Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


'The Hassan' dan Permatang

Merujuk kepada cabaran setiausaha agung PAS kepada Pak Abu Hassan, saya merasa terpanggil untuk memberikan pandangan. Pandangan yang mungkin agak berbeza. Mungkin juga lucu. Pandangan yang mungkin membangkitkan kemarahan ahli PAS sendiri. Apalagi ahli umno.

Melepaskan kerusi DUN Permatang, mungkin adalah peluang terbaik bagi BA untuk menawan Permatang dan seterusnya menambah bilangan kerusi pembangkan di dewan negeri.

Bagi saya, Pak Abu masih sihat. Dan sebenar-benarnya sihat. Cuma di atas kertas sahaja yang kurang sihat. Kalau masih sihat, kuat dan bertenaga, cuma mungkin sudah tua. Dan tidak diperlukan lagi dalam umno.

Suka saya mencadangkan agar Pak Abu tukar uniform hijau sahaja. Tukar tiket. Buangkan uniform lama yang sudah tidak relevan. Pakai kopiah putih dan mungkin bela janggut. Tukar tiket dan masuk dewan sebaris dengan YB Hassan Ali, YB Ismail Kamus dan lain-lain. Bukankah Abu Hassan dan Hassan Ali itu nampak seakan-akan satu keluarga. Nampak seakan-akan satu gandingan yang kuat bagi menegakan keadilan di negeri Selangor.

Namun sebelum idea ini direalisasikan, banyak faktor perlu diambil kira.

1. Yang nombor satu saya kira ialah skandal seks Pak Abu. Jika Pak Abu bangun dengan bukti bahawa Pak Abu difitnah, saya kira 90% ahli-ahli PAS akan bangun untuk bertakbir. Barisan pemimpin PAS, ahli biasa akan memberikan sokongan, insyaAllah. Namun jika skandal ini benar, terpaksalah kita lupakan idea ini.

2. Yang nombor dua bersangkutan dengan tindak tanduk Pak Abu selama ini. Selama ini Pak Abu mengecam hebat BA. Malahan sanggup membantu kemungkaran seperti ‘The Ship’ sebagai contoh. Nasihat saya, bertaubatlah. Kembali ke pangkal jalan. Mohon maaf secara terbuka kepada BA. Mudah mudahan taubat dan maaf Pak Abu diterima Allah. Maaf Pak Abu diampunkan warga BA. Kalau silap kita antara sesama manusia, kepada manusia itulah kita memohon ampon. Kalau silap Pak Abu kepada DSAI dan keluarga, kepada merekalah Pak Abu wajib memohon ampun.

3. Dan yang ke tiga penting saya kira ialah penyokong Pak Abu di Permatang. Pak Abu sebagai orang yang berpengaruh. Pak Abu sebagai pemimpin mereka. Pak Abu sebagai wakil mereka. Pak Abu patut turun padang, ajaklah mereka untuk sama-sama tukar uniform. Rakyat Permatang bijak. Rakyat Permatang boleh berfikir. InsyaAllah tiada lagi cawangan umno di Permatang.

Faktor-faktor lain saya kira boleh di bawa berunding antara barisan pemimpin tertinggi komponen parti BA. Mereka tidak pernah menolak muzakarah untuk mencari kebenaran.

Sampai bila Pak Abu hendak bertahan dengan uniform merah yang sudah tidak relevan. Bangunlah kamu wahai Pak Abu di usia Pak Abu yang semakin singkat. Sekurang-kurangnya jika ditanya oleh Allah di akhirat nanti, anggota badan Pak Abu boleh menjawab ‘Kami duduk di dalam jemaah Islam untuk sama-sama berjuang’.

Akhir sekali, sama-samalah kita fikirkan idea ini. Yang baik itu datang dari Allah. Berdoalah kita kepadaNya. Semoga ‘The Hassan’ menjadi kenyataan dan menjadi kuasa baru dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Akmal_aura@yahoo.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com