Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


TATI pemangkin perindustrian Terengganu

TERENGGANU Advanced Technical Institute (TATI) telah ditubuhkan bagi menangani masalah keperluan tenaga mahir di Malaysia khususnya di Negeri Terengganu Darul Iman. Kerajaan negeri berpendapat bahawa sebuah institusi yang melahirkan tenaga-tenaga mahir yang mempunyai kemahiran tinggi dan berkeupayaan mengusai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teknologi terkini perlu ditubuhkan bagi menyokong pertumbuhan sektor industri negara. Menurut Pengarah TATI, Prof Madya Dr Mohd. Nawi Derahman, pada 11 Jun 1993, Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Pusat Kemahiran Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Terengganu Advance Technical Institute (TATI).

Bagi memastikan falsafah penubuhan institut tersebut menjadi satu kenyataan, Kerajaan Negeri telah mengadakan kerjasama dengan Ingineurschule St. Gallen (ISG), Swizerland bagi mendapatkan panduan dan kepakaran teknikal.Sehubungan itu, satu Perjanjian Persefahaman (MoU) telah ditandatangani pada 11 Oktober 1993 antara Kerajaan Negeri dengan ISG bagi menubuhkan TATI dan memperkenalkan kursus-kursus Diploma Kemahiran Tinggi (pada peringkat permulaan) di TATI. Melalui perjanjian tersebut, pihak ISG telah bersetuju untuk menyediakan kepakaran, teknologi dan juga kemudahan logistik.

TATI telah memulakan pengambilan pertamanya pada tahun 1994 dengan siswa/siswi seramai 30 orang. Siswa/siswi memulakan pengajian mereka di kampus sementara TATI di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum berpindah di kampus tetap di Teluk Kalong, Kemaman pada tahun 1996 yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Oktober 1997. Di samping inisiatif dan komitmen Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta turut terlibat dalam pembangunan TATI dan yang merupakan pelengkap kepada usaha Kerajaan Negeri Terengganu bagi meningkatkan bilangan dan mutu tenaga kerja mahir dalam sektor industri, mengambil bahagian dalam mentadbir, mengurus dan membiayai dari segi penubuhannya.

"Antara objek penubuhannya ialah untuk melahirkan sumber tenaga mahir di peringkat teknologi persis dan teknologi tinggi bagi keperluan negeri dan negara, meningkatkan kualiti dan kecekapan pelatih atau pekerja sedia ada atau lepasan institusi kemahiran keperingkat yang lebih tinggi dan mengembangkan dan mempelbagaikan latihan lanjutan berasaskan teknologi tinggi," katanya ketikaditemui di TATI, baru-baru ini.

PROGRAM AKADEMIK

Program Diploma Kemahiran Tinggi ditawarkan di TATI bagi menyediakan tenaga-tenaga mahir yang amat diperlukan dalam pelbagai industri di negara kita. Justeru itu, program ini dikira amat unit berbanding dengan program-program akademik lain yang ditawarkan di IPT-IPT negara ini. Malah, TATI adalah antara IPT perintis di negara ini yang menawarkan Program Kemahiran di peringkat tinggi. Program Diploma yang telah dan akan dijalankan di TATI menitikberatkan latihan yang berbentuk ilmiah dan juga kemahiran vokasional di mana program tersebut dapat menyediakan kepada pelajar, pendedahan kepada kemahiran penggunaan peralatan berteknologi tinggi, penguasaan peralatan secara individu dan secara berkumpulan serta memberi pendedahan suasana alam pekerjaan yang sebenar kepada siswa dan siswi.

Program ini ditawarkan dengan kerjasama ISG, Switzerland. Antara kursus-kursus yang ditawarkan termasuk di Jabatan Kejuruteraan Pengeluaran ialah Diploma In Manufacturing Engineering (Tool and Die Design) dan Diploma In Manufacturing Engineering (Tool and Die Making). Jabatan, Automasi Perindustrian Diploma in Industrial Automation Information Technology (IT) dan Diploma in Industrial Automation (Mechatronics). Kursus-kursus tersebut mengambil masa selama tiga tahun dan dijalankan secara sepenuh masa di TATI.

Program Ijazah Sarjana Muda (TATI-UTM)

Atas keperluan tenaga profesional mahir yang bertambah, program pembelajaran di TATI dikembangkan lagi ke peringkat ijazah yang bertujuan untuk memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri menjadikan TATI sebagai sebuah institusi yang dapat melahirkan tenaga mahir untuk keperluan negara dalam bidang teknologi terkini. Justeru itu, TATI telah mengambil langkah menjalankan Program Ijazah Berkembar TATI-UTM yang telah mula ditawarkan pada sesi Julai 1996/1997. Di antara kursus-kursus yang dijalankan di kampus TATI adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia., Kejuruteraan Elektrikal atau Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Mekatrinik dan Ijazah Integrasi Sains Komputer. Kesemua kursus ijazah ini memakan masa selama empat tahun iaitu tiga tahun di TATI dan tahun akhir di kampus induk UTM Skudai, sehingga infrastruktur TATI siap sepenuhnya.

