Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MAKLUMAT YANG PERLU ANDA KETAHUI : BAH. 1

Luangkan sedikit masa anda untuk membaca petikan di bawah. Analisa sendiri dan sebarkan kepada keluarga, jiran-jiran,sahabat-handai, rakan-rakan pejabat dan sesiapa sahaja yang anda kasihi dan kenali. Tindakan segera anda mungkin boleh menyelamatkan beribu nyawa.

sumber : UTUSAN PENGGUNA MEI 2000

tajuk : SEJAUHMANAKAH BERACUNNYA UBAT GIGI ANDA

Tahukah anda bahawa banyak ubat gigi yang dijual hari ini mengandungi ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit beracun daripada arsenik? Ramuan ini juga adalah hasil sisa buangan industri baja, racun tikus dan digunakan dalam industri sebagai racun serangga untuk semut dan lipas! Nama ramuan ini ialah FLOURIDA.

Flourida adalah racun tersembunyi (sama seperti sianida), berbahaya, beracun dan kesannya akan sentiasa terkumpul sungguhpun dihadam dalam jumlah yang sangat kecil saban hari. Pentadbiran Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat menganggap flourida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tiada bukti akan keselamatan atau keberkesanannya. Internatinal Academy of Oral Medicine and Toxicology di Kanada telah mengklasifikasikan flourida sebagai "ubat gigi yang tidak diluluskan" kerana keracunannya yang amat tinggi.

Penggunaan flourida, yang juga muncul pada label sebagai "sodium monoflourophosphate" (SMLP) atau "sodim flouride" dalam ubat gigi untuk mencegah kerosakan gigi juga menjadi kontroversi kerana bukti yang diperolehi ialah "carcinogenicity". Menurut beberapa lapuran flourida boleh menukar sel biasa kepada sel kanser. Penyelidikan yang dijalankan oleh bekas Ketua Ahli Kimia Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat (seperti yang dilapurkan dalam pertengahan tahun90an) juga telah menemui 10,000 atau lebih kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan keracunan flourida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat. Oleh kerana flourida boleh diserap melalui gusi dan kerana kanak-kanak di bawah 7 tahun menelan 50% ubat gigi yang digunakan semasa memberus gigi dan oleh kerana flourida juga hadir dalam air dan kebanyakan produk lain (seperti pencuci mulut), kita mungkin berisiko menghidap kanser apabila menggunakan ubat gigi berflourida.

Kajian terhadap label oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 16 contoh ubat gigi di Malaysia mendapati semuanya mempunyai flourida. Kajian ini juga mendapati 6 jenis bahan kimia lain yang bersifat karsinogenik dan berpotensi karsinogenik di samping flourida dalam ubat gigi. Kesemua 16

contoh ubat gigi tersebut ialah:

1. Darlie
2. Darlie Fresh 'n Brite
3. Hydent Salt Toothpaste
4. Colgate Maximum Cavity Protection, Fresh Mint
5. Colgate Whitening
6. Carrefour's Protection Bi-Flour
7. ABCdent
8. Follow Me Toothpaste
9. Raiya Flouride Toothpaste
10. Metadent P
11. Formula Gel Junior (strawberry flavour)
12. Kodomo Lion, Strawberry flavour
13. Carrefour's Dentrifice Enfant
14. Carrie Junior Children's Toothpaste, Tuttifrutti Flavour
15. Oral-B Mint Flavour Flouride Toothpaste
16. Colgate Junior Mild Sparkling Gel (wild mint flavour)

Nota: Senarai di atas hanya membabitkan pemeriksaan Persatuan Pengguna ke atas jenama yang mempunyai catatan bahan ramuan pada label. Ia tidak termasuk jenama-jenama tanpa bahan ramuan pada label. Tetapi anda seharusnya ingat, ini tidak bermakna jenama tanpa senarai bahan ramuan di label yang tidak disenaraikan di atas bebas daripada bahan karsinogen atau berpotensi karsinogen.

Kiriman : SSSA


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com