Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Terengganu berhak dapat royalti petroleum

KUALA TERENGGANU : Rakyat negeri dan Kerajaan Terengganu dalam apa keadaan masih berhak mendapat royalti lima peratus setahun hasil perolehan petroleum yang dikeluarkan dari negeri ini.

Jaminan ini terkandung dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas yang termaktub pada 22 Mac 1975.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Tengku Razaleigh bagi pihak Petronas dan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu.

Sekalipun perjanjian itu menyebut bahawa segala usaha pengeluaran dan pendapatan petroleum terletak kepada Petronas tetapi tanpa persetujuan kerajaan Terengganu, maka hak eksklutif itu tidak mungkin terserah kepada Petronas

Jika tidak ada perjanjian itu Terengganu berhak membuat perjanjian dengan mana-mana pihak untuk berurusan dengan pencarian dan pengeluaran minyaknya. Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengakui hak negeri itu. Maka atas persetujuan itu tiada sebab mana-mana pihak untuk menafikan apa yang diperolehi itu kekal. Tiada mana-mana pihak secara persendirian boleh membatalkan perjanjian melainkan ia dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagaimanapun rakyat negeri itu berhak menuntut tambahan royalti apabila ia merasa perlu dan mempunyai hujah yang menasabah.

Dalam pilihan raya umum November lalu PAS mengemukakan dalam manifestonya untuk berunding semula bagi menaikkan royalti dari lima kepada dua puluh peratus.

Pengundi Terengganu telah memberikan sokongan kepada parti itu dan dipercayai antarannya kerana saranan manifesto itu. Umum mengakui penyokong kerajaan yang lalu juga antara yang memberikan sokongan pada cadangan ini.

Sehingga ini Kerajaan Terengganu yang baru belum lagi membincangkan perkara itu dengan Petronas secara rasmi.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com