Kursus Jangka Pendek

Selain daripada kursus jangka masa panjang, TATI juga menawarkan program kursus jangka masa pendek. Tujuan utama kursus jangka masa pendek ditawarkan adalah untuk memberi ruang kepada pihak industri menghantar pekerja mereka mengikuti latihan secara jangka masa pendek di TATI. Dengan adanya latihan sebegini, diharapkan pihak industri terutama di sekitar TATI dapat memperolehi manfaat yang sepenuhnya terhadap kewujudan TATI sebagai penyedia program latihan-latihan kepada kakitangan mereka. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Teknologi Pembuatan

CNC - Programming, CNC - Milling, CNC - Turning, EDM Basic, Auto CAD Basic, AutoCAD Advance dan Plastic Injection Moulding.

Bagi Teknologi Maklumat (IT) melibatkan Office Automation, C Programming, JAVA Programming, Homepage Development dan Internet Multimedia. Mekatronik - Pneumatics, Hydraulics, Introduction to Microprocessor, Microcontroller 1 dan Microcontroller 2. Untuk Kursus PersijilanUjian Tanpa Musnah (NDT), TATI telah menjalinkan usahasama dengan Ruane & T.P. O'Niell (UK). Kerjasama ini bagi membolehkan Ruane & T.P. O'Neill memberi latihan serta mengendalikan peperiksaan dalam bidang NDT. Ruane - TATI menawarkan lima bentuk persijilan yang diiktiraf industri tempatan dan di peringkat antarabangsa.

Bidang NDT adalah diguna secara meluas terutamanya dalam sektor petrokimia. Menyedari kekurangan tenaga mahir amat ketara dalam bidang NDT di negara kita, khususnya di Terengganu, TATI telah mengambil inisiatif bagi menawarkan kursus jangka masa pendek dalam bidang ini. Antara kursus persijilan yang ditawarkan ialah personnel Certification in Non Destructive Test (PCN) iaitu Ultrasonic Testing, Magnatic Particle Testing, Liquid Penetrant Inspection dan Radio Graphic Interpretation, Certification Sheme For Welding Inspection Personnel (CSWIP) iaitu Welding Inspection, Institute Of Corrosion (ICORR), Painting Inspection dan American Society For Non Destructive Test (ASNT) iaitu Visual Inspection, Ultrasonic Testing, Magnetic Particle Testing dan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu Visual Inspection, Ultrasonic Testing, Magnetic Particle Testing dan Radiographic Interpretation.

Peringkat Diploma/HND

Pada sesi 1999/2000, TATI telah menawarkan satu lagi kursus peringkat diploma secara program berkembar TATI-Edexcel (UK) yang dikenali sebagai Program Higher National Diploma (HND) dan telah bermula dengan pengambilan siswa atau siswi kumpulan pertama pada bulan Julai 1999. Kursus yang ditawarkan adalah HDN in Manufacturing Engineering, HND in Electrical Engineering (Electrical And Electronic) dan HND in Information Technology (Software Engineering). Jangka masa minima kursus adalah tiga tahun yang dijalankan sepenuh masa di kampus TATI.

Pra TATI - KAT

Pada sesi Julai 1999/2000 TATI telah mengambil kumpulan pertama siswa atau siswi Pra TATI-KMT seramai 39 orang, program satu tahun ini yang dijalankan secara usaha sama diantara TATI dan Kolej Antarabangsa Terengganu(KAT) Program ini diperkenalkan dengan tujuan untuk melatih pelajar-prlajar lepasan SPM yang tidak mempunyai latar belakang sains atau teknikal sebagai persediaan untuk mengambil bidang-bidang teknikal yang terdapat di TATI. Program ini memakan masa selama satu tahun dan dijalankan di KAT. Apabila siswa dan siswi ini berjaya menamatkan kursus di KAT, mereka akan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian mereka ke tahun satu di TATI (Kampus Induk) pada peringkat Diploma.

Pra TATI - TESDEC

TATI juga telah menjalinkan usahasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) dan memperkenalkan program Pra TATI-TESDEC dalam bidang Mekatronik dan "Tool and Die". Bagi bidang Mekatronik, tempoh program ini ialah selama enam bulan. Siswa atau siswi yang berjaya selepas tempoh tersebut akan ditawarkan memasuki ke tahun satu semester kedua dalam bidang diploma berkenaan di TATI. Program ini telah bermula pada November 1999 iaitu pengambilan kumpulan pertama program ini seramai 20 orang dan dijalankan di Kampus Induk TATI. Manakala Diploma Tool & Die yang telah dijalankan di TESDEC peringkat sijil diberi perpindahan kredit dan siswa atau siswi yang berjaya diserapkan ke semester kedua tahun 1 Tool & Die di TATI.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com