Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MAHATHIR PECAT DIRI SENDIRI

Mahadead sang 'Perdana Menteri' hidupnya kini semakin gundah gulana dan dalam keadaan gelisah yang amat sangat. Seperti hari hari yang berlalu, mimpi ngeri yang bertandang tak kira siang mau pun malam sejak peristiwa 2 September dua tahun yang lalu, kini semakin menakutkan. Mimpi-mimpi ngeri yang tidak pernah pun termimpi oleh beliau sebelum ini, kini seolah olah telah menjadi tetamu setia dalam hari-hari terakhir beliau. Dan mimpi yang paling ngeri bagi beliau dimana beliau akan di nyah kan dari tahta Perdana Menteri semakin menjadi kenyataan.

Sebelum ini 'think tank' beliau sentiasa aktif dan segala perancangan nya ternyata berkesan, dengan putar belit dan auta, tipu dan muslihat, baling batu sembunyi tangan, tetapi kini segala gala nya sudah berkarat dan reput. Sebelum ini gula-gula beliau berjaya memaniskan halwa rakyat. tetapi kini sudah menjadi pahit dan hawar. Sebelum ini, hidung nya semakin kembang apabila bercakap pasal project mega, tetapi kini hidungnya kembang kempis apabila pekung didada nya di dedahkan. Sebelum ini....bla bla bla......dan seterusnya.

Rentetan peristiwa demi peristiwa, semakin hari semakin sensasi, sememangnya menjerut leher sendiri dan menggali kubur sendiri.

Bermula dengan pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim dari jawatan TPM...sehinggalah tragedi aksi memburu 'Hunter'.....hidup Mahadead menjadi tak keruan. Kalau di andaikan jawatan 'Perdana Menteri' yang beliau sandang sudah 'terlucut' dengan sendirinya dari diri beliau sejak memecat DSAI, ada kebenarannya.

Ternyata kalau dikaji secara logik, sejak kehilangan timbalan beliau, Mahadead sudah tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri. Ini di sebabkan, sejak dari hari itu beliau menggunakan pejabat di Putra Jaya hanya semata mata untuk mengatur strategi bagaimana untuk terus memfitnah DSAI, berpakat-pakat dengan Augustine Hacks Paul dan Ghani Patail untuk memenjarakan DSAI, minum teh tarik dengan KPN bincang pasal nak pukul DSAI, berbincang dengan Badawi nak tangkap Ezam dan sebagainya.

Sejak kebelakangan ini pulak, beliau memerah otak memikir bagaimana nak mengekang pengaruh Barisan Alternatif, mencari idea untuk menarik balik sokongan rakyat dengan taktik 'pecah dan perintah', menyuntik isu ugama dan perkauman, mencari jalan untuk lari dari mahkamah, mencari alasan melanjutkan khidmat Eusoff Chin, dan sebagainya. Tidak setakat itu saja, beliau juga mencari jalan bagaimana nak menyorok dari di tangkap oleh Norian Mai di atas beribu laporan polis yang di buat oleh rakyat keatas beliau di atas dakwaan kes rasuah melibatkan salah guna kuasa.

Yang paling 'terkini hiburan sensasi' beliau telah cuba menjadi karyawan filem pula untuk satu filem 'box-pecah office' tragedi 'Sauk -Satu Kisah Benar'. Walaupun cerita sensasi ini ternyata benar dan sahih, namun kesemua 'penjenayah' Al-Maunah ini tak jadi di bawa ke mahkamah di atas sebab-sebab yang pengkritik filem pun tak pasti. Apatah lagi pengarah filem sendiri pun tak nak kasi kepastian. Kemudian, bersambung lagi drama-drama pendek letupan bom di Carlsberg, Dataran Seni, Kelang, Kuil Hindu di Selayang...juga kejar mengejar Malaysian Hunter yang kita pun tidak tahu hujung pangkalnya.

Kurang dari seminggu, iaitu pada 4hb Ogos, 2000 bersamaan hari Jumaat, satu nostalgia gelombang reformasi akan berulang. Semestinya, Mahadead bermimpi ngeri lagi.

Apakah yang akan berlaku pada detik tersebut kerana Norian Mai, Musa Hitam, NGO, Barisan Alternatif dan seluruh rakyat Malaysia telah merestui perhimpunan aman tersebut. Cuma Dollah Badawi, Li Liong Sick dan Kamaruddin Ali sahaja yang tak nak sertai perhimpunan tersebut. Semua PGA dan FRU juga akan sama-sama menggantung cota dan helmet untuk menyambut kepulangan wira rakyat DSAI di perkarangan Mahkamah Tinggi.

Mahadead semestinya sekali lagi akan menyalahgunakan pejabat perdana menteri untuk memerah otak nyanyuk yang ada supaya perhimpunan aman itu gagal. Bermakna nya perdana menteri orang-orang UMNOmore ini, tidak menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin negara, tetapi sedang bertungkus lumus memasang strategi dengan hasad dengki dan dendam kesumat untuk menafikan hak rakyat pada 4hb.Ogos ini.

Dari penelitian segenap segi dan analisa segala peristiwa yang telah dan akan dicetuskan oleh Mahadead, secara terang -terang Mahadead kekurangan masa untuk memikirkan masalah sosial dan ekonomi negara. Kalau di teliti 'minutes of meeting' beliau selepas DSAI dipecat, yang nyata adalah memfitnah, berbohong, mencaci, memutarbelit dan semua yang sewaktu dengannya.Mahadead gagal untuk menjalankan tugas tugas sebagai seorang perdana menteri yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Oleh itu, secara sah selama ini kita tidak mempunyai Perdana Menteri setelah Mahadead memecat DSAI. Dan pada 4hb.Ogos,2000 ini, bersama -sama lah kita menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Selamat Berjuang.

Mr.Architect


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com