Kepada orang bukan Islam pun..kita tak boleh kata kafir..." Fatwa Mufti Kedah"
Saya mohon mencadangkan supaya kenyataan oleh seorang mufti ini dibincang pada peringkat yang lebih menyeluruh dari kalangan cendiakawan Islam dikalangan semua pihak.
Kata2 diatas saya petik dari sedutan siaran Buletin Utama pada hari Rabu malam Khamis lalu (2/8/2000)lebih kurang jam 8.20 (kalau tak silap). Isu yang diperkatakan pada masa itu ialah soal 'amanat Hadi'.
Fatwa yang dimaksudkan berbunyi begini " kepada orang bukan Islam sekalipun kita tak boleh kata kafir...kerana kita tidak tahu isi hatinya *"
*baris yang permulaan memang jelas saya dengar..namun baris yang kedua agak kabur pendengaran saya..
Saya memilih perkataan fatwa kerana
1)ia lahir dari mulut seorang mufti
2)ia disiarkan secara lansung pada waktu utama (semasa berita)
3)semasa isu sedang memberi fokus kepada 'amanat Hadi'
4)temuramah itu juga diselang-seli oleh mufti negeri perlis
Dari kacamata pandangan saya sebagai seoarang yang kurang arif dalam soal hukum agama (tolong perbetulkan), kenyataan ini cukup mengelirukan saya atas beberapa sebab;
1)kalau orang bukan Islam kita tak boleh kata kafir... apakah semua orang atas muka bumi ini Islam? Siapakah golongan yang dikatakan kafir?
2)kalau orang bukan Islam itu tidak kafir...apakah tandanya atau dari zahirnya untuk membezakan orang kafir dan Islam..sebab setahu saya banyak perkara dari segi syarat sah sesuatu perbuatan, atau ibadat itu bergantung kepada Islam atau kafir...misalnya siapa yang layak terima zakat, siapa yang sah sembelih, siapa yang layak melabur dalam tabung haji atau nak pergi haji...
3)macammana kita nak tanam/kebumikan mayat dia...mana tahu dia islam ke kafir...(hati dia sapa boleh baca)..
4)kepada siapakah golongan yang Allah sebut...ya ayyuhal kafirun...
5)Abu Thalib satu2nya orang kafir yang terima azab neraka paling ringan...disebabkan beliau selalu membela nabi... namun kerana tidak atau enggan menzahirkan kalimah shahadat maka beliau mati di dalam kufur...( siapa tahu niat dihatinya)..
6)saya rasa sedih kerana seorang mufti diheret dan diseret untuk berkata pasal agama bersama2 dengan orang politik iaitu Menteri Besar Perlis..yang terang-terang menghambur kata2 berunsur kebencian terhadap PAS..
7)saya teringat (samar-samar) kata TG Haji Hadi satu ketika dulu.. " kalau kita tidak menjatuhkan hukum kafir kepada orang kafir..maka akidah kita boleh rosak dan terpesong kerananya"...misalnya kalau shahih seorang itu masih belum memeluk Islam...maka dia adalah seorang kafir..
8)adakah kita tak boleh kata kafir kepada orang bukan Islam...kerana takut dia beriman satu masa kelak?
9)Terlintas difikiran saya, apakah reaksi rakyat M'sia tentang kenyataan mufti tersebut...samada ia benar, terpesong, atau perlu dibahaskan..
10)sekiranya inilah tahap seorang mufti berfikir...dan berkata mengikut selera pemimpin...bukan hakikat sebenar agama Islam yang suci(katakanlah kebenaran itu walaupun pahit)...maka bolehkah kita (hai orang Kedah) mengiktiraf seorang mufti yang semacam ini....
11) akhir sekali saya sebenarnya ingin mendapatkan penjelasan dan kupasan yang sebenar tentang isu ini...moga2 kita diberi petunjuk...insyaAllah.
Abe Man,
Trg kite