|
Kepentingan golongan kelas menengah boleh dilihat daripada sumbangan
mereka di dalam pembinaan negara. Di negara maju, kelas menengah
merupakan penyeimbang kepada kuasa yang dimiliki oleh kerajaan.
Kelas
menengah boleh didefinisikan sebagai golongan berpelajaran yang stabil dalam
kehidupan -- tidak terlalu susah dan miskin dan tidak juga terlalu senang
dan kaya. Latarbelakang sedemikian telah memungkinkan golongan ini
meluangkan masa untuk berfikir, bersikap peka dan prihatin.
Kepekaan
dan keperihatinan mereka menyebabkan kerajaan di sesebuah negara tidak dapat
melakukan sesuatu perkara dengan sewenangnya tanpa bertanggungjawab dalam
memberikan penerangan ke atas segala tindakan yang dilakukan.
Di
Malaysia, peratusan kelas menengah adalah lebih tinggi berbanding di
negara-negara jiran yang lain seperti Thailand, Filipina dan Indonesia
(1).
Tanpa kewujudan golongan seperti ini dengan jumlah yang cukup,
proses kesedaran yang cuba dibangkitkan mustahil dapat berkembang dengan
pesat dan menyeluruh, seperti yang telah berlaku di Malaysia sebagai
contohnya.
Kewujudan golongan ini dengan kemudahan alat
sebaran maklumat telah banyak membantu dalam proses kebangkitan arus
kesedaran rakyat.
Negara
Bilangan komputer dalam 1000 orang
penduduk -------------------------------------------------------------- Malaysia
58.6 Thailand
21.6 Filipina
15.1 Indonesia
8.2
Negara
Bilangan telefon dalam 1000 orang penduduk
------------------------------------------------------------ Malaysia
200 Thailand
83 Filipina
37
Indonesia
29
Negara Tahun
bancian Peratusan mereka yang miskin
(%) --------------------------------------------------------------- Thailand
1992
13.1 Malaysia
1989
15.8 Indonesia
1998
20.3 Filipina
1997
40.6
Berdasarkan rumusan data di atas,
amatlah tidak menghairankan apabila kita menyedari bahawa tahap kesedaran
rakyat di negara kita adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tahap
kesedaran rakyat di negara-negara lain di rantau ASEAN (2).
Oleh
kerana bilangan mereka yang berkesedaran di Malaysia adalah agak ramai, di
mana-mana di negara kita dan walau sekecil manapun salahlaku dan
penyelewengan yang dilakukan oleh golongan pemerintah, rakyat pasti akan
memperkatakannya.
Sana-sini rakyat membicarakan isu kroni, korupsi dan
kolusi. Mereka bukan sahaja pandai menyebut, tetapi mereka tahu apa
maksudnya dan siapa pula petualangnya.
Kita juga mampu menyaksikan
desakan ke atas perlaksanaan hukum hudud bukan sahaja menjadi laungan
pejuang dan ahli PAS, bahkan menjadi laungan oleh hampir semua rakyat
Malaysia yang mempunyai kesedaran tentang Islam.
Memang benar, dewasa
ini kerosakkan akhlak sedang menjadi-jadi. Tetapi adalah juga benar
bahawa mereka yang berpengetahuan dan sedar tentang Islam sedang pula
meningkat.
Oleh kerana kesedaran yang meningkat terhadap Islam, apabila
sistem perundangan Islam tidak diutamakan, orang yang sedar menjadi seumpama
cacing kepanasan. Mereka merasa bersalah dan
bertanggungjawab.
Kesannya, mereka menekan kerajaan yang ada dan memberi
sokongan kepada parti pembangkang yang bersedia berjuang untuk kepentingan
Islam.
Tetapi sesetengah orang berpendapat, kalau tahap kesedaran di
negara kita lebih tinggi daripada tahap kesedaran di negara
Indonesia, kenapa Indonesia sudah berjaya menjatuhkan rejim Suharto, dan
kenapa Malaysia masih belum (?).
Pada hemat saya, situasi politik
Malaysia agak jauh berbeza daripada situasi politik di Indonesia. Oleh
itu, negara kita tidak patut dibandingkan dengan Indonesia.
Kenapa?
Satu perkara yang nyata ialah pengurusan ekonomi dan sosial
oleh regim Suharto yang jauh daripada seimbang. Walaupun orang Islam di
Indonesia adalah kaum majoriti ( 88% ), masyarakat Cina menguasai lebih
70 peratus daripada kekayaan negara dan aktiviti ekonomi yang ada.
Malaysia pula, kalau hendak dibandingkan, agak bernasib baik kerana
pengagihan kekayaan dan struktur ekonominya yang agak seimbang malalui
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak sejurus
selepas peristiwa berdarah di tahun 69 dahulu.
Tetapi di Indonesia,
ekonomi, sosial dan politik tidak diuruskan dengan kemas dan cekap sehingga
peristiwa berdarah akibat rusuhan kaum yang pernah berlaku kepada negara kita
30 tahun yang lalu, baru kini tercetus di negara mereka.
Agak tidak
keterlaluan kalau saya katakan, pengurusan ekonomi, politik dan sosial mereka
adalah 30 tahun ketinggalan di belakang kita.
Tidaklah
keterlaluan juga untuk kita mengandaikan bahawa sekirannya Mahathir
diberikan kuasa memerintah Indonesia, dia akan berkuasa sehingga ke akhir
hayatnya.
