Matan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi.
kerana didapati bersalah meliwat.
Hakim Datuk Arifin Jaka memerintahkan Sdr. Anwar menjalani hukuman itu selepas hukuman penjara enam tahun tamat.
Manakala Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dibicarakan bersama beliau, telah dijatuhikan hukuman penjara 6 tahun dengan 4 kali sebatan.
Hakim Datuk Arifin Jaka tidak menjatuhkan hukuman sebat kepada Anwar kerana hukuman sebat yang terhad kepada pesalah berumur 49 tahun ke bawah.
Sdr. Anwar genap berusia 53 tahun pada 10 Ogos 2000 ini.
Hakim Datuk Arifin Jaka memberikan Sukma penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu rayuan.
Anwar memulakan hukuman penjara 6 tahunnya sekarang pada 14 April 1999 setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana campurtangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salahlaku seksualnya.
Hakim Datuk Arifin Jaka juga membela Azizan dengan berkata tidak perlu bagi mangsa untuk berbohong dan memberitahu seluruh dunia bahawa beliau telah diliwat.
"Beliau tidak untung apa-apa malahan akan hilang segalanya," katanya dan menjelaskan bahawa walaupun terdapat percanggahan dalam keterangan Azizan, ia telah diperjelaskan selepas itu.