Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


KEADILAN RUJUK LAYAN POLIS TERHADAP TIAN CHUA KEPADA SUHAKAM

PETALING JAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Parti Keadilan Nasional telah menghantar surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Musa Hitam semalam mengenai apa yang didakwanya layanan tidak adil oleh polis terhadap seorang pemimpinnya yang ditahan baru-baru ini.

Timbalan Presiden Keadilan Dr Chandra Muzaffar memberitahu pemberita Sabtu bahawa dalam surat itu beliau meminta Musa dan Suhakam "memujuk pihak tertentu" untuk memastikan bahawa polis benar-benar berpegang kepada norma profesional mereka dengan tidak bertindak di luar batas kemanusiaan.

Tian Chua yang turut hadir pada persidangan berita itu mendakwa telah dipukul oleh anggota polis sehingga dua tulangnya retak.

Katanya, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap polis.

Tian Chua, naib presiden Parti Keadilan, ditahan Selasa lepas berhubung perhimpunan haram di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

-- BERNAMA


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com