Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Keikhlasan dalam Islam dan Darul Kisai

Assalamualaikum,

Saya ingin menjelaskan KEKELIRUAN yang cuba disebarkan oleh Darul Kisai dalam artikel beliau bertajuk Amalan ikhlas, bukan peraturan Islam/Aug 11 di Malaysiakini.

Beliau menekankan betapa PENTINGNYA keikhlasan di dalam menjalankan SESUATU ibadah di dalam Islam. Beliau juga menekankan betapa SETIAP AMALAN di dalam ISlam memerlukan KEIKHLASAN. Oleh sebab itu adalah SALAH dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB sekiranya sesuatu AMALAN di dalam Islam itu DIPAKSA ke atas penganutnya.

Terdapat DUA KESILAPAN besar di dalam KEFAHAMAN Darul Kisai berkenaan dengan Ikhlas di dalam Islam.

1) Ikhlas adalah PERASAAN atau RASA DIRI antara Hamba dengan Penciptanya. Ianya adalah satu perkara yang TIDAK DIKETAHUI oleh sesiapa pun kecuali ALLAH SWT. Ertinya keikhlasan itu adalah satu bentuk HUBUNGAN antara Allah dan Makhluknya.

TETAPI, meluluskan udang2 seperti tudung, pengasingan antara lelaki perempuan adalah berkaitan dengan HUBUNGAN antara MAKHLUK DENGAN MAKHLUK. Dan di sini adalah SANGAT dangkal sekiranya seseorang itu menggunakan konsep di dalam kategori Hubungan Dengan ALLAH sebagai alasan untuk menidakkan hukum atau undang2 dalam kategori HUBUNGAN DENGAN MANUSIA.

2) Konsep ikhlas yang cuba diberikan oleh Darul Kisai hanya bersangkutan dengan amalan2 IBADAH. Bagaimanakah dengan amalan2 MENINGGALKAN perkara yang diharamkan???

Adakah di sini IKHLAS menjadi SYARAT SAH??. Adakah dengan tiada IKHLAS maka KITA DIIZINKAN untuk MELAKUKAN KEMAKSIATAN atau PERKARA2 yang HARAM????.

Juga, adakah tanpa ikhlas kita diizinkan untuk MENGUMPAT, MENISTA, MENCACI, MEMFITNAH, MEMBUNUH dsbnya???.

Kalau mengikut LOGIK AKAL DARUL KISAI, maka semua perkara buruk di atas DIIZINKAN kita melakukannya selagi mana BELUM MENCAPAI TAHAP KEIKHLASAN.

3) Adakah apabil Allah SWT mewajibkan SESUATU IBADAH, maka ALLAH SWT menunggu KEIKHLASAN sebagai SYARAT UTAMA???.

Adakah apabila tidak melakukan sesuatu amalan WAJIB maka seseorang itu TIDAK berdosa selagi mana seseorang itu TIDAK IKHLAS???.

Adakah itu tafsiran Darul Kisai ataupun itulah yang dinayatakan dalam Hadeeth dan Al Quran???.

Jawapannya, itu hanyalah tafsiran kosong DArul Kisai sahaja.

Dengan kata lain, konsep IKHLAS yang cuba dipromosikan oleh Darul Kisai sebenarnya BUKAN KONSEP yang diaajar oleh Islam tetapi semata2 tasiran beliau sahaja.

Abdul Rahman Abdul Talib


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com