Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL MUNGKIN LEPASKAN JAWATAN ???

Adalah dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada laporan berita yang disiarkan di halaman depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Julai 2000/2Rabiulakhir 1421 yang bertajuk "Wan Azizah mungkin lepaskan jawatan".

Saya diarahkan oleh Y.B. Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memaklumkan kepada pihak tuan bahawa laporan yang dipetik dari majalah Asiaweek keluaran 7 Julai 2000 itu adalah tidak benar sama sekali. Y.B. Dr Wan Azizah Wan Ismail akan terus memegang jawatan yang diamanahkan kepada beliau.

Sehubungan dengan itu saya yakin pihak tuan akan berlaku adil dan memberikan ruang yang sama kepada kenyataan Y.B. Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti mana yang diberikan kepada laporan majalah Asiaweek.

Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih

Sekian Wassalam

Anuar Shaari
Pembantu kepada Y.B. Dr Wan Azizah Wan Ismail


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com