha busuk mereka. Kita belum dengan lagi kenyataan rasmi daripada PM sehingga semalam. Itu menunjukkan mereka mengantur strategi untuk langkah-langkah seterusnya.

Pihak DPPKD juga lebih suka perkara ini diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dengan tidakkan yang adil, bukan sahaja menahan mereka di bawah ISA tetapi membuat keputusan yang lebih rasional, memandangkan sebahagian besar dikalangan mereka adalah orang-orang yang baik.

Oleh kerana Malaysia Kini, membuat kenyataan berhubungan perkara ini, saya rasa lebih baik saya memberi sedikit ulasan sekadar untuk maklumat semua.

Sekatat ini sahajalah.....

Tok Ayah
Webmaster


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com