Assalamualaikum.
Terlebih dulu saya sampaikan rasa simpati saya kepada saudara Abdul Rahman yang nampaknya begitu di permainkan oleh malaysiakini sebagaimana yang pernah saya alami dahulu.
Seperti yang pernah saya tuliskan dulu kepada laman ini, sememangnya seolah-olah ada satu agenda besar di malaysiakini bila berhadapan dengan Islam. Sikap mereka sama dengan sikap media raksasa yang dikuasai Barat, begitu cepat meletakkan kesalahan kepada orang lain apabila musibah berlaku menimpa ke atas kepentingan mereka tetapi tidak mengambil peduli apabila ianya berlaku ke atas orang Islam.
Campurtangan Barat di Bosnia dan di Kosovo pun bersifat strategik dan taktikal bagi menghalang kebangkitan kesedaran umat Islam. Saya rasa tidak perlu nyatakan satu persatu kejadian yang berlaku di dunia hari ini dari benua Afrika hingga ke negara jiran kita, kalau dibuat kajian statistik maka boleh kita plot pola-pola yang menunjukkan ke arah perlaksanaan agenda tersebut. Bagi mereka derita umat Islam adalah angkara umat Islam sendiri (sedikit sebanyak kesalahan patut diletakkan ke atas bahu umat Islam tetapi sumber pencetus adalah dari kaum kafir anti-Islam, jika dihalusi semuanya adalah dalam perancangan mereka.) Bagi mereka derita rakyat Iraq adalah angkara Saddam tetapi jika bukan kerana mereka yang inginkan diktator-diktator Arab ini memerintah, siapa lagi?. Sama saja di negara-negara umat Islam yang lain.
Jadi masih sangsi ke kita kepada ayat-ayat Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Selagi editor malaysiakini tergolong dalam golongan yang menentang Islam seperti yang diterangkan Allah di dalam Al Quran, maka kita tidak perlu hairan apakah tindakan mereka selanjutnya baik secara nyata atau sebaliknya. Kita tidak mempunyai masalah dan prejudis jika mereka(bukan Islam) menunjukkan sikap kafir dzimmi (contoh: sikap ini ada pada sesetengah kaum Cina di Kelantan), yang sudah tentu membawa kepada hubungan sosial yang lebih harmonis. Sikap malaysiakini yang memberi peluang kepada bukan Islam untuk membahas dan mempersendakan Islam seolah-olah menggalakkan peperangan agama secara terbuka. Kalau ini berlaku, malaysiakini perlu bertanggungjawab.
Anuar M