Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Encik ISA menyauk Al-Ma'unah

Seperti yang dijangkakan, jalan penyelesaian yang paling mudah untuk meredakan isu Al-Mau'nah ini adalah,'apa jua keputusan mesti dibuat'. Bermakna nya, untuk menyedapkan hati sendiri buat sementara waktu, untuk menutup pekung yang semakin bernanah dan menutup mulut dan persoalan rakyat yang masih keliru, dengan terdesak satu keputusan mesti dibuat . Oleh kerana tersepit dan terdesak dengan desakan dan asakan, AG terpaksa mengISAkan kesemua 27 ahli Al-Mau'nah.

Walaupun pihak polis dan AG sendiri pada awalnya menyatakan semua penjenayah akan didakwa di bawah 'Section 122 of the Penal Code' berdasar kan bukti bukti yang sahih dan di sahihkan oleh Mahadead sendiri iaitu merompak senjata dan membunuh, namun kenyataan AG semalam adalah sebaliknya.

Menurut kenyataan Si Dugong, " saya diberitahu oleh pihak polis untuk menahan penjenayah di bawah ISA(penahanan tanpa bicara). Oleh itu, demi untuk keselamatan negara, saya membuat keputusan menangguh pendakwaan terhadap penjenayah penjenayah ini".

Terlalu mudah seorang pengamal undang -undang mengeluarkan kenyataan dan membuat keputusan. Tetapi, beliau terlupa untuk menyatakan sampai bila penahanan tanpa bicara itu akan dikuatkuasakan dan sebab musababnya. Tersedia maklum apabila didakwa di bawah ISA, AG tidak perlu untuk menyatakan sebab musabab cuma hanya menggunakan ayat keramat bagi Akta ISA, " in the interests of national security". Oh...Malaysia Tanahair ku.

Apabila kronolgi dan synopsis peristiwa sauk yang dihidang kan di akhbar-akhbar dan tv-tv kroni yang mengelirukan dan kenyataan-kenyataan Najib, Mahadead, Dollah Badawi dan Jen. Zaini yang bercanggahan, kepercayaan rakyat terhadap kisah benar tersebut semakin terhakis. Persoalan demi persoalan ditimbul kan oleh rakyat. Namun tiada jawapan tepat di berikan oleh pihak regim Mahadead. Malahan regim Mahadead terus menerus menuduh dan memainkan isu tersebut sehingga menyeret penglibatan PAS, isu ajaran sesat dan sebagainya dan memaksa rakyat untuk mempercayai nya walaupun tanpa bukti-bukti yang nyata untuk di terima. Apabila rakyat mempertikai kesahihan cerita tersebut, regim Mahadead mengugut pula untuk menyaman sesiapa yang tak percaya. Apabila menyedari usaha untuk meyakin kan rakyat adalah sia-sia, AG dengan senang lenang menjatuh kan hukuman.... Akta ISA. Terlalu sadis episode Sauk ini.

Dengan harapan untuk meredakan keadaan, sebenarnya regim Mahadead tersilap perhitungan. Alhamdullillah. Kepercayaan rakyat terhadap episode yang paling gempar di abab ini telah luput dan terhakis. Dengan penahanan ahli Al-Mau'nah ini di bawah ISA, terbukti sudah bahawa segala cerita ceriti yang mengundang banyak persoalan itu telah terjawab.

Selamat berjuang.

Mr.Architect


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com