Ini kerana kecekapan dan keligatan Mahathir akan mengatasi
tahap kesedaran penduduk Indonesia secara amnya.
Suharto jatuh
kerana rakyat terlalu sengsara. Rakyat Indonesia memberontak kerana
mereka lapar -- situasi yang tidak berlaku di negara kita. Kalau mereka
masih cukup makan, walaupun tidaklah senang, Suharto pastinya masih tetap
berkuasa.
Sebaliknya di negara kita, walaupun rakyat belum lagi berlapar
dan rusuhan kaum jauh daripada tercipta (insyaAllah), tetapi BN hampir
juga berkubur dibuatnya kesan daripada kesedaran yang ada.
Berbalik
kepada rakyat Indonesia yang sengsara, bukti kepada kesengsaraan akibat
kerunduman ekonomi boleh diimbas kembali kepada kedatangan Gus Dur ke negara
kita sejurus selepas menerajui politik Indonesia.
Kedatangan beliau,
selain daripada sebagai lawatan rasmi yang biasa dilakukan oleh mana-mana
pemerintah negara setelah mula berkuasa, adalah juga bertujuan untuk meminta
jasa baik negara kita supaya meningkatkan jumlah pinjaman yang telah
diberikan agar mereka mampu membeli lebih banyak keperluan makanan (beras)
untuk rakyat mereka.
Gus Dur juga meminta supaya negara kita tidak
menghantar pulang rakyat mereka yang sedang berkerja, dan supaya negara kita
menerima lebih banyak lagi perkerja daripada negara mereka.
Ada
kemungkinan, kalaulah negara kita senasib situasinya dengan Indonesia semasa
krisis kewangan 97-98 lalu, seperti rakyat kelaparan dan rusuhan berdarah di
sana sini, awal-awal lagi BN jatuh dan pembangkang sudah dapat
berkuasa.
Tetapi, situasi negara kita tidaklah seteruk itu. Oleh
itu rakyat agak teragak-agak untuk membuat pilihan. Dan BN pula
mempunyai modal untuk mempolitikkan situasi yang ada (yang agak lebih baik
daripada negara jiran) untuk dipilih memimpin buat kesekian
kalinya.
Tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan bilangan kelas menengah
yang ada di negara kita adalah kesan daripada Dasar Ekonomi Baru yang
dijalankan. Tidak hairanlah kalau Mahathir dengan perasaan kecewa
meminta agar rakyat negara kita, orang Melayu terutamanya, supaya tidak
menggigit tangan 'tuan' yang memberi makan.
Tetapi, kenyataan Mahathir
itu boleh diperdebatkan. Rakyat yang sihat dan boleh berfikir sudah
tentu akan mampu menyanggah kenyataan yang dibuat dengan senang sahaja
seperti:
Pertamanya, menguruskan negara adalah kewajipan kerajaan
yang memerintah. Kerajaan telah diberikan mandat oleh rakyat untuk
melaksanakan polisi yang menghasilkan keuntungan dan kebaikan kepada
rakyat dan negara.
Keduanya, pemilihan kepada siapa yang sesuai
memerintah negara adalah hak rakyat. Jikalau rakyat berpendapat bahawa
kerajaan hari ini tidak mampu menjalankan tanggungjawab seperti yang
diinginkan, adalah menjadi hak rakyat untuk menolak mereka yang sedang
berkuasa dengan memilih kepimpinan atau parti yang lain.
Ketiganya,
kerajaan bukanlah tuan kepada rakyat tetapi kerajaan hanyalah diberi
amanat menguruskan harta rakyat dan perlu mengembalikan semula pulangan yang
telah terhasil kepada rakyat. Bukannya mengaut keuntungan dan mengumpulnya
di dalam poket sendiri.
Tambahan pula, mereka yang berpengetahuan agama
akan mampu mengeluarkan berpuluh-puluh ayat daripada Al-Quran untuk
menyerang balas kenyataan Mahathir itu.
Berbalik kepada topik asal,
secara umumnya, artikel ini mengulas tentang kepentingan golongan kelas
menengah.
Oleh kerana golongan kelas menengah, seperti yang
disebut di awal artikel ini, memiliki kehidupan yang agak senang dan
stabil, mempunyai latarbelakang pendidikan yang agak baik, dan mempunyai masa
yang agak terluang, mereka ini selalunya cenderung untuk bersikap aktif,
cepat sedar dan peka dengan suasana politik, ekonomi dan sosial
tanahair.
Walaupun begitu, selain daripada memberikan tumpuan
kepada meningkatkan bilangan golongan ini, usaha memupuk kesedaran di semua
peringkat tidak wajar diketepikan. Masyarakat yang sedar dan peka
akan banyak menyumbang ke arah pembangunan negara dan rakyat yang
sihat.
Zubir Ngah, Teluk Lipat, Dungun, Trg. 30 Julai
2000
Rujukan / Nota
penting: ------------------------
(berdasarkan nombor dalam kurungan
di dalam petikan)
(1) Saya tidak dapat mencari data untuk menyokong hujah
saya di atas tetapi saya agak berkeyakinan bahawa kenyataan di atas boleh
diterima pakai berdasarkan kepada faktor penunjuk seperti perkembangan
ekonomi yang memberangsangkan, ratio institusi pendidikan kerajaan dan
swasta kepada jumlah penduduk agak tinggi, dan keupayaan rakyat Malaysia
hidup dengan 'agak lebih' mewah daripada rakyat di negara-negara yang
menjadi model perbandingan.
(2) World Bank
Organization
|